Wednesday, May 16, 2012

Chill Out OU

Assalamualaikum,
Hye korang-korang semua yang cantik manis dan bergaya. Apa aktiviti korang minggu lepas? Memang ketinggalan zaman kan Asyik ini, orang lain dah sibuk dengan minggu yang baru Asyik baru nak cakap pasal minggu lepas. Maafla assingment banyak sangat tak sempat nak kongsi semua sekali. Walau apa pun sudilah baca serangkap dua kata dari Asyik ini yea. Kalau korang tengok tajuk diatas pun mesti dah tahu aktiviti yang Asyik buat minggu lepas. Sudah semestinya bersantai-santai di One Utama. Memang dah lama sangat tak ke OU walaupun dekat jea dengan rumah (Sunway lagi dekat kot) tapi bila lalu depan OU mesti nampak Ikea dan Ikea lebih mendapat tempat di hati ini. haha. 

Tapi minggu lepas Asyik kuatkan hati juga supaya tak pergi Ikea. hihi. Nak mencari kasut ataupun sandal tapi macam dah larat nak mencari kat OU tu tapi takde juga yang berkenan dihati walaupun tempat itu punyalah besar. Sebab besar jugalah tak larat nak jalan! Lebih banyak nampak baju, dress, skirt dan benda lainlah. Salah satunya tempat makan. Sementara nak hilangkan lelah  berjalan singgah Tutti Frutti kejap. Favourite Asyik ialah Vanilla. Tak masam sangat tak manis sangat and then Asyik suka dimakan dengan buah-buahan segar. Lepas itu sambung lagi mencari tapi orang lain yang shopping Asyik balik saja dengan perut yang kenyang jea sebab singgah makan dekat Chicken Rice Shop pula. Makan jea kerjanya kan.

Eh, lupa pula bukan terus balik ke rumah tapi pergi shopping dekat The Mines pula. Barulah dapat jumpa sandal yang Asyik nak dan dapat jumpa satu kedai yang best iaitu Dressing Paula. Banyak baju yang cantik-cantik kat situ yea. Nanti nak pergi lagi sebab ada something yang Asyik suka dekat situ. So itu jeala cerita untuk minggu lepas. Jom jamu mata tengok gambar.



Suka sangat ler tu!


Tak sure ni dalam kedai Zara or Forever 21!..Tapi semua dress sangat cantik.
Till Next Entry.

4 comments:

  1. thanks dear, sure I want to following you in gogle + but I don't know how to? poor me, can you tell me?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think your blog already link to google+ just you need to register and put the following badge on your blog..

      *just search for goole+ and register..:)

      Delete
  2. seronok la tu kan....dapat makan tutti frutti dpt window shopping..wuwuwu

    ReplyDelete