Saturday, October 27, 2012

Hammer Bay, Penang

Assalamualaikum,
Lamanya tak update entry tentang kehidupan harian Asyik. Rasanya hampir dua minggu Asyik tak betul-betul berblogging. Sebelum itu selamat menyambut hari raya Aidil Adha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Bestkan Malaysia ini banyak betul cuti. Asyik pun tengah bercuti pertengahan semester sekarang ini. Cuti-cuti juga tapi preparation untuk menghadapi peperiksaan akhir jangan dilupa sebab masa berjalan dengan pantas sekarang jadi perlu menggunakan masa itu dengan baik supaya tak rugi masa depan nanti. Semalam selamat sudah menyambut hari raya dengan bersederhana dirumah Asyik dan keluarga Asyik sempat menziarahi saudara mara yang berdekatan dengan rumah. Selepas berborak, berbincang, tengok movie, makan, berbusiness sikit perut mulalah lapar dan beransurlah pulang. Tapi sebelum pulang ke rumah sempat lagi mencari kedai untuk makan tapi malangnya mana ada kedai yang buka pada hari raya jadi Asyik dan family berjalan-jalanlah di sekitar pulau sambil mencari kedai yang masih buka. Lastly terjumpa satu kedai ini yang berdekatan dengan Gold Coast Apartment kalau tak salah Asyik. Betul-betul berdekatan dengan pantai. Tempatnya cantik, nyaman dan memang seronok untuk makan. Nama kedai itu Hammer Bay. Kalau dah kedai tepi pantai sudah tentu menjual makana laut. Memang tidak mengecewakan makanan kat kedai ini, semuanya sedap-sedap dan harganya pada Asyik sangat berbaloi. Memang sangat lazat..




Menunggu makanan tiba kami pun bergambarlah dulu.


Asyik duduk betul-betul berdekatan dengan pantai siap ada bot lagi kat belakang Asyik.

Hammer Bay..Mesti nama kedai ini dapat dari hammer yang mengetuk ketam..hihi

Yeahhh..lauk dah sampai. Sayur goreng cendawan, tomyam campur, ikan jenahak bakar , telur dadar dan makanan utamanya............. Ketam masak cili kering..

Memang marvellous giler...:)

Haha..gelojoh kan dua beradik ni makan..

Hasil selepas segala tangkapan dimasukkan ke dalam perut.. Alhamdulillah kenyang..hihi

Ketam, udang dan macam-macam lagi yang fresh..

Till Next Entry..Muaahhh..Jeles gambar takde dalam ini..huhu

6 comments:

  1. Penah makan jugak kat Hammer Bay ni.. memang sedap.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh zwan pnh mkn juga kt sini..mmg sedap kan mknan kt sini...:)

      Delete
  2. tak pernah try..nak cuba la nanti!! ketam tu buat pika lapar ;(

    ReplyDelete
  3. waaaw..yummy..teringin pulak nak bercuti tepi laut weekend nie..makan makanan laut yang dibakar..

    ReplyDelete