Monday, November 26, 2012

Legoland and Twilight Fever

Assalamualaikum,
Sekarang banyak betul musim. Musim durian, musim rambutan, musim demam, musim twilight, musim legoland. haha. Itu semua antara yang popular sekarang ini. Asyik terlibat dalam musim demam, twilight dan legoland. Penat betul bila demam ini. Memang rehat kat rumah jeala. Yang bab legoland itu Asyik belum pernah pergi lagi LEGOLAND cuma aritu pergi Sunway Pyramid kebetulan ada Model Legoland untuk Shell. Cantik betul. Kena plan trip ke Legoland ini. Pergi ke Sunway Pyramid sebenarnya nak tengok movie yang tengah popular sekarang ni iaitu The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2. Punyalah ramai orang nak tengok movie dan movie Breaking Dawn Part 2 ini yang paling ramai orang tengok pada hari itu. Sampaikan penuh panggung wayang. Tapi Asyik tak perlu nak beratur panjang sebab tengok kat IMAX so special sikit kan. hihi. Asyik memang peminat citer Twilight. Breaking Dawn Part 2 absolutely sangat awesome dan terbaik. Memang tak rugi tengok kat IMAX. Sesiapa yang belum pergi tengok you should go.








Ini yang paling awesome.

hihi. menunggu midnight movie. Decoration kat dalam Sunway tak pernah lagi mengecewakan. Sangat cantik. Memang rajin dan detail orang yang buat ni.


Yes movie time. Love it.

Till Next Entry. Bye.

Saturday, November 24, 2012

Komuter ke KL Sentral

Assalamualaikum,
Apa khabar kengkawan semua? Diharapkan sihat sebab sekarang ini ramai betul yang demam-demam dan tak sihat. Asyik pun dah rasa semacam jea badan ini, tekak dah mula rasa perit pedih nak menelan air liur pun rasa sakit. Hope tak teruk sangat sebab dah dekat nak final exam sekarang ini. Semalam Asyik temankan Giorgio Izas naik KTM Komuter nak ke KL Sentral untuk jumpa papa and mumy dia sebelum diaorang bertolak balik ke Kelantan. Disebabkan dia demam so kitaorang malas nak drive jadinya pengangkutan yang paling mudah dan cepat ialah naik KTM terus ke KL Sentral. Tak ku sangka rupanya Giorgio Izas tak pernah naik train dalam KL ni. haha. Yeala orang ada kereta kadang-kadang lagi selesa naik kereta sendiri dari pengangkutan awam. So Asyik pun introduce la dia KTM nak ke KL Sentral. Dah jadi tour guide pula tapi dalam train jea. haha. Best tau naik train kalau tak ramai orang!..




   
Sculpture yang kat belakang kitaorang tu adalah untuk AXIATA yang telah dicipta oleh pensyarah kitaorang Prof. Ramlan. Hebat giler kot. Sculpture ini berdekatan dengan Kl Sentral Station.

   
Muka orang demam nak bergambar juga. hihi. :p

Till next entry. Bye.
Satu lagi Asyik nak minta tolong korang semua jawab survey dibawah:
Free Online Surveys
http://freeonlinesurveys.com/s.asp?sid=ezuivyz457c3iok154918

Thursday, November 22, 2012

Look Post : Sporty Day

Wearing : Shawl - Uptown Penang, Blouse - ThePoplook, Jeans - Tesco, Shoes - Vincci




Location : Studio Jalan Othman.

Wednesday, November 21, 2012

Daily Necessities

Assalamualaikum,
Kachingggggg.... Alamak purse dah bocor lah! hihi. Untuk keperluan harian terpaksa la shopping sikit. Asyik lebih suka membeli barang-barang yang mudah untuk dibawa travel sebabnya senang untuk Asyik sumbatkan jea dalam beg dan takdelah berat sangat kan. Satu lagi perlulah berbaloi dengan harganya. 

Ini yang Asyik beli tempoh hari. Semua comel-comel jea saiznya.

Magic BB powder foundation dari Silky Girl. Asyik selesa bila memakai compact powder ini. Memang bermagic-magic Asyik lepas pakai. hihi. Volume black mascara dari DAISO. Comelkan sebab warna pink. Maybeline BABY Lips color Cherry Kiss pun comel juga. Bila pakai mesti lagi comel. haha

Ginvera Tea day cream untuk menjaga kelembapan kulit yang kering.

Clean & Clear daily pore cleanser, selalunya Asyik guna untuk mencuci muka sebelum bersolat. Baby powder dan baby lotion, Asyik suka dengan bau dan tekstur nya yang lembut.

Colgate untuk menghilangkan kotoran dalam mulut dan bau mulut. haha. Nivea extra whitening deodorant untuk menghilangkan gelap bawah ketiak dan bau ketiak. haha. Sunsilk smooth & manageable untuk dapatkan rambut yang lembut dan untuk menghilangkan bau rambut yang masam. So semuanya untuk menghilangkan BAU busuk. Jangan lupa guna yea.

Eau de Toilette dari Silkygirl. Hip Hop gitu. Lepas pakai confirm boleh breakdance. :p

Pink lagi. Semua benda pink Asyik suka. Kombinasi purple and pink memang terbaik. Favourite color Asyik.

Kalau tak pakai macam tak siap. kih2. faham-faham jeala. Facial Mask from watson Asyik suka sebabnya dapat memberikan kesegaran lepas memakainya. Rasa lembut jea kulit muka. :)

Dah habis shopping dapat tiket free untuk menyaksikan Music Festival kat dataran merdeka pada 15.12.12 nanti. Tengoklah kalau rajin pergi kalau tak rajin nak sedekahkan jeala tiket ini.

Masa untuk relax pula sambil tengok movie. Asyik tengok Skyfall. Seriously sangat best, sikit pun tak tipu. Tengok kat IMAX bertambahlah seronoknya. Tapi Asyik lagi suka tengok wayang dalam Beanieplex dari IMAX sebabnya tempat duduk dalam Beaniplex lagi selesa tapi Screen dalam IMAX best. So tolonglah gabungkan kedua-duanya. Till next entry. Bye. Muahhh..:)

Tuesday, November 20, 2012

Favourite Decoration

Assalamualaikum,
Ikea was the best place to gather ideas about home decoration. Dari barang yang sekecil-kecil sehinggalah yang besar semuanya ada kat Ikea. Asyik memang suka sangat pergi Ikea. Banyak idea dan dekorasi yang dapat dilihat dan dipraktikan kat rumah. Asyik rasa Ikea ini memang tempat yang terbaik untuk lepak, makan, cari idea dan jenjalan. haha. Semua ada kat sini. Kalau nak solat surau disediakan, kalau nak makan cafe disediakan, kalau nak shopping memang Ikealah tempatnya. Semua serba lengkap. Satu lagi kalau nak bergambar Ikealah tempat untuk berposing. Pilih jea mana-mana sudut semua cantik-cantik. hihi. Kalau family datang sure akan bawa ke Ikea. Tempat menarik perlu dikongsi bersama dengan yang tersayangkan. 

Wearing : Batik Shawl - Uptown Penang, Maxi Green Dress - ThePoplook, Cardigan - Unbranded, Bag - Tesco.





Susunan di meja makan yang menarik perhatian Asyik.


White, white, white and white decoration again. Love it.





At Cineleisure jenjalan. Till next entry. Bye.

Saturday, November 17, 2012

Two is better than one..

Assalamualaikum,
This is entry about clever boy name Akid. Bakal anak saudara Asyik. Sangat manja, baik dan memang tak tahu duduk diam dan satu lagi pandai posing rupanya Akid ini. Lepas ambil gambar melompat-lompat dia seronok. hihi. Sebenarnya waktu ini sedang menunggu mamanya Akid yang terpaksa masuk ward sebab adik Akid baru dilahirkan pada 12.11.12 dan dijangkiti demam kuning. Nak menghilangkan kerisauan Akid yang tak habis-habis mencari papa dengan mama dia jadi bawalah dia keluar jenjalan kejap. Kesian baby dan mama terpaksa stay kat hospital. Tapi alhamdulillah hari ini baby Delisa dan mamanya Akid dah keluar dari hospital tapi kena betul-betul perhatikan Delisa supaya demam kuningnya tak naik lagi. Hope cepat-cepat sembuh Nur Delisa. Auntie tak sabar nak main-main dengan Delisa dan Akid sekali. hihi. 


Mula-mula malu Akid nak bergambar tapi lama-lama bukan main lagi dia posing.


Tengok dah nampak perut dia . haha.

Muka sedih mencari papa dengan mama.

Dengan uncle Akid. Sweet jea. Pandai pula dia posing.

Bye. Till Next Entry.
Love from Akid. hihi