Saturday, February 18, 2012

PETUA IMAM SYAFIE

Assalamualaikum,
Asyik nak berkongsi sedikit pengetahuan yang Asyik ketahui disini dan diharap ada yang mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan segala kebaikan dan menghapuskan segala keburukan. 

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat Cara Tidur

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

“Khas Untuk Next Top Blogger 1 – Episod 7”

8 comments:

  1. Mesej diterima. Terima kasih sudi mengikut assignment yg diberi. Entri ini akan disenaraikan dalam carta minggu ni. Jika entri ini mendapat komen yang terbanyak dari peserta lain, Imuniti diberi kat anda minggu ni.

    ReplyDelete