Saturday, March 31, 2012

Village View Restaurant

Assalamualaikum,
Last two days Asyik berkesempatan untuk mencuba satu lagi restoran yang mungkin popular bagi sesiapa yang tinggal di Bangi atau Kajang. Nama restoran itu ialah Village View Restaurant, Jalan Reko, Kajang. Restoran ini mempunyai lebih dari dua cawangan. Tapi lokasinya Asyik tak berapa nak pasti. Kalau korang pernah makan di restoran ini tapi di cawangan yang lain silalah kongsi bersama. Sajian atau menu yang disediakan memang pelbagai. Asyik lebih suka makanan yang boleh dimakan beramai-ramai seperti makan di rumah.

Pada malam itu Asyik makan ikan siakap tiga rasa, ketam masak pedas, sup tulang, sayur kailan ikan masin (memang hidangan wajib), sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung bersama minuman jus peach. Tapi malangnya disebabkan kegelojohan jadi memang tak sempat nak ambil gambar makanan yang diorder. hihi. Asyik just boleh cakap kat sini yang makanan yang disediakan di restoran itu memang sedap walaupun ada sesetengahnya dimasak terlalu lama. Overall korang boleh cuba untuk makan disini. InsyaAllah tidak mengecewakan.


Till Next Entry.

Friday, March 30, 2012

My Sweet Room

Assalamualaikum,
Ini salah satu entry yang berbau kerinduan pada rumahku syurgaku. Kali ini Asyik cuma nak kongsi sikit keadaan bilik Asyik yang memang sah-sah tak boleh nak lawan hotel yang berstar-star itu. Tapi walau apapun Asyik rindu sangat pada bilik Asyik ini. Duduk rumah sewa sekarang kecik lepas itu jangan harapla dapat menghias bilik sebabnya berkongsi dengan orang lain dan bilik itu memang kecik dan mahal. Tapi apakan daya disebabkan belajar bersabarlah juga. Bilik Asyik ini sebenarnya nak buat English style tapi macam tak berapa nak menjadi sangatla sebab banyak barang tak ada sangat masa nak beli kat sana. Jadi ini sajalah yang termampu buat masa sekarang. Harap di masa hadapan dapatla memenuhi ruangan bilik Asyik ini dengan tema yang diinginkan.


Sebahagian dari koleksi majalah kegemaran Asyik ada di sini.


Purple pasti menjadi pilihan utama tapi bilik Asyik sekarang banyak dipenuhi dengan warna pink, tak tahula datang dari mana. haha. 

Cadar yang digunakan sekarang ini adalah hasil kerja tangan adik Asyik sendiri yang memang sangat berbakat dalam kerja-kerja menjahit ini. Bukan setakat cadar sofa pun dia boleh buat.



Till Next Entry.

Tuesday, March 27, 2012

Gifuto by Sweet Scent

Assalamualaikum,
Selamat hari selasa. Malam ini ada desperate housewives. Unfortunately, Asyik tak boleh tengok sebab kat rumah sewa nan indah ini buat masa sekarang memang tak ada televisyen so kalau tonton.com ada menyiarkan desperate housewives memang tersangatlah seronok. Di entry yang simple ini Asyik nak terima kasih sangat-sangat pada seorang sahabat blog Asyik yang tersangatlah baik sebab sudi menghadiahkan Asyik leopard shawl dan beberapa cenderamata dari Singapore, Indonesia dan Australia. Seriously memang hobi Asyik mengumpul benda itu semua, jadi bila orang dah bagi sangat bersyukurlah. Kamu sangat baik hati Hidaya. Thank you so much. Korang boleh singgah kat blog dia yang banyak menceritakan tentang fesyen, travel dan food. Sweet Scent by Hidaya. Asyik pakai shawl leopard yang cantik ini untuk ke kelas hari ini. Sebenarnya Asyik dah ada shawl yang macam ini tapi warna dark brown dan designnya lain sikit so bila dapat warna yang berlainan bestla juga sebab tak perlu nak beli dah. Makin bertambahla koleksi leopard Asyik.



Thank you Hidaya.
Till Next Entry.

Monday, March 26, 2012

Family A&W

Assalamualaikum,
Baru saja balik dari Sungai Petani tapi hati ini sangat berat untuk balik ke KL. Ohmaiii!! dah homesick ini. Please be strong just for one year lagi. Lepas itu boleh pilih mana-mana nak stay especially yang dekat dengan family.

A&W means Asikin Wan and Atikah Wan
hihi..:))

Friday, March 23, 2012

Power of 1

Assalamualaikum,
Ini ialah hari yang sama that I'm going to Hot Air Balloon. Jadi selepas habis di Putrajaya kami terus bertolak untuk pergi ke Bukit Jalil. Power of 1 ialah event yang dianjurkan oleh Proton. Disini kamu boleh melihat pelbagai jenis kereta yang dicipta dengan kreatifnya dan terdapat pelbagai jenis aktiviti yang disediakan. Asyik mengetahui mengenai event ini ialah melalui blog Hidaya iaitu salah seorang blogger seperti kita juga dan blognya dinamakan Sweet Scent. Terima kasih Hidaya. Boleh dikatakan event ini sangat menarik perhatian Asyik tambahan pula proton akan mengeluarkan kereta baru dan Asyik berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat kereta tersebut. Pengalaman yang memang sangat mengujakan. 

 











Till Next Entry.

Tuesday, March 20, 2012

Hot Air Ballon 2012

Assalamualaikum,
Disebabkan hari sabtu tak dapat pergi tengok hot air ballon jadi Asyik melepaskan geramnya pada hari Ahad pula. Last day untuk hot air ballon tahun ini. Hot air ballon ini diadakan untuk kali ke4 di Putrajaya. Sambutannya nampak memang menggalakkan, memang ramai sangat orang yang datang. Macam-macam jenis aktiviti ada tapi Asyik tak join pun. Just pergi tengok hot air ballon, makan dan shopping sikit jea. Sebab tak larat nak jalan jauh-jauh, kawasannya besar sangat. Memang seronok tengok hot air ballon ini walaupun agak panas tapi sebenarnya Asyik kagum dengan kesungguhan diaorang membuat event ini. Banyak negara yang menyertai hot air ballon yang diadakan. Teringin nak merasa naik hot air ballon tapi asyik ramai jea orang so tengok jeala.




Cantikkan semuanya.

Ini dari Tune Talk Malaysia. Memang besar!!

Excited benor!.haha

Till Next Entry.

Sunday, March 18, 2012

Menu of the day #2

Assalamualaikum,
Asyik ini selalu update pasal benda makan jea kan. Patutla badan itu dah macam belon. Cerita pasal belon, hari ini kecewa sebab tak boleh pergi tengok Hot Air Ballon kat Putrajaya itu. Memang dah dekat sangat dah tapi jalan sangat sesak sampai tak bergerak langsung. Walaupun lampu isyarat hijau masih juga tak bergerak kenderaannya. Jadi ceritanya pergi makan jeala. InsyaAllah kalau esok masih berkesempatan bolehlah singgah tengok Hot Air Ballon. Cerita pasal makan, hari ini Asyik punya menu ialah Nasi Kerabu Ayam Berempah. Tempat makan itu kat Kompleks Presint 9 kalau tak salah. Boleh tahan juga nasi kerabu kat kedai itu. Ada pelbagai jenis lagi masakan Kelantan kat tempat makan Percint 9 itu. Kalau ada yang teringin nak makan masakan Kelantan boleh kot cuba kat sini.

Inilah nasi kerabu ayam berempah yang Asyik makan itu. Banyak sangat tapi kalau korang tak kenyang juga tak tahulah. Bolehlah cuba yang lain pula.


*WARNING - Tadi dok godek-godek GOOGLE+ pastu tangan ini terlebih gatal pergi delete gambar-gambar dalam itu pastu tengok dalam blog keluar icon warning warna hitam siap tanda seru lagi. Dengan kecewanya gambar saya di dalam blog yang dok update selama ini habis hilang. Menyesal dah tak guna tangan gatal sangat tak reti dok diam dapatla habuanya. So kalau ada entry yang korang tengok kuar icon mcm itu faham-fahamla yea.

Tuesday, March 13, 2012

Menu of the day

Assalamualaikum,
Menu of the day bukan menu untuk hari ini tapi menu untuk sabtu lepas..Hari minggu kita mestilah bergembira kan. Ada yang lepak kat rumah, ada yang tengok movie, ada yang memasak mencuba resepi baru dan Asyik pula pergi makan jea. Tempatnya di Kenny Rogers Sunway Pyramid. Memang tahap lapar giler dah masa itu. Dari Seri Kembangan terus menuju ke Sunway Pyramid. Sebelum nak shopping kita makanla dulukan. Disebabkan terlampau banyak sangat order kitaorang siap bungkus lagi mana yang lebih. Siap boleh makan lagi sekali kat rumah. Tak ada la membazirkan. Ayam yang besar dan seekor itu memang confirm susah nak habiskan kat situ jadi bawa balik jeala. Sekarang teringin nak makan sate pula. Mana nak cari sekarang ini. Jom jalan-jalan cari makan. haha. Uppsss dah macam rancangan jalan-jalan cari makan pula yea.

Monday, March 12, 2012

JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA


Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Monday, March 5, 2012

Happy Birthday Bonda..

Assalamualaikum,
Salam sayang untuk semua blogger di Malaysia dan seluruh negara itupun kalau ada yang faham bahasa Melayu..hihi..Sangat-sangat lama Asyik tak update blog disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Untuk kali ini Asyik cuma nak share sedikit gambar pada hari jadi ibu Asyik pada 3 hari lepas iaitu pada 3.3.12 tempoh hari. Asyik dan adik-adik berpakat untuk celebrate di Ikea sebabnya boleh shopping barang untuk renovation rumah sekali. Kek memang dah dibeli dari awal cuma datang makan kat situ sambil ditambah dengan makanan dari Ikea. Alhamdulillah walaupun simple tapi semuanya gembira. Happy Birthday Mak. Kami semua sayang sangat pada Mak. You are the best thing in the world.