Friday, August 31, 2012

I Am Officially Friendlyfashion's Bloggers

Assalamualaikum,
Have you heard about Friendlyfashion? Friendlyfashion ialah Malaysia's First Online Community Closet. Di sini kita boleh menjual, menderma malah boleh mendapatkan tip-tip yang hebat berkenaan fesyen dan pelbagai lagi dan yang paling best semuanya PERCUMA. Jadi anda semua patut tengok website ini FRIENDLYFASHION.MY. Baru-baru ini friendlyfashion telah membuat contest yang mencari 15 bloggers untuk dijadikan crew mereka malah boleh menulis apa saja di blog tersebut. The official FF blogger will be required to regularly contribute an article on fashion or lifestyle at least once a month. Jadi Asyik memang saja suka-suka untuk mencuba dan persaingannya memang sengit sebab Asyik bukannya ramai sangat followers tapi Alhamdulillah Asyik tersenarai dalam 15 blogger tersebut.

Thank you so much for those who vote for me in Friendlyfashion bloggers contest. Tanpa anda semua Asyik memang takkan dapat memasuki top 15 FF Bloggers. Memang agak terkejut sebab Asyik tengok pada awalnya jumlah vote itu memang sangat sedikit tapi bila tarikh dah semakin hampir Asyik dapat lihat yang jumlah vote semakin hari semakin meningkat dengan banyaknya. Alhamdulillah terima kasih pada semua yang sudi mengundi Asyik.

Seperti yang diberitahu oleh Friendlyfashion setiap seorang yang telah dipilih untuk menjadi 15 bloggers tersebut akan menerima hadiah dan mendapat peluang seperti berikut:
  • Attend various events that the FF has been invited to. 
  • An Official FF Blogger kit.
  • Readership of over 20,000 visitors a week.
  • FF promoting your blog post in our social media channels
  • A chance to be officially associated with DiGi WWWOW Awards Online Shop of the Year.

Tahniah untuk semua yang terpilih dan terima kasih pada yang sudi mengundi.
Till Next Entry.

Wednesday, August 29, 2012

Random Raya Photo

Assalamualaikum,
Random photo before raya and after raya. Just love to share with you guys.

Shopping kat Alamanda. Capture shoes yang sangat-sangat cantik.

One of my niece. Tak tahula botol apa yang dia gigit tu. Nama dia Aishah Humairah.

Budak nakal Hafiz ni suka menyakat Tok. Tok dah la tak bape nak sihat tu. Semoga tok cepat-cepat sembuh. We all love you so much.

Budak nakal lagi sorang ini beriya sangat nak ambil gambar kat klinik lama ni. Dulu masa kecil-kecil kalau balik kampung dan demam, klinik ini la selalu pergi. Memang sangat 'old school'.

Dua orang budak suka buat cute.haha

Beraya sakan diaorang ni. Sampai ke malam dok beraya dan makan lagi.
Till next entry.

Monday, August 27, 2012

Eid Mubarak 1433 : Day 4

Assalamualaikum,
Tak habis lagi dengan entry pasal raya tapi kali ini bukan rumah terbuka lagi tapi Asyik menghabiskan masa terluang dengan menonton wayang sambil mencari majalah Hijabista September 2012 yang terbaru. Bercerita tentang tengok wayang kali ini Asyik tengok movie The Dinosaur Project. Cerita ini dah nampak menarik tapi cara penyampaian dia yang seolah-olah kita yang merakamnya sendiri. Itu yang mengecewakan sebab tersangkut-sangkut jalan ceritanya. Dan ending cerita ini juga agak tergantung, dia nak kita fikir sendiri agaknya apa yang akan terjadi. Huhhh..Sedeyy..! Asyik boleh bagi 5/10 jea untuk movie ini. Selepas menonton wayang Asyik dengan adik terus gerak balik rumah sebab dah agak lewat kan. Jadi sampai sini saja untuk kali ini. Jumpa di entry seterusnya. Selamat hari raya lagiii..hihi



Outfits : Black Cardigan : COTTON ON // Bag : ACEWIN // Sandal : XES Appeal // Necklace : KITSCHEN // Shawl : Princess Bawal // Belt : ACEWIN //  Jess Chiffon Maxi Dress  : ThePoplook





Sunday, August 26, 2012

Eid Mubarak 1433 : Day 3

Assalamualaikum,
Hari raya yang ke 3 masih lagi menziarahi keluarga yang terdekat. Sambil mengunjungi rumah terbuka. Dari Kedah ke Penang semula. Dalam satu hari 3 buah rumah dikunjungi. Memang kenyang tak terkira. Pasti akan merindui suasana macam ini bila balik ke KL nanti.

Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
Menyambut syawal bersama keluarga.


Outfits : Aztec Dress // Bag : ACEWIN // Black Zipped Jacket // Shawl // Flowery Bracelet // Hello Kitty Watch



Till next entry.

Saturday, August 25, 2012

Eid Mubarak 1433 - Day 2

Assalamualaikum,
Berkunjung ke rumah terbuka pada hari kedua sudah menjadi kewajipan setiap kali berhari raya. Masing-masing seronok menjamu tetamu yang datang. Asyik pun berkesempatan untuk membuat rumah terbuka di rumah. Tidaklah besar dan sehebat mana tapi sekadar menjamu tetamu yang datang agar kenyang. Diharapkan rakan-rakan blogger yang lain turut bergembira bila berkunjung ke rumah terbuka. Dapat kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.


Outfits : Red Jubah : Downtown Cheras // Shawl : AIDIJUMA // Bag : Nurul Ain Blogshop
Till Next Entry.

Friday, August 24, 2012

Eid Mubarak 1433 - Day 1

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang mengenali. Syukur alhamdulillah masih berkesempatan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang di Penang dan kampung sebelah ibu di Perak. Walaupun ada kekurangan tapi semua itu tidak menjadi penghalang untuk bergembira dihari raya. Untuk hari raya pertama Asyik menyambutnya dengan baju kurung tradisional dan bersederhana. Selesai solat hari raya di masjid berdekatan rumah semua berkumpul untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Kemudian makan dan bertolak ke kampung halaman sebelah ibu di Selama, Perak. 

Dapatlah beraya bersama nenek tersayang disana. Walaupun nenek kurang sihat tapi masih bersyukur dapat beraya bersama dia. Semoga nenek cepat-cepat sembuh. Berjumpa dengan sanak saudara yang lain memang kecoh habis. Masing-masing melaram baju raya yang cantik belaka. Semuanya pasti balik ke kampung pada malam hari raya atau pada hari raya pertama. Lemang ketupat semuanya di masak sendiri di kampung. Memang sangat seronok. Bermacam kisah dan cerita akan dikongsi bersama bila berkumpul beramai-ramai. Masing-masing sibuk bertanya khabar dan perkembangan semasa. Syukur alhamdulillah semuanya dijalani dengan cara yang sederhana dan meriah. Diharapkan masih ada Syawal untuk kita semua di tahun depan.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan. 

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.



Outfits : Baju Kurung // Batik Shawl with Rose Flowers // Bag : FOREVER 21

Dengan mak tersayang.

Dengan adik-adik tersayang.
Jumpa lagi nanti di entry yang lain.

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya. 

Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.


Thursday, August 16, 2012

Look Post : Lovely Leopard + Vintage Tops

Assalamualaikum,
" You will never know true happiness until you have truly loved."



OUTFITS : Pleated Maxi Skirt - MELLOVELLY // Vintage Tops - Gift from Mom // Shawl - Gift from Hidaya Sweet Scent // Bag - MARIE CLAIRE 



" I love you, not only for what you are, But for what I am when I am with you."
Till Next Entry.

Wednesday, August 15, 2012

Iftar di Ipoh, Perak

Assalamualaikum,
Bulan ramadhan semakin hari semakin meninggalkan kita. Kemudian disambut dengan bulan Syawal. Terasa sangat sedih pula bila mengingatkan Ramadhan yang semakin berkurangan. Untuk itu marilah kita sama-sama  menghargai saat-saat yang indah di bulan Ramadhan ini. Terasa sangat indah bila waktu berbuka puasa di luar. Seolah-olah kita bersama dengan semua ahli keluarga sebabnya di mana sahaja kita berada Umat Islam seolah-olah bersatu pada waktu itu untuk berbuka puasa. Seronokkan. Asyik sempat berbuka puasa di Ipoh, Perak. Dulu masa belajar kat Perak memang tak berkesempatan nak berbuka diluar sebab duduk dalam asrama jadi tak bolehla nak balik lewat-lewat. Banyak peraturan yang perlu diikut. Alhamdulillah bersyukur masih dapat merasai Ramadhan.

After berbuka kitaorang tengok wayang. Movie yang ditonton ialah Total Recall. Wah best juga movie ini. Korang patut tengok juga sebab banyak aksi-aksi yang menarik dalam cerita ini. Memang sangat berteknologi tinggi bila tengok movie ini. Hebat sangat tau teknologi yang digunakan. Bila dah tengok baru tahu macam mana. Asyik bagi 8/10. Okla kan.


Menunggu waktu berbuka puasa sambil bergambar untuk kenangan.




Till Next Entry.

Monday, August 13, 2012

FriendlyFashion Official Blogger Contest

Assalamualaikum,
I've joined myself the current contest of FF which is Becoming FF Official Blogger Contest. I really wanna try my best becoming of the 15 FF bloggers.


I'm really hope you guys can help by cast me your vote. do help me ya... may God repay you guys.

Millions of thanks ,
Asikin Izas.

Friday, August 10, 2012

It's Tumbler Not Tumblr

Assalamualaikum,
Hye semua, malam ni genaplah puasa kita yang ke 21 hari. InsyaAllah. tinggal sepuluh hari lagi untuk kita berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri. Cukupkan dulu puasa yang ada baru kita fikirkan untuk beli segala persiapan yang vogue itu kan. Tapi sempat ke?mestilah tak kalau last minute baru nak beli. Walau apa pun pastikan jangan berlebihan yea. Bersederhanalah dalam segala hal itu yang lebih baik. 

Untuk entry kali ini Asyik nak kongsi tentang Tumbler. Yup Tumbler bukan Tumblr yang selalu kita post macam-macam itu. Al-maklumlah sifat Asyik ni memang suka mengumpul barang-barang yang limited edition ni. Sebab benda-benda macam ni tak selalu kita dapat dan memang takde jual kat kedai-kedai biasa. Yang boleh kita dapat hanya bila kita tengok wayang dan dijual di kaunter jual popcorn tu. Yang memang confirm korang akan beli setiap kali nak tengok wayang. Dan Asyik setiap kali tengok wayang pasti akan tengok Tumbler apa yang ada hari itu. Kalau cantik dan best mesti Asyik beli tapi biarlah berpatutan harganya. Jangan melebih-lebih mahal pula. 

Kadang-kadang bukan di sini jea Asyik beli, mana-mana tempat yang Asyik nampak Tumbler yang best memang Asyik akan beli. Tapi koleksi Asyik masih belum banyak. Dalam simpanan sekarang ada 6 Tumbler, tak sabar nak tambah yang baru. Gambar kat bawah ni untuk tontonan korang semua yea. Jom tengok.


All the Tumbler yang ada. Tapi macam ada yang tertinggal lagi lah. Takpelah tengoklah yang ini dulu yea.

Ini koleksi yang terbaru Ice Age 4 dan Spider-Man. Orang tersayang belikan. Meoww..kih2

Yang gambar tengkorak itu special sikit sebab Glow in the Dark ok. Ganas!.Yang sebelah tu memang tinggi tema dia Gong Xi Fa Cai. hihi

Kung Fu Panda 2 dan Cars 2..Cute kan. Tumbler Cars tu siap ada roda tau.

Yang ni pula Tron Legacy. Minum puas giler sebab bekas dia besar. Yang sebelah comel cute miut tu dari KFC. Ini orang yang kasi. hihi. Best tak koleksi Tumbler Asyik. hihi. Kalau tak best pun cakap best jugak!!..haha. See you next entry. Bye.

Wednesday, August 8, 2012

Round Sunglasses

Assalamualaikum,
Whether you call them Round Sunglasses, Tea-Shades or John Lennon Sunglasses there's no mistaking the iconic status they've achieved over the last 40 years or so. Sunglasses formed by two circular lenses mounted in a wire frame were originally known as "Teashades". 

They first became popular in the 1960's inspired by many of the legendary rockers of that era. Their enduring appeal is driven by prominent members of the music business and other celebrities who continue to wear them to this day. 

Heavy Metal God Ozzy Osbourne still wears these circular shades, as does Liam Gallagher of Oasis who first wore them in the famous Wonderwall video. The glasses worn by Seraph in the Matrix Reloaded are Teashades. And more recently, Mary-Kate Olsen, Amber Le Bon and "Gossip Girl" Taylor Momsen have further revived interest in them by frequently wearing classically styled round sunglasses. (Source : http://www.johnlennonsunglasses.com/ )

Nak tutup eye bags yg teruk tu with round sunglasses. Nampak kelakar tapi cool juga sunglasses ni. hihi

Cute pula tengok dia ini pakai kan.

Till Next Entry.

Islamic Quotes


“If Allah knows any good in your hearts, he will give you something better…”
[Surah Anfal, 8:70]

Sunday, August 5, 2012

Shoes shoes!

Assalamualaikum,
Age shouldn't affect you. It's just like the size of your shoes - they don't determine how you live your life! You're either marvellous or you're boring, regardless of your age.
-Steven Morrissey-

Just want to share variety of shoes that I have.

New shoes, masih belum dipakai walaupun dah lama beli. Tunggu masa yang sesuai. Brand Bata salah satu jenama feveret sebabnya selesa untuk kaki Asyik yang selalu sakit dan bengkak kalau tersalah memilih kasut.

Koleksi flats shoes, wedges dan heels Asyik yang tak seberapa. Banyak yang Asyik dah jual dan bagi pada adik-adik sebab dah takde space untuk simpan dan kadang-kadang beli jea tapi tak pakai so sedekahkan jeala pada orang lain yang lebih memerlukan. Yang mana sayang saja akan disimpan. Lepas ini memang lebih berhati-hati dalam memilih high heels or wedges. Flats and sandals shoes Asyik selalu pakai untuk ke kelas sebab selesa dan mudah untuk bergerak aktif.

Thank you for reading.