Friday, June 29, 2012

Padang Besar - 30 May 2012

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini boleh check kat SINI Asyik nak cerita pasal satu lagi tempat yang Asyik pergi selepas ke Alor Setar. For sure ramai yang dah tahu kan kat mana. Betul tekaan kamu-kamu semua ialah Padang Besar. Kat sini sangat popular dengan barang-barangnya yang murah. Satu lagi makanan kat sini memang sedap. Kalau korang tak cuba memang rugi tapi kalau sesiapa yang tak suka sangat makan yang pedas-pedas itu terpaksala tahan sikit sebab makanannya banyak yang pedas sebab banyak masakan Thai. Meleleh-leleh air liur Asyik tengok makanan yang disediakan. hihi

Selamat datang semua ke Padang Besar.

Permandangan di sepanjang jalan nak ke Padang Besar.

Kita akan melalui kawasan yang bernama Cuping untuk ke Padang Besar.

Sepanjang perjalanan anda akan nampak ladang tebu yang terbesar di Malaysia ke dunia? Tak sure pula. Tapi memang sangat besar.

Dari jauh permandangan disini seperti di dalam canvas sebab sangat cantik. Rugi Asyik tak berkesempatan nak ambil gambar.

Ini gambar pinjam dari Google. Sekitar kawasan kedai di Padang Besar.


Kedai makan yang menyediakan makanan yang sedap sangat!

Cendol pulut akhirnya dapat makan sebab dari Alor Setar lagi mencari cendol pulut ini. Dah lama tak makan.

Ini yang paling best. Som Tam. Serius sangat sedap. Tak tipu ok memang sedap. Selain dari makanan ini banyak lagi yang Asyik makan tapi tak ambil gambar pun sebab dah gelojoh sangat lapar.

The End. Till Next Entry. Shopping!!!

No comments:

Post a Comment