Monday, October 29, 2012

Eid Adha 2012

Assalamualaikum,
Sape yang masih kat kampung sila angkat tangan? hihi.. Asyik angkat tangan juga.! wehuuu balik kampung.. Seminggu Asyik akan ada kat rumah family di Penang tapi seminggu tu terasa sekejap jea kalau tak diluangkan dengan aktiviti yang berfaedah. Rugi tau. So luangkanlah masa yang berharga ni dengan sebaik-baiknya dengan orang yang tersayang. Bila cuti ditambah dengan hari raya korban sudah pasti kita takkan terlepas dengan menziarahi saudara mara kita begitu juga Asyik. Dapatlah jumpa sedara mara yang ada dikampung sebelah abah di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Penang dan sebelah mak di Selama, Perak. Alhamdulillah semua sihat-sihat belaka kecuali nenek sebelah abah yang kurang sihat. Moga dia cepat-cepat sembuh dan kuat macam selalu. Mesti ramai yang tak habis-habis lagi makan daging korban..hihi.. Banyak betul kan. Itulah kenikmatan sebagai umat Islam di Malaysia. Beruntung kita dapat tinggal di Malaysia. :) 




Bergambar bersama Abah..:)

Yang ni pula kakak Abah or Asyik panggil Mak Chaq..hihi
Sama tak muka kitaorang?.....

Iklan GIGI sebentar yea..:p

Eh, iklan GIGI lagi..hihi

Tok Sofiah..Dah kurus dia..huhu..cepat-cepat sembuh..




Family Asyik..Ada sorang lagi adik tapi dia tak ikut sekali hari tu.


Till Next Entry. 
Kalau ada yang sedang pulang ke rumah masing-masing berhati-hati semasa memandu yea.

Saturday, October 27, 2012

Hammer Bay, Penang

Assalamualaikum,
Lamanya tak update entry tentang kehidupan harian Asyik. Rasanya hampir dua minggu Asyik tak betul-betul berblogging. Sebelum itu selamat menyambut hari raya Aidil Adha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Bestkan Malaysia ini banyak betul cuti. Asyik pun tengah bercuti pertengahan semester sekarang ini. Cuti-cuti juga tapi preparation untuk menghadapi peperiksaan akhir jangan dilupa sebab masa berjalan dengan pantas sekarang jadi perlu menggunakan masa itu dengan baik supaya tak rugi masa depan nanti. Semalam selamat sudah menyambut hari raya dengan bersederhana dirumah Asyik dan keluarga Asyik sempat menziarahi saudara mara yang berdekatan dengan rumah. Selepas berborak, berbincang, tengok movie, makan, berbusiness sikit perut mulalah lapar dan beransurlah pulang. Tapi sebelum pulang ke rumah sempat lagi mencari kedai untuk makan tapi malangnya mana ada kedai yang buka pada hari raya jadi Asyik dan family berjalan-jalanlah di sekitar pulau sambil mencari kedai yang masih buka. Lastly terjumpa satu kedai ini yang berdekatan dengan Gold Coast Apartment kalau tak salah Asyik. Betul-betul berdekatan dengan pantai. Tempatnya cantik, nyaman dan memang seronok untuk makan. Nama kedai itu Hammer Bay. Kalau dah kedai tepi pantai sudah tentu menjual makana laut. Memang tidak mengecewakan makanan kat kedai ini, semuanya sedap-sedap dan harganya pada Asyik sangat berbaloi. Memang sangat lazat..




Menunggu makanan tiba kami pun bergambarlah dulu.


Asyik duduk betul-betul berdekatan dengan pantai siap ada bot lagi kat belakang Asyik.

Hammer Bay..Mesti nama kedai ini dapat dari hammer yang mengetuk ketam..hihi

Yeahhh..lauk dah sampai. Sayur goreng cendawan, tomyam campur, ikan jenahak bakar , telur dadar dan makanan utamanya............. Ketam masak cili kering..

Memang marvellous giler...:)

Haha..gelojoh kan dua beradik ni makan..

Hasil selepas segala tangkapan dimasukkan ke dalam perut.. Alhamdulillah kenyang..hihi

Ketam, udang dan macam-macam lagi yang fresh..

Till Next Entry..Muaahhh..Jeles gambar takde dalam ini..huhu

Monday, October 15, 2012

Port Dickson

Assalamualaikum,
Tiada yang lebih penting untuk dikatakan disini melainkan saya sukakan hidup saya. hihi. Syukur alhamdulilah masih dapat menikmati keindahan bumi yang Allah ciptakan untuk kita. Lebih indah bila bersama keluarga sendiri.




Mak ku sayang bukan main lagi posing!..








Till Next Entry.

Sunday, October 14, 2012

Shae - Sayang

New favourite song.

Lirik Lagu Sayang – SHAE

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu