Friday, August 10, 2012

It's Tumbler Not Tumblr

Assalamualaikum,
Hye semua, malam ni genaplah puasa kita yang ke 21 hari. InsyaAllah. tinggal sepuluh hari lagi untuk kita berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri. Cukupkan dulu puasa yang ada baru kita fikirkan untuk beli segala persiapan yang vogue itu kan. Tapi sempat ke?mestilah tak kalau last minute baru nak beli. Walau apa pun pastikan jangan berlebihan yea. Bersederhanalah dalam segala hal itu yang lebih baik. 

Untuk entry kali ini Asyik nak kongsi tentang Tumbler. Yup Tumbler bukan Tumblr yang selalu kita post macam-macam itu. Al-maklumlah sifat Asyik ni memang suka mengumpul barang-barang yang limited edition ni. Sebab benda-benda macam ni tak selalu kita dapat dan memang takde jual kat kedai-kedai biasa. Yang boleh kita dapat hanya bila kita tengok wayang dan dijual di kaunter jual popcorn tu. Yang memang confirm korang akan beli setiap kali nak tengok wayang. Dan Asyik setiap kali tengok wayang pasti akan tengok Tumbler apa yang ada hari itu. Kalau cantik dan best mesti Asyik beli tapi biarlah berpatutan harganya. Jangan melebih-lebih mahal pula. 

Kadang-kadang bukan di sini jea Asyik beli, mana-mana tempat yang Asyik nampak Tumbler yang best memang Asyik akan beli. Tapi koleksi Asyik masih belum banyak. Dalam simpanan sekarang ada 6 Tumbler, tak sabar nak tambah yang baru. Gambar kat bawah ni untuk tontonan korang semua yea. Jom tengok.


All the Tumbler yang ada. Tapi macam ada yang tertinggal lagi lah. Takpelah tengoklah yang ini dulu yea.

Ini koleksi yang terbaru Ice Age 4 dan Spider-Man. Orang tersayang belikan. Meoww..kih2

Yang gambar tengkorak itu special sikit sebab Glow in the Dark ok. Ganas!.Yang sebelah tu memang tinggi tema dia Gong Xi Fa Cai. hihi

Kung Fu Panda 2 dan Cars 2..Cute kan. Tumbler Cars tu siap ada roda tau.

Yang ni pula Tron Legacy. Minum puas giler sebab bekas dia besar. Yang sebelah comel cute miut tu dari KFC. Ini orang yang kasi. hihi. Best tak koleksi Tumbler Asyik. hihi. Kalau tak best pun cakap best jugak!!..haha. See you next entry. Bye.

8 comments:

  1. cantik!!! setakat nie tak pernah nampak tumbler time tgk wayang..huhu..sebab jarang tengok kot.. =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk dear..you kna tgk btul2..kdg2 xperasan bnde2 mcm ni..:)

      Delete