Wednesday, September 5, 2012

Hijab Hipster

Assalamualaikum,
Hijab Hipster!..Wow..Tajuk utama tiada kaitan dengan Asyik..haha. Sebenarnya berkaitan dengan majalah INTREND yang Asyik baru beli semalam. Memang teruja kalau Yuna yang jadi cover. Confirm majalah itu best isi kandungannya. hihi. Sebelum itu Asyik singgah di KPJ Penang Specialist Hospital untuk melawat kawan mak Asyik yang baru lepas operation. Kawan mak Asyik itu menghidap kanser usus, jadi dia terpaksa operate untuk buang ketumbuhan di dalam usus. Kesian rasanya bila tengok keadaan dia. Asyik harap semoga dia cepat-cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Amin. 

Selepas melawat di hospital Asyik dengan mak singgah di AEON Seberang Perai, saja untuk beli barang rumah yang dah habis. Sambil itula membeli majalah INTREND ini. Sekarang ini banyak majalah yang memaparkan isu tentang hijab, hijabista dan sekarang hijab hipster. Perkembangan hijab sekarang semakin mendapat perhatian malah pelbagai jenis fesyen berhijab telah mendapat tempat di Malaysia ini. Rasanya itu suatu perkembangan yang baik untuk kita yang suka berfesyen dan berhijab. Mudah dan senang  untuk mendapatkan hijab dimana-mana saja. Tapi jangan sampai terpesong dari niat utama iaitu berhijab kerana Allah S.W.T. dan menutup aurat kerana-Nya juga. InsyaAllah.

Just simple outfits on that day.

Outfits: Shawl : AIDIJUMA // Bag : Unbranded // Cardigan : COTTON ON // Tops : ACEWIN // Sandals: XES APPEAL

Yeah Intrend magazine! YUNA!

Natasha Hudson & Datin Norjuma yang memang voque!



Bloggernista yang semakin popular dengan stylenya yang menarik. Ami Schaheera sememangnya sangat nice. Dah beberapa kali Asyik jumpa dia dan senyuman tak pernah lekang dari bibirnya. Keep It Up girl..:) 
Till next entry.

10 comments:

  1. all nice but too extraordinary for daily style.
    Might try once in a blue moon,tapi balik kampung,mau pengsan org kampung.haha.

    Dress simply is still the best,in my opinion :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..yup, absolutely true..klu blik kmpng pakai mcm tu semua terbeliak biji mata..
      dgn cuaca kt Malaysia ni klu 24hours dlm aircond no worries la kan and if ade event sesuailah..:)

      Delete
  2. yup. skrg ni dh pelbagai fesyen hijab n style dh ada. tp kadang2 tu terlampau merapu. sampai my mum ade tgk 1 siaran tu. then tgok fesyen pengacara n guest dia. muslimah.lepas tu tros cakap " fesyen merapu apa yang diorang pakai ni?". betul gak tu. sekarang ni muslimah ramai yang lebih berfesyen n hijabster tanpa niat sebenar untuk menutup aurat dgn sempurna. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..btul tu..kdg2 tgk mmg xbpe sesuai nk pakai. klu utk photoshoot okla..nak pakai untuk daily mmg agak ssh dan leceh..walaupun cantik tp leceh kan..your mom mmg betul..
      harap semua pakai dgn niat yg betul..:)

      Delete
    2. kan kan.. photoshoot n runway tu lain la. hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum dear..jom join contest..=)

    http://mykittykawaii.blogspot.com/p/contest-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Kitty..
      Nanti Asyik tengok yea..thanks for inviting..:)

      Delete
  4. hijab hipster..hehew..ain teringin jugak nak jadik hijab hipster nie..setakat pakai outfit ikut modesty hijaber je..sbb xde orang nak amek gambar seniri..muehehe..okeh stop!

    btw nice, seriously teringin nak jadi camtu..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, semua org bleh jd Hijab Hipster..You pun boleh dear..
      suruh jea your mom ambik gambar you..hihi..

      Delete