Friday, August 24, 2012

Eid Mubarak 1433 - Day 1

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang mengenali. Syukur alhamdulillah masih berkesempatan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang di Penang dan kampung sebelah ibu di Perak. Walaupun ada kekurangan tapi semua itu tidak menjadi penghalang untuk bergembira dihari raya. Untuk hari raya pertama Asyik menyambutnya dengan baju kurung tradisional dan bersederhana. Selesai solat hari raya di masjid berdekatan rumah semua berkumpul untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Kemudian makan dan bertolak ke kampung halaman sebelah ibu di Selama, Perak. 

Dapatlah beraya bersama nenek tersayang disana. Walaupun nenek kurang sihat tapi masih bersyukur dapat beraya bersama dia. Semoga nenek cepat-cepat sembuh. Berjumpa dengan sanak saudara yang lain memang kecoh habis. Masing-masing melaram baju raya yang cantik belaka. Semuanya pasti balik ke kampung pada malam hari raya atau pada hari raya pertama. Lemang ketupat semuanya di masak sendiri di kampung. Memang sangat seronok. Bermacam kisah dan cerita akan dikongsi bersama bila berkumpul beramai-ramai. Masing-masing sibuk bertanya khabar dan perkembangan semasa. Syukur alhamdulillah semuanya dijalani dengan cara yang sederhana dan meriah. Diharapkan masih ada Syawal untuk kita semua di tahun depan.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan. 

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.



Outfits : Baju Kurung // Batik Shawl with Rose Flowers // Bag : FOREVER 21

Dengan mak tersayang.

Dengan adik-adik tersayang.
Jumpa lagi nanti di entry yang lain.

2 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih Anisa..
      Selamat Hari Raya utk Anisa juga:)

      Delete