Monday, February 20, 2012

Family Gather-Gather

Family is the most important thing in the world. All of us grow up in particular realities. A home, family, a clan, a small town, a neighbourhood. Depending upon how we're brought up, we are either deeply aware of the particular reading of reality into which we are born, or we are peripherally aware of it.


Abah dan budak kecik 

Mak dan budak kecik

Sunday, February 19, 2012

Quotes of The Day


“Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.”

Saturday, February 18, 2012

TAKRIF TAQWA

Assalamualaikum,

Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja. Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-mata. Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.

Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.

TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan. Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara- perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah-istilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru. Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.

Sumber : halaqah.net

PETUA IMAM SYAFIE

Assalamualaikum,
Asyik nak berkongsi sedikit pengetahuan yang Asyik ketahui disini dan diharap ada yang mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan segala kebaikan dan menghapuskan segala keburukan. 

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat Cara Tidur

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

“Khas Untuk Next Top Blogger 1 – Episod 7”

Thursday, February 16, 2012

Events for Next Month March

Assalamualaikum,
Event yang akan memeriahkan sekitat dan Selangor Kuala Lumpur pada bulan depan akan menemui anda tidak lama lagi. Apa kata kita sama-sama meluangkan masa untuk pergi memeriahkan lagi suasana di sana. Mungkin ada faedah yang akan kita dapat disana nanti.

Market @ Jaya One ini memang boleh dikatakan event yang wajib Asyik pergi. Alasannya suasana dan barang yang dijual tidak pernah mengecewakan malah kita boleh berjimat dengan memiliki barang-barang yang sangat berkualiti.

Baazaar Ohh Bazaar merupakan event yang selalu happening dan boleh dikatakan setiap bulan diadakan ditempat yang sama iaitu di Rasta TTDI. Memang korang takkan kecewa.

Event yang diatas ini pula antara yang terbaru diadakan sebabnya Asyik pun tak pernah pergi lagi. Kelihatan seperti banyak kesenian disini. Dan sesuai untuk keluarga membawa anak-anak mereka pada hujung minggu.

Itu sahaja buat masa sekarang. Harap ada yang mendapat idea kemana nak pergi pada bulan March nanti.
Till next entry.

Tuesday, February 14, 2012

New House New Colors

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Dah dua hari Asyik tak sempat nak update blog. Semuanya gara-gara nak pindah rumah. Nak pindah rumah macam-macam hal nak kena settlekan. Terutama sekali dalam pemilihan warna dinding rumah. Kalau warna tak menarik tak seronoklah nak duduk kan. Dah berkurun tak cat rumah, bila sekali-sekala buat kerja macam ini best juga walaupun sangat penat. Bila kita yang cat sendiri rasanya lebih puas hati dan kita akan lebih menghargai rumah kita kan. Bilik Asyik kali ini Asyik buat warna kegemaran iaitu Light Purple dan ditambah sedikit dengan Pink. Set perabot pula Asyik pilih warna Putih. So decoration nanti lebih banyak warna purple dan pink. Warna sama macam warna blog ini kecuali purple Asyik guna Light Purple jea. Nanti Asyik share full image bila dah siap decorate ok. Till the next entry.


Just a few picture's of me with new background pink!

Saturday, February 11, 2012

February Magazine Collection

Assalamualaikum,
Just want to share some of my magazine collection for this month. If you guys know about others magazine which is represent muslimah lifestyle or muslimah outfits please let me know. I am very interested to collect for my inspiration. Seriously really need another quality muslimah magazine. Thank you guys for visiting my blog.





Friday, February 10, 2012

Faith Friday

Oh Allah, grant me your love, grant me that I love those who love you; grant me, that I might do the deeds that win your love. Make your love dearer to me than the love of myself, my family and wealth.

- Reported by At-Tirmidhi, Hadeeth.

Thursday, February 9, 2012

Leopard Print Vs Tribal Pattern

Assalamualaikum,
Baju tribal pattern yang Asyik pakai itu betul-betul menyelesakan apabila dipakai. Longgar dan kainnya tak panas. Waktu ini Asyik nak ke rumah baru yang bakal diduduki tak lama lagi. Shopping barang untuk mengemas rumah baru. Trend yang tengah in sekarang ini Asyik tengok animal print. Ramai juga pengemar animal print ini termasuklah Asyik sendiri. Banyak koleksi yang dikumpul untuk memuaskan hati. Dan trend yang sedang hangat juga ialah tribal pattern. Banyak kedai yang menjual baju dan aksesori menggunakan motif ini. Sesiapa yang mengemarkan kelainan bolehlah mencuba trend tersebut.



Till the next entry.

Tuesday, February 7, 2012

Journey to Journey : Part 5 (Final)

Assalamualaikum,
Kali ini Asyik cuma nak share salah satu R&R yang menjadi tempat rehat kalau berjalan jauh iaitu R&R Sg.Perak. Memang boleh dikatakan kerap berhenti di sini untuk makan dan berehat sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Makanan di sini pun boleh tahan. Asyik pernah cuba Ikan Patin masak tempoyak dan nasi lemak bungkus disini. Memang sedap dan harga dia tak mahal pun. Korang bolehla cuba untuk makan kat sini kalau berjalan jauh. Suasana di R&R Sg.Perak ini pun nyaman dan selesa. Selamat memandu dengan berhati-hati di jalan raya. See you next entry.





Monday, February 6, 2012

Journey to Journey : Part 4

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di dunia. Diharap semuanya dalam keadaan serba baik dan gembira. Mana yang balik kampung untuk bercuti berhati-hatilah di jalan raya. Entry kali ini Asyik nak cerita tentang hari ketiga Asyik pergi menghabiskan masa terluang bersama yang tersayang. Tiga hari berturut-turut pergi jalan jea. Pada hari pertama dulu memang Asyik dah datang Ikea tapi masa itu datang memang 99% untuk makan jea. Kali ini datang memang nak shopping mana yang dah plan dari hari pertama datang. So sambil shopping sambil bergambar untuk kenangan. Sebabnya Ikea ini salah satu tempat kegemaran Asyik dan tak tahu kenapa memang sikit pun tak pernah membosankan. 

Habis shopping kat sini kitaorang nak lepaskan kempunan untuk karaoke. So kitaorang decide untuk pergi ke Red Box di Cineleisure Damansara. Memang melalak habis kat situ. Puas hati dapat lepaskan stress yang terpendam. haha. Hari masih siang walaupun sebenarnya dah malam, kitaorang bertolak pergi ke Shah Alam pula untuk ke Uptown 24. Semata-mata nak cari casing hp jea. Pastu boleh pula lapar, yang paling selesa mestilah Mcd kat Shah Alam kan. Pekena Prosperity dulu sampai kenyang barulah balik ke rumah masing-masing. Alhamdulillah settle untuk hari ke tiga sebelum bertolak balik keesokkan harinya. Kali ini memang kitaorang berjalan sakan. Masih banyak lagi tempat best tak sempat pergi. Tunggu next month lah pula yea. Jumpa lagi semua. Enjoy the pictures.













Till the next entry.

Sunday, February 5, 2012

Journey to Journey : Part 3

Assalamualaikum,
Bersempena dengan Chinese New Year, Sunway Pyramid telah menjadikan suasana Sunway seperti berada di negara China. Hiasannya memang sangat cantik dan menarik. Terasa kagum dengan hasil kerja yang telah dilakukan oleh mereka. Kitaorang pergi ini pun semata-mata nak ambil angin jea sambil tengok apa yang best untuk di shopping, sebabnya sebelah petang ada plan nak ke tempat lain pula. Dan Asyik telah menemui necklace Hello Kitty yang sangat cute. Mula-mula masuk Forever 21, lama jugala kat dalam itu hanya untuk tengok aksesori tapi lastly Asyik jumpa necklace yang sangat comel kat Asian Avenue. Beli terus pakai tau. Terima kasih sangat pada Giorgio Izas kerana memahami kegilaan Asyik pada Hello Kitty. Suka giler sampaikan dok dalam kereta boleh tengok necklace itu jea. haha. Pusing-pusing sampai penat pastu gerak ke tempat lain pula. Nak tahu ke mana kitaorang pergi tunggu next entry yea. 











Till the next journey.

Friday, February 3, 2012

Journey to Journey : Part 2

Assalamualaikum,
Sambungan dari entry Journey to Journey part 1 masih pada hari yang sama tapi kali ini kita pergi makan masakan Chinese pula. Kedai makan ini berdekatan dengan Uitm, Jalan Othman Petaling Jaya. Kitaorang panggil sebagai kedai bumbung hijau sebab bumbung kedai warna hijau. haha. Kedai auntie yang kitaorang selalu terjah. Boleh dikatakan setiap hari kalau lapar memang akan singgah makan Hokkien mee kat sini.  Dan yang pasti memang halal. Memang terbaik dan harganya RM5 sahaja. Confirm korang akan kenyang giler kalau makan. Hokkien mee kat sini diperkenalkan oleh kawan Asyik seterusnya Asyik bawala orang lain pula cuba makan kat sini. Yang terbaru Asyik bawa Giorgio Izas pastu 3 hari berturut-turut dia minta nak makan kat tempat yang sama. haha. Penangan Hokkien Mee memang hebat. Sampai teringat-ingat bila balik ke Penang. Kalau korang nak cuba boleh la tanya Asyik nanti. Serius korang takkan rugi mencubanya.



Till the next journey..

Thursday, February 2, 2012

Journey to Journey : Part 1

Assalamualaikum,
Pada bulan lepas iaitu 7 hari lepas Asyik balik ke rumah sewa di Petaling Jaya dari Penang untuk pindah  ke rumah sewa yang baru. Disamping pindah rumah masih sempat jalan-jalan keluar dengan orang tersayang. Yeala dah berbulan-bulan tak jumpa jadi apa salahnya luangkan masa bersama seketika. Mula-mula kitaorang pergi Ikea melepaskan kemaruk nak makan Meatball dan Salmon yang terbaik itu. Beli barang apa yang patut untuk dibawa pulang lepas itu gerak ke Summit USJ untuk tengok wayang. Movie yang terbaru yang Asyik tengok ialah Journey 2 The Mysterious Island. Memang tak rugi kalau tengok movie ini. Sebelum tengok wayang masih sempat untuk makan lagi di Garden Cafe. Kali ini makan nasi pula. Kitaorang order Black Pepper Beef Rice dan Sweet and Sour Chicken Rice. Alhamdulillah semakin berkembangla Asyik. haha. Serius memang berkembang berat badan. Untuk cerita selanjutnya Asyik akan kongsi di entry yang seterusnya.