Sunday, March 18, 2012

Menu of the day #2

Assalamualaikum,
Asyik ini selalu update pasal benda makan jea kan. Patutla badan itu dah macam belon. Cerita pasal belon, hari ini kecewa sebab tak boleh pergi tengok Hot Air Ballon kat Putrajaya itu. Memang dah dekat sangat dah tapi jalan sangat sesak sampai tak bergerak langsung. Walaupun lampu isyarat hijau masih juga tak bergerak kenderaannya. Jadi ceritanya pergi makan jeala. InsyaAllah kalau esok masih berkesempatan bolehlah singgah tengok Hot Air Ballon. Cerita pasal makan, hari ini Asyik punya menu ialah Nasi Kerabu Ayam Berempah. Tempat makan itu kat Kompleks Presint 9 kalau tak salah. Boleh tahan juga nasi kerabu kat kedai itu. Ada pelbagai jenis lagi masakan Kelantan kat tempat makan Percint 9 itu. Kalau ada yang teringin nak makan masakan Kelantan boleh kot cuba kat sini.

Inilah nasi kerabu ayam berempah yang Asyik makan itu. Banyak sangat tapi kalau korang tak kenyang juga tak tahulah. Bolehlah cuba yang lain pula.


*WARNING - Tadi dok godek-godek GOOGLE+ pastu tangan ini terlebih gatal pergi delete gambar-gambar dalam itu pastu tengok dalam blog keluar icon warning warna hitam siap tanda seru lagi. Dengan kecewanya gambar saya di dalam blog yang dok update selama ini habis hilang. Menyesal dah tak guna tangan gatal sangat tak reti dok diam dapatla habuanya. So kalau ada entry yang korang tengok kuar icon mcm itu faham-fahamla yea.

6 comments:

  1. Replies
    1. blehla pg cari nasi kerabu yg berdekatan..hihi

      Delete
  2. hot air balloon lisa pernah pergi tahun lepas. memang jalan jam sangat, macam Asyik cakap lampu hijau pun kereta tak gerak kan. hm tahun ni lisa x pergi dah :)

    eheh ade ayam sekali eh nasi kerabu tu? sedapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jln jam teruk kan, kalau nak pg kna keluar awlla..a'ah nasi kerabu tu ada aym skali..:)

      Delete