Saturday, December 31, 2011

Balik Kampung Hurayyy!!

Assalamualaikum,
Selamat hari minggu selamat menjalani kehidupan yang lebih baik pada tahun yang akan datang. Al-maklumlah kita dah semakin menghampiri tahun 2012. Semoga tahun 2012 memberi banyak makna dalam kehidupan kita. Dan semoga kita menjadi manusia yang lebih bersyukur dan meghargai alam semulajadi kita yang telah dianugerahkan Allah S.W.T.

Baru-baru ini Asyik berkesempatan untuk pulang ke kampung setelah hampir berbulan-bulan tak sempat nak balik jenguk tok tersayang di kampung. Bukan tak nak balik tapi banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan berlaku. Maaf yea tok. Bila dah ada peluang untuk balik memang sangat seronok. Tambahan pula sekarang musim durian, rambutan, langsat dan macam-macam jenis buah lagi ada. Tapi Asyik paling Asyik suka makan ialah buah durian. Sampaikan sebelum tidur pun boleh melantak durian lagi. 

Di kesempatan itu juga sempatlah Asyik dan adik pusing-pusing kampung. Saja nak ambil feel dok kat kampung. Dulu rajin pergi mandi sungai tapi sekarang dah tak berani sebab takut ada benda yang tak elok berlaku. Contohnya takut ada haiwan liar seperti ular berkeliaran kat sungai itu. Biasalah rumah tok Asyik ini dalam sikit dan penuh dengan bukit-bukau. Tapi kalau nak mandi waktu pagi kat rumah tok atau bila-bila jea memang akan fikir banyak kali sebabnya sejuk giler. Mahu mengigil badan. Rasa macam mandi dengan ais batu. Tapi best, sekali cuba pasti nak lagi. haha. 

Di samping itu, sempat juga ambil atau kait buah rambutan dengan tangan sendiri tapi Asyik tak buat pun, mak dengan adik jea yang buat. Diaorang siap pergi ambil kat kebun lagi. Macam-macam jenis buah ada, siap dengan ulam-ulaman. Yang paling penting petai mesti ada. haha. Itu memang wajiblah ada kalau kat kampung. Memang best dok kat kampung dan kita boleh berjimat ok. Mana taknya nak makan pergi jea kat kebun segala macam benda ada. Segar lagi. Alhamdulillah seronok sangat. InsyaAllah tak sabar nak balik kampung lagi jumpa tok tersayang yang comel.


Bunga ini tok yang tanam.

Barang-barang lama ini.





Di depan pokok pisang belakang rumah tok.

Friday, December 30, 2011

Ultimate Chessy 7 Pizza!!

Assalamualaikum,
Kali ini kisah pasal mengemukkan diri kat Pizza Hut. Kalau orang belanja mestila best dan kenyang tahap melampau sampai rasa nak tidur dan berkampung kat dalam kedai itu juga. Nasib baik boleh bersabar dan boleh berjalan lagi. Bakal adik ipar belanja masa dia datang ke Penang. Layan gilerlah makan kat piza. Tambahan pula memang favourite Asyik kalau bab-bab Cheese. Kitaorang order Ultimate Chessy 7 Pizza. Adalah sampingan yang lain seperti spaghetti, salad, dessert dan garlic bread. Makan untuk 5 orang. Itu pun dah berlebihan sampai kena tapau bawa balik. Habis makan pergi shopping lagi. Mak dapat heels baru dari bakal menantu dia. Jealous. haha. Asyik belikan mak beg tangan baru. Nak juga sebut kan kat sini. Takpe bukan selalu shopping untuk mak. Terima kasih mak sebab sanggup menjadi mak Asyik yang selalu buat perangai hodoh ini. hihi. Tak lupa juga pada yang belanja, terima kasih banyak-banyak yea.


Sebahagian dari keluarga Asyik dan bakal adik ipar.

Mak comel saya dan adik cool saya.

Dessert and Salad.

Ultimate Chessy 7 Pizza makan sampai nak muntah!!

*Maaf gambar banyak yang buruk sebab tangkap guna hp murah. haha.

Thursday, December 29, 2011

New Collection Update!! (Volume 5)


FIND NIKISA CLOSET AT:
BLOGSHOP- Nikisa Closet 

Nikisa Closet

Day Out : Pesta Pulau Pinang

Assalamualaikum,
Siapa kat sini orang Penang mesti pernah dengar atau tahu tentang Pesta Pulau Pinang yang diadakan setiap hujung tahun atau lebih tepat setiap kali cuti sekolah pada hujung tahun. Asyik dah lama sebenarnya tak pergi tempat ini. Tapi tahun ini alhamdulillah bolehlah pergi kejap. Itu pun sebab adik lelaki Asyik yang beria sangat nak pergi. Jadi dah dia yang ajak dialah belanja. Di pesta penang ini yang pasti ada ialah tempat makanan yang bolehla tahan, yang popular karpet, tudung, baju dan yang paling best ada tempat macam fun fair tu tapi ini yang besar punya..Yea kot besar. haha. Asyik naik satu jea iaitu Pusing-pusing Roller Coaster. haha. sorry tak ingat nama dia apa. Tapi itu jea yang paling berani nak naik sebab yang lain agak seram sejuk nak naik, takut luruh jantung. Pastu kitaorang pergi main tembak-tembak untuk dapatkan bear yang besar tapi satu pun tak dapat!! Takpe bukan Asyik yang bayar. haha. Pastu siap ada Silverman lagi. Satu lagi aktiviti yang best bergambar dengan haiwan exotic. Itu bukan Asyik yang nak. Terpaksa dan dipaksa bergambar. Serius Asyik sangat takut dengan pape saja jenis haiwan dan maaf memang takkan sentuh sama sekali kecuali yang boleh dimakan dan mempunyai cangkerang yang keras untuk disentuh. Sempat shopping sikit lepas itu kitaorang pergi makan kat Gurney Drive. Nak makan laksa Penang tapi sebab dah lewat kedai pun dah tutup. So makan jeala Char Koey Teow.

Ewwww...geli..Asyik dok hujung dan tak nak sentuh pun sebab masa itu dah rasa seram sejuk kot.

Tomey tak adik saya ini..haha

Shopping dan survey murah ke tak barang kat sini.


Ini mak saya yang cantik. Bersinar-sinar gitu. Kat pesta ini ada tempat yang dinamakan Taman Mini  yang menyerupai seperti I-City tapi tempatnya kecil jeala nama pun mini kan. Mesti korang bosan baca Asyik membebel kan. haha. Takpe kita stop kat sini jumpa kat entry lain dengan cerita lain plak. Bye.

Monday, December 26, 2011

Eiffel Tower Power But KLCC Tower much more Power!!

Assalamualaikum,
Setelah hampir 3 hari tak sempat nak update sekarang Asyik cuba untuk update. Alasannya internet kena potong. haha. Dah pergi bayar tapi system down so sabar jeala kan. Kali ini cuma intro jea, saja bosan-bosan nak update la sikit sebelum banyak lagi entry yang terbengkalai di update. Sape yang tak suka Eiffel Tower kan, rasanya semua perempuan suka sebabnya Eiffel Tower ini berada di Kota yang paling romantik iaitu Paris. Memang berniat satu hari nanti akan pergi. Buat masa sekarang dapat gift dari sana jeala dari cousin yang pernah pergi sana. Mestilah nak pergi dengan orang-orang yang tersayang. Kalau dapat pergi berbulan madu kan lagi best. Romantik giler!!..Ok kaitannya dengan dengan KLCC Tower ialah dua-dua Tower. haha. Tapi KLCC Tower kita boleh shopping-shopping dan banyak lagi boleh buat termasuklah memenuhkan perut anda dengan makanan. Itu memang kegemaran kalau pergi mana-mana. Sebab itula makin berkembang Asyik ini. Please diet!! Selain dari KLCC tower kita ada KL tower, salah satu kebanggan kita di Malaysia ini. Tapi Asyik jarang sangat pergi KL tower ini, boleh kira bape kali pergi sana. haha. Walau apa pun kita haruslah bangga dengan apa yang kita miliki. Sebab itu merupakan keistimewaan kita. Moral of the story hargailah diri anda sebelum anda mahu orang lain menghargai anda. Itu jea nak cakap. Jumpa lagi di lain entry yea. Bye.

 

Wednesday, December 21, 2011

MISSION ACCOMPLISHED

Assalamualaikum,
Sebenarnya takde mood sangat nak update blog tapi buatla juga. Sebabnya tengah risau my darling masuk ward untuk operate Tonsillectomy. Sampai sekarang masih belum terima pape message dari si dia yang tersayang. Dahla jauh nak pergi tengok pun susah. Tolong sembuhkan dia dengan segera YA ALLAH. Kawan-kawan tolong doakan juga untuk Giorgio Izas yea. Ok back to the point Asyik nak cakap yang Asyik dah pun tengok movie yang sekarang tengoh hot di pawagan iaitu Mission Impossible 4 : Ghost Protocol. Terus terang cakap tak rugi kalau tengok sebab korang akan teruja bila dok dalam pawagam tengok citer ini. Asyik pun terlebih excited juga sampai terjerit sebab terkejut. haha. Dah pergilah tengok movie yang best dan hot di pasaran ini. Bye.


Monday, December 19, 2011

Finish It !!

Assalamualaikum,
Selepas bertahun-tahun menyimpan novel ini sekarang Asyik berazam nak habiskan mana yang ada. Gila malas nak baca kan. Bukan apa selalu tak sempat sebab banyak buku lain yang lebih memerlukan Asyik untuk baca. Oleh itu Asyik nak ambil kesempatan yang ada ini sebabnya tengah cuti, untuk habiskan baca novel yang sedia ada di rak-rak buku. Tak lah banyak sangat tapi kalau ikutkan perangai Asyik ini memang lambat sikitla nak habiskan.haha. Kalau majalah laju jea baca tapi kalau novel or buku memang lambat jea mata dan tangan ini nak bergerak. Maaf yea buku-buku ku sayang. Ikut giliran ok. hihi.


Sunday, December 18, 2011

IELST Selesai Sudah!!

Assalamualaikum,
Sebelum ini Asyik ada cerita tentang IELST kan jadi entry kali ini Asyik nak post cerita pada hari Asyik ambil exam tersebut. Pada 16 hb 12 bersamaan hari Jumaat Asyik punya speaking test bermula pukul 12.30 tengahari jadi Asyik bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 10.30 kot. Tak nak nanti terlewat dan terlalu gelabah nak ambil test. Sampai jea kat tempat yang ditetapkan iaitu di Cititel Hotel, Penang Asyik pun mendaftar dan tak sampai 10 minit nama Asyik terus di panggil untuk speaking test. Maknanya belum tepat pukul 12.30 tengahari Asyik dah ambil test itu. Memang gelisah tak payah cakapla kan. 

Speaking test ada 3 bahagian. Bahagian pertama yang akan ditanya ialah tentang diri kita. Bahagian kedua kita akan diberi topic untuk diperbincangkan. Topic yang Asyik dapat ialah Bencana Alam yang sekarang ini sering berlaku di negara kita ataupun di tempat lain. Bahagian kedua kita diberi masa 1 minit untuk membuat persediaan sebelum diberi masa untuk menjelaskan ataupun menerangkan pengalaman kita tentang bencana alam yang berlaku di kampung kita baru-baru ini. Untuk bahagian ketiga pula pemeriksa akan menanyakan beberapa soalan yang berkaitan tentang topic yang diberi. Masa ini la kita akan diuji kebolehan kita dalam berkomunikasi. Memang kadang-kadang itu tak sempat nak fikir apa yang nak dijawab sebabnya soalan yang diberi kadang-kadang tak pernah terfikir difikiran kita. Tapi Asyik harap sangat jawapan dan cara Asyik berkomunikasi memuaskan hati pemeriksa.

Lepas habis speaking test sempat lagi jalan-jalan and shopping!!

Ini kat depan Komtar Walk.

Untuk hari kedua pula pada 17 hb 12. Asyik turut ditemani oleh ibu tersayang. Kali ini lagi awal Asyik bertolah dari rumah sebabnya peperiksaan tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi. Hari ini Asyik akan mengambil Listening, Reading dan juga Writing bertempat ditempat yang sama seperti semalam. Kali ini Asyik dapat berjumpa dengan candidate yang lain. Agak ramai jugala yang mengambil exam ini. Kebanyakannya memang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, banyak betul prosedur yang perlu dipatuhi. Yealah takut kita menipu dalam peperiksaan. Yang paling best sebelum masuk kena buat body check, dah macam nak naik flight. Bagi Asyik reading test yang paling sukar sikit sebab banyak masa yang diperlukan kat situ untuk membaca dan mencari jawapan. Tapi alhamdulillah semuanya Asyik dapat jawap walaupun ada sesetengah jawapan itu tak bape nak yakin sangat. hihi. Harap-harap dapat score yang tinggi.

Thank you mak sebab temankan.

Kat depan Cititel Hotel.

Tengok ini dah sampai kat Komtar.
Bye dah habis, nak balik dah..hihi

Friday, December 16, 2011

Schedule for this Week's

IELST in my weekends life!!

Speaking Test - 16 December 2011 (12.30 PM)

Listening, Reading, Writing Test - 17 December 2011 (8.00 AM)

Doakanlah yang terbaik untuk saya. Terima kasih.

Monday, December 12, 2011

Day Out - Queensbay Mall, Gurney Plaza & Puncak Mutiara (10-12-11)

Assalamualaikum,
Jumpa lagi korang. Asyik bersyukur sangat masih sempat update blog walaupun kadang-kadang terikat dengan kesibukkan. Dalam masa satu hari Asyik pusing Penang dari Queensbay Mall kemudian ke Gurney Plaza and lastly sebelum balik singgah makan kat Puncak Mutiara Cafe. Pergi sebenarnya nak pergi cari kasut untuk si budak kecik itu. Mula-mula ke Queenbay  Mall tapi warna yang dicari tak ada jadi lepas puas jalan-jalan kat Queensbay dan dah dapat goodie bag free dari Forever 21 baru kitaorang bergerak ke Gurney Plaza pula. 

   

Kat sana lastly jumpa juga kasut yang di kehendaki dari VINCCI. Sebelum itu kitaorang terserempak dengan Abang Naz pengacara The Breakfast Show NTV7 dengan isterinya. Seriously sangat sweet pasangan ini. Maybe datang bercuti kot memandangkan isterinya sedang mengandung boleh menenangkan fikiran kat Penang ini. Pastu selesai semua kitaorang pusing-pusing lagi dan ternampak satu cafe yang sangat unik iaitu Clinic Cafe. Clinic Cafe ini suasananya macam didalam hospital, memang sama sangat sebab siap ada bahagian yang dinamakan surgery room. Korang boleh cuba kalau datang ke Gurney Plaza.

 

Koleksi Hello Kitty yang terdapat di Gurney Plaza.

Selesai semua kitaorang terus balik dan bergerak ke Puncak Mutiara Cafe untuk makan malam. Tempat ini agak dalam sikit dan susah nak cari kalau tak pernah datang. Tapi korang akan berpuas hati kalau pergi sebabnya tempat ini menyediakan makanan yang memang fresh terus dari ladang yang terletak di kawasan berhampiran. Memang diaorang membela haiwan-haiwan berkenaan untuk dijadikan makanan di cafe tersebut. Contohnya macam kambing, ayam, itik, udang, ketam dan macam-macam lagilah. Serious memang fresh. Sesuai untuk buat tempahan jamuan atau meraikan apa-apa majlis kerana tempatnya yang cantik dan romantik tau. Boleh check pada link yang Asyik sediakan. Masa makan itu terjadinya kejadian Gerhana Bulan. Tiada apa-apa untuk dikatakan kerana keindahan ciptaan Allah S.W.T memang tiada tandingannya. Alhamdulillah kenyang sangat. Terima kasih sebab sudi membaca celoteh Asyik disini. Jumpa lagi. 
    

Sunday, December 11, 2011

FREE POSTAGE Start Today 11.12.11

Shopping will be more easier today!!
CLICK HERE : NIKISA CLOSET


Nikisa Closet

Day Out -The Muppets (09-12-11)

Assalamualaikum,
Weekends memang best kalau dengan family. Asyik sangat suka kalau keluar dengan family. Walaupun saja suka-suka takde tujuan. Lebih relax dan santai bila bersama keluarga. Baru-baru ini Asyik dan family pergi tengok wayang citer The Muppets, musical movie bertambah best bila tahu pelakon dia Amy Adams yang berlakon. Memang sesuai sangat. Tapi pada awal cerita ini agak bosan sikitla sampaikan mak Asyik tertidur. haha. Bila dah sampai tengah-tengah dah semakin rancak sikit. Best tau tengok movie dengan family ini. Bukan selalu mak Asyik nak layan tengok movie sekali, selalu tak nak ikut jea. Pergi makan, shopping, tengok barang-barang yang bakal dibeli nanti. haha. Banyak perancangan itu. Alhamdulillah, seronok keluar dengan family. 

Mak Asyik yang comel !!







Semua gambar diatas bersama dengan adik-adik dan mak Asyik..
Jumpa lagi di entry yang seterusnya..Bye..