Saturday, March 31, 2012

Village View Restaurant

Assalamualaikum,
Last two days Asyik berkesempatan untuk mencuba satu lagi restoran yang mungkin popular bagi sesiapa yang tinggal di Bangi atau Kajang. Nama restoran itu ialah Village View Restaurant, Jalan Reko, Kajang. Restoran ini mempunyai lebih dari dua cawangan. Tapi lokasinya Asyik tak berapa nak pasti. Kalau korang pernah makan di restoran ini tapi di cawangan yang lain silalah kongsi bersama. Sajian atau menu yang disediakan memang pelbagai. Asyik lebih suka makanan yang boleh dimakan beramai-ramai seperti makan di rumah.

Pada malam itu Asyik makan ikan siakap tiga rasa, ketam masak pedas, sup tulang, sayur kailan ikan masin (memang hidangan wajib), sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung bersama minuman jus peach. Tapi malangnya disebabkan kegelojohan jadi memang tak sempat nak ambil gambar makanan yang diorder. hihi. Asyik just boleh cakap kat sini yang makanan yang disediakan di restoran itu memang sedap walaupun ada sesetengahnya dimasak terlalu lama. Overall korang boleh cuba untuk makan disini. InsyaAllah tidak mengecewakan.


Till Next Entry.

4 comments:

  1. sedapnya menu2 tu sis...huhu...telan ayaq liur da nana ni....^-^tu belum sis letak gambar lg,heee...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya :(( Lapar sangat2 haha. Nasib baik takde gambar :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..Rugi btul xde gambar..klu ada bleh wat org terliur..kih2..:)

      Delete