Tuesday, May 1, 2012

Berjalan Bersama Bakal-Bakal

Assalamualaikum,
Minggu lepas Asyik berkesempatan untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga bakal mertua. hihi. (skemanya ayat). Disebabkan mereka datang ke KL jadi bolehla jumpa sekejap dan bersiar-siar. Tempat pertama yang dituju ialah Ikea. Bukan apa Ikea merupakan tempat yang paling sesuai untuk bershopping sambil makan. Disebabkan semua ahli keluarganya suka membeli barang untuk mencantikkan rumah kediaman jadi Ikea lah tempat yang paling sesuai. Asyik juga dapat berjumpa dengan bakal anak saudara gitu, dulu pernah jumpa masa dia baru lahir tapi sekarang dah besar dan manja betul. Tak sangka pula dia masih nak dekat Asyik walaupun dah lama tak jumpa. Sampaikan tak nak dekat orang lain. Jadi untuk hari itu Asyik jadi babysitter untuk Akid. Takpe auntie tak kisah, auntie pun dah lama tak main dengan budak-budak ini. Best juga dapat main dengan Akid. Will miss you Akid.

Selepas shopping dan makan di Ikea kitaorang terus ke Sunway Pyramid pula. Saja nak jalan-jalan dekat sana sambil ambil gambar kenangan. Bukan selalu dapat ikut macam ini. Pusing-pusing Sunway sampai lenguh kaki. Kesian pula tengok mumy and papa penat berjalan jauh.

Belajar bawa baby awal-awal. haha.

Nampak jea besar tapi sebenarnya kecik lagi Akid ini.




Bersama ibunda tersayang Giorgio Izas Puan Faridah bakal mak mertua ku yang baik dan lemah lembut orangnya.

Bersama Mumy, Papa dan adik bongsu Giorgio Izas.

Giorgio Izas bersama keluarga tersayang.
Till Next Entry.

2 comments: