Skip to main content

Darkest Polka Paris - NTB 1 Ep1

Assalamualaikum,
Serius lama menatap entry ini tak tahu nak mula dengan apa. Nak kata tak ada idea tapi banyak benda nak cerita tapi ia seakan-akan blur tiba-tiba. Ke sebab perutku lapar lagi? Tak boleh dah banyak kali makan. Jadi kita mulakan dengan yang serius. Semalam Asyik teman mak pergi hospital KPJ untuk ambil surat dan jumpa doktor untuk check up apa yang patut tapi sebelum itu singgah kat bank dulu. Nak dijadikan cerita nak ke bank itu kenala melintas jalan ke seberang dulu sebabnya bank islam dan maybank agak jauh sikit. Masa nak melintas itu tiba-tiba terasa seperti di dalam mimpi. 

Mata melihat tapi fizikal ini jadi kaku untuk bertindak dengan cepat. Memang dari jauh dah nampak kereta berwarna putih agak laju dari simpang jalan tapi ingatkan dia akan berhenti sebab ada kereta lain nak belok ke kanan dan sepatutnya dia kena bagi laluan pada kereta itu dulu. Tapi disebabkan ketamakan kereta putih itu dia sanggup membahayakan nyawa orang yang nak melintas jalan ini dengan mengambil tindakan yang paling bodoh iaitu mengambil jalan yang betentangan dengan jalan yang sepatutnya kereta dia berada. Di sebabkan itulah dia hampir-hampir melanggar Asyik dan mak yang sedang melintas jalan. Sedangkan dia tahu jalan tersebut memang menjadi tempat orang melintas jalan untuk ke seberang malah memang menjadi tempat untuk bas menurunkan penumpangnya. Jadi sepatutnya dia tak bolehla mementingkan diri sampai sanggup membahayakan nyawa orang lain. Kalau dah nak mati sangat janganlah libatkan orang yang tak bersalah. Dahla drive sambil bercakap dengan telefon. Memang sangat tidak beradap. Sakit hati bukan kepalang lagi Asyik ini. Nak ambil no kereta itu tapi tak sempat sebab terkejut sangat. Sampaikan orang di sekitar pun terkejut dan masing-masing melihat kejadian yang tak sepatutnya itu. Asyik harap sangat orang itu insaflah, tolonglah bawa kereta dengan hati-hati. Nasib Asyik baik tadi tapi belum tahu nasib orang lain kalau berhadapan dengan orang yang macam itu. Harap minta dijauhkan la yea. Stop cerita sedih sambung cerita lain.

Lepas kes kat atas siap ambil duit terus pergi ke hospital ambil surat dan buat apa yang patut dulu kemudian gerak ke Jusco Perai. Apa lagi bersuka-riala. Pergi makan-makan. Mak Asyik sekarang bukan main nak minum Each A Cup jea. Sambil minum Asyik makan sushi. Ini dah kali ke tiga makan. Pastu mak Asyik dok ajakla 'jom kita pergi London Weight Management'. Asyik pun ok jeala. Mula-mula mak cakap nak pergi tanya jea tapi akhirnya dia buat treatment free itu. Jadi terpaksa Asyik tunggu sampai 3 jam. Dahla sorang-sorang tunggu, pastu tiba-tiba terfikir dari dok termenung sorang-sorang baik pergi tengok wayang. So Asyik pun pergila tengok wayang. Ajak adik tapi tak boleh nak datang, jadinya Asyik tengok sorang-sorangla. Inilah kali pertama dalam hidup tengok wayang berseorangan. Tengok pula cerita The Darkest Hour. Mula-mula macam takut jugakan, buatnya takde orang dalam wayang itu nanti seram sejuk Asyik sorang-sorang. Tapi nasibla ada juga penonton yang lain walaupun tak ramai. Cerita ini pun taklah seram tapi kisah pasal alien yang datang ke bumi dan ambil semua bahan yang boleh menjanakan elektrik. Okla jugalah cerita dia. Boleh dilayanlah. 

Suka gila beg Studded Black itu.


Yang dua dari kanan itu dari S&J. Siap ada tulisan Paris dan France.

Habis wayang singgah S&J tengok barang-barang yang comel kat situ. Pastu ternampaklah keychain Eiffel Tower yang sangat cantik. Nak beli yang besar tapi macam tak mampu lagi so beli yang kecil jea. Comel sangat boleh digantung kat beg-beg kegemaran. Asyik beli dua sekali tapi berlainan warna. Sebelum ini dah ada keychain Eiffel Tower dan memang dari Paris hadiah dari sepupu Asyik. Tapi kali ini dari S&J pula. Kualiti memangla tak sama tapi bolehla kalau nak dijadikan koleksi. Habis melepak melepas bosan terus balik rumah.

Till the next entry. Bye.

Comments

  1. Asyik nampak comel la dengan top polka-dot tu.
    Mmg sakit hati ada org gile bawak kete mcm tu,kalau Dayah org mcm tu Dayah bagi high light terus kat dia,sambil sumpah seranah :p

    Eiffel keychain tu pun comel,tapi percayalah apa yg Asyik beli tu sama je mcm yg dijual kat Paris.
    mungkin lagi murah kalau beli kat sini dr beli kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidaya shamsudin: thank you dayah:)
      a'ah mmg teruk org tu kan..
      owh sama juga ek?mybe kot, kat malaysia kualitinya mungkin lain ckit..:)

      Delete
  2. Salam kenal dari http://elongbujang.net

    ReplyDelete
  3. Entri yang menarik. teruskan usaha.

    ReplyDelete
  4. nice blog..
    hello new friend, nice to meet your blog :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.