Friday, January 27, 2012

Kampungku Tersayang

Assalamualaikum,
Adanya saya di kampung kesayangan sebelah ibu saya ini adalah untuk melawat nenek saya yang comel lagi kecil dan cantik. Saya sayang nenek saya. hihi. Kampung sebelah mak di Perak. Setiap kali raya kalau tak balik sini memang langsung tak bermakna rasanya raya itu. Balik kampung ini ada hajat. Nak memperkenalkan bakal orang baru dalam keluarga Asyik. InsyaAllah semoga cepat dijodohkan. Asyik doakan semoga keluarga Asyik bahagia hendaknya. Amin.





Thursday, January 26, 2012

Golden Fortune Gurney Paragon

Assalamualaikum,
Selamat malam semua dan selamat menghabiskan cuti CNY. Sekarang pasti sudah mula kerja dan mula persekolahan. Harap-harap semuanya cukup berehat dan sihat selepas bercuti ini. Asyik pun dah lama tak update blog. Banyak aktiviti sangat masa bercuti CNY. Dalam entry kali ini antara aktiviti yang Asyik buat. Kalau pergi jalan-jalan sudah pasti kita akan pergi makan. Dalam masa terdekat ini saja Asyik rasa dah 2 kali pergi makan Pizza Hut tapi makan pizza yang berlainan rasa. Kali ini kita cuba Golden Fortune bersempena dengan CNY.

















Lepas makan kitaorang pergi jalan-jalan kat Gurney Drive. Dah lama tak pergi makan dan ambil angin kat Gurney Drive. Makan lagi ok!! Makanan untuk malam pula ialah laksa penang dan pasembur. Habis makan bersiar-siar di persiaran gurney drive sambil menikmati keindahan pantai dan bau pantai yang tak berapa nak enak baunya. Di sekitar gurney drive terdapat plaza gurney yang tak kurang hebatnya. Tapi kitaorang tak masuk pun sebab dah lewat. Banyak kedai dah tutup jadi kitaorang teruskan jalan-jalan di kawasan yang baru dibuka iaitu Gurney Paragon. Gurney Paragon sama macam tempat makan lain cuma kedainya lebih up to date dan selesa. Tapi Gurney Paragon masih banyak yang belum siap. Kitaorang cuma bergambar jea di sekitar Gurney Paragon sebelum bertolak pulang.

Till the next entry.

* PERHATIAN - Asyik tak tahu kenapa tak boleh nak follow orang lain. Bila nak follow mesti keluar ayat ini 'We're sorry...We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later.' Serius dah banyak kali so Asyik minta maaf pada sesiapa yang follow Asyik tapi Asyik tak follow. Sedih sangat. huhu.

Friday, January 20, 2012

Pramugari Koma di Tanah Suci

Assalamualaikum,
Untuk renungan bersama Asyik hendak berkongsi artikel yang mulanya sekadar nak tengok saja. Kalau panjang sangat malas nak baca kalau pendek bolehla kan nak baca tapi bila dilihat dan diteliti betul-betul Asyik rasa patut dibaca sampai habis walaupun panjang ceritanya. Apa salahnya kalau kita berkongsi ilmu dan kisah yang kita ketahui. Mungkin ada yang akan mendapat hidayah selepas membacanya. Asyik pun akan cuba untuk menjadi seorang Muslimin yang lebih dari sekarang. InsyaAllah.

Kisahnya bermula : 
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?" “Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan. "Habis yang puan pergi haji ini?". "Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini. "Betul ke puan?" tanya saya, terkejut. "Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah." "Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik." Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan." Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya. "Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar." Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat." Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa." "Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?. Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI.

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Source : Ustaz Nasir

Thursday, January 19, 2012

The Power of Faith

Assalamualaikum,
I received this in an email..and i feel that i should share this with others..Subhanallah, the following story shows the importance of faith, tawakkal, doing good deeds and leaving bad ones only for the sake of Allah. Hopefully all of us may benefit from it..

Allah Will Make a Way Out...by Wael Abdulgawad‏

Are you stressed? Take a deep breath, and as you release it, let your heart slow down and be calm. Step back and look at your situation objectively. It’s almost never as bad as you think. Just do your best, and trust Allah. He will show you a way forward, and bring you through. He will bring you relief from a direction you did not expect. This is true. I have experienced it over and over in my life, and it is a promise from Allah:

“And whoever is conscious of Allah, He will make for him a way out, And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah – then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.” (Quran 65:2-3)

Here is a true story that illustrates this point in an amazing way:

The Hotel Manager

Recently, a Muslim man was caught in a dilemma, where he faced two choices, both of which were onerous. This man was the manager of one of the largest hotels in Egypt. The hospitality industry in Egypt is one of the most competitive in the world so this manager always strived to provide the best possible service in his hotel. He paid attention to the smallest details, set the budget priorities, observed his staff, and got personally involved whenever a problem occurred. He was very good at his job. Because of this he was highly valued by his superiors.

However, there was one element of the job that galled him. A duty that he felt ashamed over. In any large hotel in Egypt, serving alcoholic drinks is a must, and that duty was killing him inside. He knew that serving alcohol is haram. It is forbidden by Allah, and whatever money comes from it is not blessed but haram; but it was part of the job and had to be taken care of, regardless of how he felt towards it.

Time went by and he performed his job admirably, but this business of selling alcohol was eating him up inside. Finally he decided to go to one of the well- known Egyptian sheikhs and ask his advice. After arranging for an appointment to meet this sheikh, he met him and explained the problem. The sheikh without hesitation said, “You must leave this job.”

That was not enough of an answer for the manager. He explained to the sheikh, “This is the only job I know. I’ve been working in this field all my life. I don’t know what else to do. I have a wife and children to take care of. I can’t just leave the job and be unemployed and penniless like so many others in Egypt.”

The sheikh replied, “Did you come to me thinking that I might give you permission to do what Allah forbids? Leave this job for the sake of Allah.”

The man, not knowing what to do, said, “But I have family to take care of. I’m their only source of money. How will I feed my children? If I leave the job, I won’t be able to provide them with the simplest needs of life. What shall I do?”

The sheikh reminded the manager of a verse from the Quran:

“And whoever is conscious of Allah, He will make for him a way out, And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah – then He is sufficient for him.”

The man returned to the hotel, knowing that he had to make the most difficult decision of his life. He knew now that this job would not satisfy Allah. As frightened as he was for his future, he was not willing to lose his faith and lose the hereafter because of a job; but he trembled when he thought of the risk he was taking, and the fear of what the future might hold for him and his family.

At the hotel the manager went about his job, looking normal on the outside. But inside he was thinking furiously, considering. Then he made his decision. He decided to quit the job with no regrets. He became convinced that this was the right thing to do. With a strong faith and an absolute trust in Allah, he made a plea to the heavens: “O Allah, I trust You, and I’m doing this only for You. I know you will make for me away out, so please help me.”

He headed directly to his office, sat at his desk, and began writing his resignation.

As he was writing, the phone in front of him rang. It was his superior at the corporation office, calling with news. The manager was stunned and could hardly believe the news he heard, but it was true. The man was informed that he had been promoted and would no longer be responsible for managing this hotel but instead he would manage a new hotel located in Al-Madinah, the holy city of our Prophet (peace be upon him), and right next to the Masjid of the Prophet. Of course, being in Saudi Arabia, this new hotel sold no alcohol.

His dua had been answered in a heartbeat, from one moment to the next, before he even finished the letter of resignation.

Till this day, the man is still the manager of the hotel in Madinah.

Subhan’Allah…

“Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people.” (Quran 002.286)

Alhamdulillah, Wa Saalatu Wasalaam 'Ala Rasoolilllah (Praise and thanks to Allah, the One and Only True Lord...Peace and blessings be on His (final) Messenger).

Source : Noor Ahmad

Aqasha - Obsesiku


Lagu ini sangat sweet. It is for you Giorgio Izas.

Wednesday, January 18, 2012

Cutest Things

Assalamualaikum,
Little things in my room. 

English tea sets ini Asyik dapat dari kenduri kahwin yang Asyik pergi. Comel sangat. Nak guna macam sayang jea so dijadikan hiasan jeala sebab comel sangat. Kalau ada sesiapa rasa nak kasi hadiah itu dialu-alukan. haha

Small cactus ini Asyik beli di Ikea. Sebenarnya ada 5 jenis cactus tapi sekarang dah tinggal 2 jea. Ini gambar sebelum yang tinggi tu mati. huhu. Tak tahu kenapa maybe cuaca tak sesuai atau terlebih air ataupun tak dijaga dengan rapi. Nak kena beli pokok atau bunga lain pula lah macam ini. Bila ada tumbuhan hijau yang hidup didalam bilik Asyik rasa baru berseri bilik.
Till the next entry.

Monday, January 16, 2012

Novel and Chocolate

Assalamualaikum,
Chocolate ice blended from Each a Cup and novel for tonight..:)



Selamat malam semua..

Sunday, January 15, 2012

Be Beautiful in Allah Eyes

10 Things Will Happen This Year 2012

Assalamualaikum,
This is a new list for me to improve myself.

1- Have own salary - This will happen if I got a job so go go find stable job!!
2- Finish Master's Degree - Maybe end of this year or will continue next year's depends on date.
3- Have own car - Need own salary!!
4- Spread up own business ( Nikisa Closet).
5- Upgrade Islamic Knowledge.
6- InsyaAllah trying to khatam Al-Quran again.
7- Make sure my English much better than before (fluent maybe).
8- Keep Fit - Please excercise!!
9- Do adventure sports.
10- I need a new cameras.

Saturday, January 14, 2012

Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video)



Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more
One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Friday, January 13, 2012

Extra Colour Blocking

Assalamualaikum,
Colour blocking menjadi pilihan untuk hari Khamis yang indah semalam. Keluar untuk menghantar barang yang dipesan. Masa untuk bekerja bermula diawal pagi. Dengan hujan yang rintik-rintik tapi digagahi juga untuk keluar mencari sesuap nasi. Rezeki ada dimana-mana cuma kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah selesai sudah satu hari yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk kita semua. Syukur alhamdulillah.

T-Brown bag dibeli di Nurul Ain Blogshop, Red Wedges from Vincci, Cardigan from Scarlet.
Semuanya dengan harga yang sangat berpatutan.

Maaf muka saya sangat kembang di pagi hari. Telah nampak kegemukkan disitu. hihi..
Till the next entry.

Thursday, January 12, 2012

Darkest Polka Paris - NTB 1 Ep1

Assalamualaikum,
Serius lama menatap entry ini tak tahu nak mula dengan apa. Nak kata tak ada idea tapi banyak benda nak cerita tapi ia seakan-akan blur tiba-tiba. Ke sebab perutku lapar lagi? Tak boleh dah banyak kali makan. Jadi kita mulakan dengan yang serius. Semalam Asyik teman mak pergi hospital KPJ untuk ambil surat dan jumpa doktor untuk check up apa yang patut tapi sebelum itu singgah kat bank dulu. Nak dijadikan cerita nak ke bank itu kenala melintas jalan ke seberang dulu sebabnya bank islam dan maybank agak jauh sikit. Masa nak melintas itu tiba-tiba terasa seperti di dalam mimpi. 

Mata melihat tapi fizikal ini jadi kaku untuk bertindak dengan cepat. Memang dari jauh dah nampak kereta berwarna putih agak laju dari simpang jalan tapi ingatkan dia akan berhenti sebab ada kereta lain nak belok ke kanan dan sepatutnya dia kena bagi laluan pada kereta itu dulu. Tapi disebabkan ketamakan kereta putih itu dia sanggup membahayakan nyawa orang yang nak melintas jalan ini dengan mengambil tindakan yang paling bodoh iaitu mengambil jalan yang betentangan dengan jalan yang sepatutnya kereta dia berada. Di sebabkan itulah dia hampir-hampir melanggar Asyik dan mak yang sedang melintas jalan. Sedangkan dia tahu jalan tersebut memang menjadi tempat orang melintas jalan untuk ke seberang malah memang menjadi tempat untuk bas menurunkan penumpangnya. Jadi sepatutnya dia tak bolehla mementingkan diri sampai sanggup membahayakan nyawa orang lain. Kalau dah nak mati sangat janganlah libatkan orang yang tak bersalah. Dahla drive sambil bercakap dengan telefon. Memang sangat tidak beradap. Sakit hati bukan kepalang lagi Asyik ini. Nak ambil no kereta itu tapi tak sempat sebab terkejut sangat. Sampaikan orang di sekitar pun terkejut dan masing-masing melihat kejadian yang tak sepatutnya itu. Asyik harap sangat orang itu insaflah, tolonglah bawa kereta dengan hati-hati. Nasib Asyik baik tadi tapi belum tahu nasib orang lain kalau berhadapan dengan orang yang macam itu. Harap minta dijauhkan la yea. Stop cerita sedih sambung cerita lain.

Lepas kes kat atas siap ambil duit terus pergi ke hospital ambil surat dan buat apa yang patut dulu kemudian gerak ke Jusco Perai. Apa lagi bersuka-riala. Pergi makan-makan. Mak Asyik sekarang bukan main nak minum Each A Cup jea. Sambil minum Asyik makan sushi. Ini dah kali ke tiga makan. Pastu mak Asyik dok ajakla 'jom kita pergi London Weight Management'. Asyik pun ok jeala. Mula-mula mak cakap nak pergi tanya jea tapi akhirnya dia buat treatment free itu. Jadi terpaksa Asyik tunggu sampai 3 jam. Dahla sorang-sorang tunggu, pastu tiba-tiba terfikir dari dok termenung sorang-sorang baik pergi tengok wayang. So Asyik pun pergila tengok wayang. Ajak adik tapi tak boleh nak datang, jadinya Asyik tengok sorang-sorangla. Inilah kali pertama dalam hidup tengok wayang berseorangan. Tengok pula cerita The Darkest Hour. Mula-mula macam takut jugakan, buatnya takde orang dalam wayang itu nanti seram sejuk Asyik sorang-sorang. Tapi nasibla ada juga penonton yang lain walaupun tak ramai. Cerita ini pun taklah seram tapi kisah pasal alien yang datang ke bumi dan ambil semua bahan yang boleh menjanakan elektrik. Okla jugalah cerita dia. Boleh dilayanlah. 

Suka gila beg Studded Black itu.


Yang dua dari kanan itu dari S&J. Siap ada tulisan Paris dan France.

Habis wayang singgah S&J tengok barang-barang yang comel kat situ. Pastu ternampaklah keychain Eiffel Tower yang sangat cantik. Nak beli yang besar tapi macam tak mampu lagi so beli yang kecil jea. Comel sangat boleh digantung kat beg-beg kegemaran. Asyik beli dua sekali tapi berlainan warna. Sebelum ini dah ada keychain Eiffel Tower dan memang dari Paris hadiah dari sepupu Asyik. Tapi kali ini dari S&J pula. Kualiti memangla tak sama tapi bolehla kalau nak dijadikan koleksi. Habis melepak melepas bosan terus balik rumah.

Till the next entry. Bye.

Tuesday, January 10, 2012

Stop impressing people who don't even care about you but..

Assalamualaikum,
Nobody understood what are really in deep into your heart , but Allah S.W.T always understand that. So start impressing Allah S.W.T who are really care about you. Say what is true, although it may be bitter and displeasing to people. 

Monday, January 9, 2012

Rinduuuu...

Assalamualaikum, 
Rindu sebenarnya nak join aktiviti macam kat bawah ini. Dah lama dah tak boleh nak join. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Bila la boleh buat macam ini lagi kan. Walaupun penat tapi seronok sebab dapat cari pengalaman dan jumpa orang yang sama minat dengan kita. Kawan-kawanku jomla kita join aktiviti yang memenatkan ini lagi.!!






And one more thing kepada sesiapa yang nak membeli atau mengumpul jersi bola bolehlah dapatkan di page Jom Beli Jersi yang dijual oleh kawan Asyik iaitu Cik Zira. Harga dan kualiti memang terbaik.


Sunday, January 8, 2012

QUOTES

KEBAIKAN AYAT KURSI

AYAT KURSI:


1) Baca pada saat keluar rumah - 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi..
2) Baca pada saat masuk rumah - kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu..
3) Baca setelah berwudhu - darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat..
4) Baca pada saat tidur - malaikat akan menjagamu sepanjang malam..
5) Baca setelah solat - maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian..
=> Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah.. Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Wednesday, January 4, 2012

You're My Destiny

Assalamualaikum,
Sekarang Asyik tengah dengar lagu You're My Destiny nyanyian oleh Lee Sung Wook. Kalau tak salah Asyik lagu ini adalah OST untuk drama Yuhee the Witch. Antara drama yang paling Asyik suka. Ceritanya boleh dengar lagu ini ialah pagi tadi bangun dari tidur dapat mesej dari yang tersayang Giorgio Izas, dia cakap lagu ini ditujukan untuk Asyik. Wah, berbunga-bunga bila bangun pagi. Terima kasih, kamu sangat sweet. hihi.   You're my destiny too!!..haha. Ok stop pasal cerita tadi, Asyik nak cerita pasal movie yang Asyik baru tengok beberapa hari yang lepas.

Movie ini setiap kali tengok tak pernah lagilah mengecewakan. Asyik ini peminat cerita kartun tak kisahlah kartun tu 3D ke 2D ke yang pasti yang comel dan seangkatan dengannya. Movie yang Asyik tengok baru-baru ini ialah Alvin and The Chipmunks 3. Memang langsung tak mengecewakan. Serius korang akan terhibur dengan setiap gelagat chipmunks yang comel itu. Cerita kali ini diaorang pergi bercuti diatas kapal tapi  disebabkan kenakalan Alvin ini diaorang akhirnya tersesat di sebuah pulau, kat situlah macam-macam perkara yang comel terjadi. Jom kita pergi tengok lagi sekali. hihi.





Till the next entry.

Tuesday, January 3, 2012

January Magazine Collection 2012

Assalamualaikum,
Tahun baru dengan majalah yang sebelum ini tak pernah pun beli, yang pasti cuma tengok-tengok kat kedai dan kadang-kadang pinjam member punya majalah jea. Majalah yang terbaru ialah Ray dan Dara. Asyik dah tukar majalah dari scawaii kepada Ray. Isinya lebih kurang sama cuma berbahasa inggeris dan ayatnya pun tak berterabur. Taklah kecewa bila baca. Kemudian dari Intrend kepada Dara.com lebih ke arah muslimah punya gaya. Majalah Glam memang tak kan dilepaskan tiap-tiap bulan walaupun kadang-kadang susah sikit nak dapatkan sebab cepat sangat SOLD OUT. Dan satu lagi majalah EH!, bergantung juga kepada covernya kalau best confirm di beli. hihi. Jadi setakat itu jea pengenalan untuk majalah Jan 2012. Bye.