Wednesday, April 4, 2012

Workstation

Assalamualaikum,
Happy Wednesday everyone. Sekejap jea masa berlalu tapi kita masih banyak perkara yang belum sempat disiapkan dan dilaksanakan. Masa berlalu dengan pantas sekali dan umur kita juga semakin lama semakin meningkat tapi apakah pencapaian yang telah kita perolehi dengan umur kita sekarang. Diharapkan masing-masing mempunyai pelbagai aktiviti dan pencapaian yang boleh dibanggakan buat masa sekarang. Jangan sesekali berundur kebelakang walaupun kita dihujani dengan pelbagai masalah. Itulah prinsip yang Asyik pegang sekarang ini. Walaupun kadang-kadang agak kecewa dengan keadaan sekeliling tapi alhamdulillah masih boleh bertahan sehingga sekarang berkat doa dan dorongan orang-orang yang tersayang.

Di sini Asyik cuma nak berkongsi tempat yang Asyik gunakan setiap kali membuat presentation untuk subjek-subjek tertentu di universiti. Studio yang diberikan untuk digunakan oleh pelajar-pelajar di dalam bidang senilukis dan senireka. Ini adalah studio untuk pelajar Visual Komunikasi dan Media Baru. Inilah tempat Asyik ataupun workstation Asyik. Walaupun jarang berada di studio tapi tetap perlu dijaga dengan baik supaya tidak seperti tempat membuang sampah. haha. Al-maklumlah banyak kerja-kerja menampal di wall dan sebagainya.

Ini antara koleksi data yang Asyik perlu kumpul untuk menyiapkan thesis.

Kat dinding pun boleh lekat.

 
Ini lagi best sampai ke pintu dilekatnya. hihi. Walau apa pun, ini hanyalah sebahagian kecil koleksi data, masih banyak lagi yang perlu dibuat untuk mencapai tahap yang membanggakan. Jadi teruskanlah usaha yea. Jangan banyak tidur jea! (pesanan untuk diri sendiri).
Till Next Entry.

8 comments:

  1. wahh...sukanya tgk workstation ni..unik sangat !!

    ReplyDelete
  2. Love your blog! Thanks for hyping me on lookbook. Check out my blog sometime. <3

    ayannakai.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, really..thank you ayanna..yes i will visit you blog dear:)
      thank for coming here..:)

      Delete
  3. I love art,though I wasn't born to be good at it.You're a one good talent!Should be proud of yourself!

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are good designer to dear..everyone can do it if you have the passion..
      thank you dear..:))

      Delete
  4. Pintu pun dilekat jugak?huhu selamat berusaha! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, stp sudut yg kosong mmg akan digunakan dgn sebaiknya..:)

      Delete