Thursday, June 7, 2012

I L U S M

Tidak ku percaya seindah bayangan
Dengan kemunculan dirimu
Bagai sempurna hidup di dunia
Kau mewarnai hitam putih di kalbu

Kaulah senyuman di sebalik tangisan
Kau mencetus insirasi hidupku
Memberikan harapan setelah dikecewa
Bagaikan mimipi termakbul menjadi nyata

Kupasti kau hanya satu dalam sejuta
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi kau anugerah dunia
Ternyata kau hanya satu dalam sejuta

Mungkin kau satunya insan dicipta untukku
Memberi semangat dalam ketakutan
Ku mendoakan kesejahteraan mengiringi usia
Kerana dunia tak seceria tanpamu bersama

Kupasti kau hanya satu dalam sejuta
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi kau anugerah dunia
Ternyata kau hanya satu dalam sejuta

Tidak kenal erti hampa dan duka
Kau ibarat suria di malam gelita
Tidak mungkin ku seperti dulu
Kerana kali pertama kau mendalami cintaku

Thank you so much sayang for the amazing poems.. - Giorgio Izas

No comments:

Post a Comment