Saturday, July 21, 2012

Look Post : Flashing Neon

Assalamualaikum,
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bulan July ini. Sehinggakan tak menang tangan untuk menghadapinya tapi Asyik bernasib baik masih mempunyai orang-orang yang tersayang untuk membantu.  Dengan kesibukan untuk menghabiskan assingment untuk final exam dan hal keluarga yang perlu diuruskan sebelum menjelang bulan puasa. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. Ramadhan disambut dengan meriah dan bersederhana. 

On 16 July 2012 Asyik masih sempat untuk menghabiskan waktu-waktu yang terluang sebelum pulang ke kampung halaman Pulau Pinang untuk cuti semester dengan menonton movie di Jusco Bukit Raja. Memang agak lama tak singgah ke sini. Dulu masa study di Shah Alam memang inilah tempat lepak di hujung minggu. Bersama pula dengan yang tersayang memang mengimbau kembali kenangan sewaktu belajar di sana. Kali ini Asyik menonton movie BRAVE. Sewaktu movie ini masih belum ditontonkan lagi Asyik memang dah excited nak tengok. Pantang betul kalau movie 3D or animasi yang kelakar macam ini memang Asyik takkan lepaskan peluang untuk menontonnya.

BRAVE memang best dan antara movie yang terbaik Asyik pernah tengok. Banyak pengajaran yang disampaikan dalam movie ini contohnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak perempuannya yang sangat berani dan keakraban sesebuah keluarga diraja dalam menghadapi dugaan menguruskan sesebuah kerajaan. Seriously memang mengagumkan. Jangan lupa tengok yea.  






Right now I am super in love with AIDIJUMA bawal.


Outfits : Tangerine Bag : ACEWIN // Brown Shirt : ACEWIN // Scarf : 3 Tone bawal AIDIJUMA // Wegdes : VINCCI

No comments:

Post a Comment