Saturday, April 28, 2012

B.I.G. Ben's Independent Grocer

Assalamualaikum,
Eh, selalu korang shopping barang rumah kat mana? Kat sini Asyik ada satu tempat yang menarik untuk korang pergi. Mungkin ada yang korang boleh dapatkan dekat sini. Dekorasinya pun cantik dan unik. Salah satu tempat yang mempunyai banyak barang yang jarang ditemui di tempat lain. Tentang harga mungkin ada yang agak mahal sebab bukan dari Malaysia tapi berbaloilah dengan barang yang dijual. Kalau ada yang pernah pergi ke Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur mungkin korang pernah melihatnya. 

Dekorasi yang sangat menarikkan.



Barang-barang yang sangat segar untuk dibeli.


Asyik sangat suka melihat pelbagai jenis packaging yang terdapat disini.





This is not Halal dan kita tak patut masuk pun jadi Asyik just ambil gambar sebab tertarik dengan botol-botol yang digantung itu. Nice idea.

Kalau dah penat shopping boleh minum-minum dulu yea.



Till Next Entry.

Thursday, April 26, 2012

Look Post : Princess Bawal


Scarves : Mom Closet
Dusty Pink Tops : Thepoplook
Bag : IOI Mall
Jeans : Unbranded
Flats : Bata

Love this new bawal, present from my lovely mom. Thank you so much mak. Asyik namakan tudung ni princess bawal. hihi.

Tuesday, April 24, 2012

ZaBella Wedding

Assalamualaikum,
Tahniah untuk Zahir dan Nabila. Nabila merupakan kawan Asyik sejak dari diploma sehinggalah sekarang kami masih belajar bersama malah sekelas. Dan untuk Zahir please jaga Nabila dengan sebaik-baiknya because she's a good girl and sweet.  Dengar dari cerita Bella mereka kenal sejak dari diploma lagi jadi sudah hampir 7 tahun lebih mereka berkawan sama juga seperti Asyik. hihi. And the wedding sangat meriah dengan nyanyian dari kawan-kawan dan family Bella sendiri yang memang sporting habis. Perkahwinan tersebut diadakan di Dewan Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Tempatnya menarik malah lebih selesa. Congrats again to both of you. And to me and my partner selamat menyambut ulangtahun yang ke 7tahun 4bulan. Selama perkenalan kita banyak dugaan yang kita hadapi untuk mempertahankan hubungan kita dan diharap hubungan kita kekal sehingga ke jinjang pelamin dan selamanya. Amin. Dan terima kasih sebab sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengan Asyik walaupun kita hanya dapat berjumpa untuk dua hari sahaja tapi itu sudah memadai.

With the bride yang gorgeous.







Till Next Entry.

Monday, April 23, 2012

Look Post : English Green


Scarves : Unbranded
Cardigan : Xerra Closet
Princess Jasmine Dress : Thepoplook
Bag : IOI Mall
Accessories : Unbranded

Yuen Steamboat, Bandar Sunway.

Assalamualaikum,
Food is your body's fuel. Without fuel, your body wants to shut down by Kenn Hill. Jadi untuk itu tengokla muka Asyik yang sangat tak larat sebab terlalu penat dan mengantuk dan rasa tak terdaya sangat sebab tak makan seharian. Jadi untuk menghilangkan rasa kelaparan dan kepenatan Asyik dengan senang hati pergi makan kat Yuen Steamboat. Seriously, banyak pilihan kat sini berbanding tempat lain jadi tak hairanlah kenapa ramai sangat orang sampai kena tunggu turn untuk masuk dan lebih mudah nak faham kena daftar dulu yea. Tak daftar korang tunggu la sampai tahun depan pun kalau ramai orang jangan harap dapat makan.

Muka lesu jea sebab tak makan!

See see dah lain muka itu!

Ini kegemaran Asyik. Yang panjang itu sangat sedap rasanya. hihi.


My dessert untuk hari itu. 3 perasa ice cream yang lazat.

Final picture sebelum balik. hihi.

Ini hasil selepas makan! Banyakkan. Dessert sampai 3!..jangan terkejut itu biasala. haha.
Till next entry.

Friday, April 20, 2012

Keep Calm and Read Quraan

Assalamualaikum,
Read Quraan will always make us feel good and calm in everywhere. Ia adalah ubat untuk segala masalah di jiwa kita.

Wednesday, April 18, 2012

Bawal Printed Cotton

Assalamualaikum,
Salam hari Rabu untuk semua. Eh, korang hari ini wayang murah jomlah pergi tengok wayang. Apa citer yang terbaru sekarang ini? Haaa..macam-macam kan movie terbaru sekarang. Ok, Asyik just want to share orang lain sibuk pakai tudung bawal cotton yang terbaru sekarang ini jadi Asyik pun nak cuba la satu. Bukannya mahal pun tudung ini, semua orang mampu untuk beli. Sama macam kita pakai tudung bawal plain tapi yang ini lebih variasi dan coraknya pelbagai. 


New ring..beli kat downtown jea..hihi
Till Next Entry.

Tuesday, April 17, 2012

Candylicious

Assalamualaikum,
Minggu lepas Asyik berkesempatan untuk pergi ke KLCC. Bukannya tak pernah sampai ke sana tapi kali ini Asyik singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis gula-gula, coklat dan pelbagai jenis makanan yang pasti semua kanak-kanak suka. Candylicious nama kedainya. Asyik tertarik dengan salah satu element yang diletakkan di dalam kedai tersebut iaitu lolipop gergasi. Sangat cantik, terasa macam nak bawa balik rumah letak dalam bilik. Sebelum singgah di kedai ini Asyik jalan-jalan dulu di Petrosains yang sangat popular itu. Tema untuk kali ini ialah makanan yang boleh mendatangkan kegemukan dan kencing manis (just kidding). Korang boleh tengok gambar-gambar yang Asyik sediakan. Mesti korang nak pergi juga sebab tempatnya menarik.

In front of Petrosains.

Pokok lolipop diatas kepala. Nak bawa balik rumah yang ini!


Red Indian Lolipop. Menarik!





Comelnya bantal M&M tu!

Last sekali kitaorang tiba-tiba teringin nak makan cupcake from bijoux. Red Velvet tu boleh tahanlah sedapnya. Coklat itu agak pahit sikit tapi sesape memang pengemar coklat bolehla cuba. Yang satu lagi tak tahu nama apa tapi sedap juga.
Till Next Entry.

Thursday, April 12, 2012

Look Post : Pink Smile

Assalamualaikum,
Saya bukanlah sempurna tapi saya mencuba menggembirakan semua orang tanpa mengenepikan kehendak diri sendiri. Saya mungkin tak dapat menjadi seperti yang orang lain mahukan tapi saya mencuba utuk menjadi yang terbaik. Mungkin segala kejadian ada hikmah disebaliknya. Supaya tak selalu bersedih dekatkanlah diri dengan Allah S.W.T dan redha dengan kehendak-Nya. 

Malam semalam Asyik pergi Alamanda dengan adik ipar Asyik, kitaorang tengok wayang sebab dah lama sangat tak berpeluang untuk tengok wayang. Pergi berdua jea, ladies night. 'Battleship' sangat best, ala-ala transformers juga tapi lebih kepada tentera laut. Memang sangat ramai dalam panggung wayang, kitaorang pun dapat seat yang dah memang hampir ke depan screen but it's ok dari tak dapat tengok kan. Dapatlah juga menghilangkan kesakitan hati buat masa sekarang. See you guys next entry.




Hard Rock T-shirt : Unbranded
Cardigan : Miss Cindy
Deep Pink Maxi Dress : ThePopLook
Bag : Unbranded
Scarves : Unbranded

Tuesday, April 10, 2012

Simply Penang

Assalamualaikum,
Sesiapa kat sini yang belum makan? Cepat-cepat pergi makan sebelum perut sakit. Kalau ada yang tak tahu nak menjamu selera di mana Asyik ada satu tempat yang best untuk korang cuba di Sunway Pyramid. Tempat ini Asyik selalu pergi untuk makan Asam Laksa sahaja tapi boleh dikatakan makanan kat sini semuanya nampak lazat. Bolehla menghilangkan kerinduan nak merasa laksa penang sebab kat sini asam laksanya sudah hampir menyerupai dengan laksa penang. Seriously kuahnya sangat sedap dan korang takkan kecewa kalau makan. Tapi kepada yang bukan pengemar laksa penang korang boleh cuba makanan lain. Nama kedai itu Simply Penang.

Hai..hihi

Yummy Asam Laksa!


Till Next Entry.