Wednesday, August 15, 2012

Iftar di Ipoh, Perak

Assalamualaikum,
Bulan ramadhan semakin hari semakin meninggalkan kita. Kemudian disambut dengan bulan Syawal. Terasa sangat sedih pula bila mengingatkan Ramadhan yang semakin berkurangan. Untuk itu marilah kita sama-sama  menghargai saat-saat yang indah di bulan Ramadhan ini. Terasa sangat indah bila waktu berbuka puasa di luar. Seolah-olah kita bersama dengan semua ahli keluarga sebabnya di mana sahaja kita berada Umat Islam seolah-olah bersatu pada waktu itu untuk berbuka puasa. Seronokkan. Asyik sempat berbuka puasa di Ipoh, Perak. Dulu masa belajar kat Perak memang tak berkesempatan nak berbuka diluar sebab duduk dalam asrama jadi tak bolehla nak balik lewat-lewat. Banyak peraturan yang perlu diikut. Alhamdulillah bersyukur masih dapat merasai Ramadhan.

After berbuka kitaorang tengok wayang. Movie yang ditonton ialah Total Recall. Wah best juga movie ini. Korang patut tengok juga sebab banyak aksi-aksi yang menarik dalam cerita ini. Memang sangat berteknologi tinggi bila tengok movie ini. Hebat sangat tau teknologi yang digunakan. Bila dah tengok baru tahu macam mana. Asyik bagi 8/10. Okla kan.


Menunggu waktu berbuka puasa sambil bergambar untuk kenangan.




Till Next Entry.

No comments:

Post a Comment