Thursday, May 31, 2012

Himpunan Jutaan Belia Putrajaya (25 & 26 May 2012)

Assalamualaikum,
Rindunya pada korang semua. Sejak dua mnggu lepas Asyik sangat-sangatlah sibuk dengan aktiviti harian terutama sekali dengan kelas dan assingment. Memang sangat tak sempat nak menjenguk dan berblogging. Sekarang tengah cuti Gawai jadi bolehlah Qada segala yang tersimpan. Mesti dah ramai yang mengetahui tentang Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 23 hingga 27 Mei 2012. Kebetulan pula waktu itu keluarga Asyik datang ke KL jadi kitaorang memang menghabiskan minggu kat sana la. Himpunan Jutaan Belia ini merupakan himpunan yang terbesar di dunia ok. Hebat kan. Memang ternyata sangat besar sebab dalam masa dua hari Asyik pergi masih tak boleh nak singgah kesemuanya. Lebih baik korang naik basikal yang disediakan kat situ atau naik beca jea. Asyik lihat kat himpunan ini memang banyak faedah untuk kita sebagai warga belia. Boleh berniaga dan mencari duit, tak membuang masa begitu saja malah boleh menghabiskan masa bersama keluarga. Mungkin tahun depan boleh diadakan lagi.

With my family tapi masih tak lengkap ini.

Ini hari kedua Asyik pergi.

Lovely Darling Giorgio Izas dan adik Asyik.

With family pada hari pertama.

Bersama budak-budak nakal!


Atilia!! Cantik, manis, suara merdu malah kecil molek jea orangnya.

Till Next Entry.

Thursday, May 24, 2012

Look Post : Pleated Skirt Maxi

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Asyik alhamdulillah sihat. Terlalu banyak perkara yang perlu di atasi sekarang ini. Di sini Asyik nak outfits yang dipakai semasa wedding tempoh hari. Simple outfits but comfortable.

With my sweet friend Xeera.





This is Pleated Maxi Skirt from Mellovely. Sangat comfortable.

Wednesday, May 23, 2012

June Magazine Collection

Assalamualaikum,
Dah lam tak blogging. Ini hanyalah short entry sahaja. Asyik sangat busy sekarang dengan assingment. Minggu depan cuti barulah nak blogging lama-lama. Kat sini Asyik nak share koleksi majalah yang terbaru untuk bulan June.

Yang wajib ada GLAM! Cover majalahnya tak pernah mengecewakan.


Untuk pertama kali Asyik beli majalah NONA ini. Not Bad.

Untuk yang comel-comel boleh beli majalah yang memang comel dan stylish ini.

Minggu ini ada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. And Asyik nak pergi sebab dulu pernah terlepas untuk pergi. Jom!

Wednesday, May 16, 2012

Chill Out OU

Assalamualaikum,
Hye korang-korang semua yang cantik manis dan bergaya. Apa aktiviti korang minggu lepas? Memang ketinggalan zaman kan Asyik ini, orang lain dah sibuk dengan minggu yang baru Asyik baru nak cakap pasal minggu lepas. Maafla assingment banyak sangat tak sempat nak kongsi semua sekali. Walau apa pun sudilah baca serangkap dua kata dari Asyik ini yea. Kalau korang tengok tajuk diatas pun mesti dah tahu aktiviti yang Asyik buat minggu lepas. Sudah semestinya bersantai-santai di One Utama. Memang dah lama sangat tak ke OU walaupun dekat jea dengan rumah (Sunway lagi dekat kot) tapi bila lalu depan OU mesti nampak Ikea dan Ikea lebih mendapat tempat di hati ini. haha. 

Tapi minggu lepas Asyik kuatkan hati juga supaya tak pergi Ikea. hihi. Nak mencari kasut ataupun sandal tapi macam dah larat nak mencari kat OU tu tapi takde juga yang berkenan dihati walaupun tempat itu punyalah besar. Sebab besar jugalah tak larat nak jalan! Lebih banyak nampak baju, dress, skirt dan benda lainlah. Salah satunya tempat makan. Sementara nak hilangkan lelah  berjalan singgah Tutti Frutti kejap. Favourite Asyik ialah Vanilla. Tak masam sangat tak manis sangat and then Asyik suka dimakan dengan buah-buahan segar. Lepas itu sambung lagi mencari tapi orang lain yang shopping Asyik balik saja dengan perut yang kenyang jea sebab singgah makan dekat Chicken Rice Shop pula. Makan jea kerjanya kan.

Eh, lupa pula bukan terus balik ke rumah tapi pergi shopping dekat The Mines pula. Barulah dapat jumpa sandal yang Asyik nak dan dapat jumpa satu kedai yang best iaitu Dressing Paula. Banyak baju yang cantik-cantik kat situ yea. Nanti nak pergi lagi sebab ada something yang Asyik suka dekat situ. So itu jeala cerita untuk minggu lepas. Jom jamu mata tengok gambar.



Suka sangat ler tu!


Tak sure ni dalam kedai Zara or Forever 21!..Tapi semua dress sangat cantik.
Till Next Entry.

Tuesday, May 15, 2012

Chill Avengers

Assalammualaikum,
Hai semua, rasa-rasanya mesti dah ramai yang tengok movie avengers kan? Asyik jea ketinggalan zaman baru nak tengok. Yeala selalu sibuk dengan assingment lepas itu tak ada teman nak ajak tengok movie. Kalau hari minggu selalu full lepas itu kawan-kawan banyak yang nak rehat kat rumah jea itu yang ketinggalan sikit. Tapi yang penting hari ini dapat juga Asyik tengok movie Avengers itu bersama dengan rakan sekelas Asyik. 

Nak dijadikan cerita Asyik ini memang agak susah dan memang tak pandai sangat naik public transport tapi disebabkan ada sorang rakan ini selalu naik public transport jadi Asyik pun memberanikan diri jugala untuk naik public transport tapi dekat-dekat jeala macam yang Asyik buat hari ini. Mula-mula naik bas rapid dari depan rumah sampai ke KTM Dato Haron, itu pun nasib ada member tunggu dan bagi instruction kalau tak memang sesat, then kitaorang naik KTM terus ke Setia Jaya so dari Setia Jaya barulah naik kereta member sorang lagi ke Sunway Pyramid. Penat juga tukar-tukar macam ini tapi alhamdulillah selamat sampai. Then tengok Avengers, makan dan shopping-shopping. Itu jea ceritanya.


Budak Gemokk!! hihi

Inilah instructor yang banyak mengajar tu.

Ini pula yang bawa kereta tu. hihi

Segala jenis tiket untuk hari ini.
Till next entry.

Saturday, May 12, 2012

Another Birthday Surprise

Assalammualaikum,
Apa khabar semua? Dah hari minggu ini. Apa plan untuk weekends ini? Asyik tak habis-habis lagi dengan birthday. Semalam masih ada lagi yang buat surprise birthday untuk Asyik dan Saadiah member sekelas yang menyambut hari yang sama dengan Asyik. Mula-mula pergi kelas macam biasa, sampai kat kelas pensyarah cakap kena tunggu sekejap sebab diaorang ada meeting dengan student final semester. Jadi kitaorang lepak-lepak la dulu dekat palm square tempat dimana terdapatnya cafe yang tidak berfungsi. Semata-mata meja makan sahaja yang ada disitu. Jadi borak punya borak ada lah sorang member Asyik ni namanya Yatt yang tak habis-habis ajak naik ke studio. Memang dah malas nak naik sebab tingkat 3 nak kena naik tangga semata-mata tapi dia dok pujuk punya pasal naiklah juga tanpa syak apa-apa. Diaorg yang cepat-cepat naik dulu. Masuk jea dalam studio terus dinyanyikan lagu Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Saadiah and Ekin, Happy Birthday to you. Memang tak terkata lah. Ada jugala member yang sanggup buat macam ini. haha. Thank you Yatt, Shasha, Fiza and Saadiah dan juga member sekelas yang lain yang sudi menyanyikan lagu happy birthday dengan tempo yang sangat sedap. haha.

Almond Choc ini memang sedap.

Maaf gambar tak secantik yang diharapkan sebabnya semuanya surprise.

Saadiah and Me. Yang ada terselit kat belakang itu Shasha.

Acara memotong kek! haha

Ini pula hadiah yang Asyik dapat dari member sebilik Asyik. Memang pada hari yang sama dengan surprise kat atas itu. Kalau macam itu double surprise lah. Thank you Ama.

Comelnya!
Jumpa lagi nanti.


Tuesday, May 8, 2012

Simple Birthday but Blessing

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ini. Dah cukup 26 tahun Asyik pada bulan ini. Banyak yang ingin Asyik lalukan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan diberkati-Nya. Semalam Asyik menerima banyak ucapan yang sangat mengharukan dari kawan-kawan dan keluarga. Terima kasih untuk doa-doanya. Semalam memang Asyik makan FREE sebab ada yang sudi belanja sempena dengan birthday Asyik. Thank you kepada Yatt rakan sekelas Asyik untuk makan petang dan Hazrin makan malam. Balik rumah pula ada surprise dari Xerra merangkap roommate Asyik. Tiba-tiba dia masuk ke bilik dan nyanyikan lagu happy birthday untuk Asyik bersama dengan red velvet cupcake yang comel dan sangat sedap. Terima kasih. Sayang korang semua. untuk family terima kasih untuk doa-doanya. Walaupun jauh tapi masih tak lupa. Untuk yang tersayang kekasih hati Giorgio Izas terima kasih dengan hadiahnya yang comel itu. Awal-awal lagi dah dapat, walaupun tak dapat nak sambut bersama sebab berjauhan tapi takpe sebab dapat bergayut telefon dengan lamanya, al-maklumlah free call. Thanks a lot untuk semuanya. Hari yang sangat bermakna untuk tahun ini.



Comel  accessories ini. Thank you sayang.
Till next entry.

Monday, May 7, 2012

Semakin Meningkat Angkanya


Assalamualaikum,
Semakin hari semakin meningkat umur kita samada kita sedar atau tidak kita semakin tua tetapi sudah cukupkah amalan ibadah kita selama ini, itu yang perlu kita perhatikan dan perbaiki. Sama juga seperti Asyik genap tarikh 7 Mei setiap tahun semakin bertambahla umur Asyik. Asyik bersyukur masih diberikan nafas untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T yang maha kaya ini. Terima kasih YA ALLAH untuk semuanya dan terima kasih untuk ibu dan ayah yang melahirkanku ke dunia ini. Alhamdulillah. Selamat Hari Lahir untuk semua yang menyambut hari lahir pada hari ini.

Saturday, May 5, 2012

May Magazine Collection




Untuk pertama kali keluaran Hijabista edisi pengenalan berada di dalam koleksi majalah Asyik. Majalah yang lengkap dengan gaya muslimah masa kini. Tahniah Hijabista dan selamat berjaya. Tak sabar nak tunggu keluaran pertama.

Thursday, May 3, 2012

Look Post : Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum,
Another wedding celebration happen. Kali ini di Parit Buntar, Perak. Majlis akad nikah yang ringkas tapi sangat diberkati oleh semua yang hadir. Sehingga ada yang menitiskan air mata kegembiraan. Tahniah kepada pasangan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Kebaya with jeans. Mudah dan ringkas and new tudung bawal.


Mak dan bakal menantunya.

Ini dari sebelah lelaki. Segala hiasan dilakukan oleh adik Asyik merangkap wedding planner.

Ini dari sebelah perempuan.
Till next entry.


Tuesday, May 1, 2012

Berjalan Bersama Bakal-Bakal

Assalamualaikum,
Minggu lepas Asyik berkesempatan untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga bakal mertua. hihi. (skemanya ayat). Disebabkan mereka datang ke KL jadi bolehla jumpa sekejap dan bersiar-siar. Tempat pertama yang dituju ialah Ikea. Bukan apa Ikea merupakan tempat yang paling sesuai untuk bershopping sambil makan. Disebabkan semua ahli keluarganya suka membeli barang untuk mencantikkan rumah kediaman jadi Ikea lah tempat yang paling sesuai. Asyik juga dapat berjumpa dengan bakal anak saudara gitu, dulu pernah jumpa masa dia baru lahir tapi sekarang dah besar dan manja betul. Tak sangka pula dia masih nak dekat Asyik walaupun dah lama tak jumpa. Sampaikan tak nak dekat orang lain. Jadi untuk hari itu Asyik jadi babysitter untuk Akid. Takpe auntie tak kisah, auntie pun dah lama tak main dengan budak-budak ini. Best juga dapat main dengan Akid. Will miss you Akid.

Selepas shopping dan makan di Ikea kitaorang terus ke Sunway Pyramid pula. Saja nak jalan-jalan dekat sana sambil ambil gambar kenangan. Bukan selalu dapat ikut macam ini. Pusing-pusing Sunway sampai lenguh kaki. Kesian pula tengok mumy and papa penat berjalan jauh.

Belajar bawa baby awal-awal. haha.

Nampak jea besar tapi sebenarnya kecik lagi Akid ini.




Bersama ibunda tersayang Giorgio Izas Puan Faridah bakal mak mertua ku yang baik dan lemah lembut orangnya.

Bersama Mumy, Papa dan adik bongsu Giorgio Izas.

Giorgio Izas bersama keluarga tersayang.
Till Next Entry.