Monday, November 28, 2011

MAAF

Assalamualaikum,

✿~ Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah TEMAN yang baik..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU..
✿~ Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..
✿~ Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI..
✿~ Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada..

Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..

>>> Lidahku kelu..langkahku terpaku..fikiranku bercelaru, hatiku sedu…masih lagi ku MENCARI-CARI hatiku dan IKHLAS lillahi Ta’ala untuk menjadi PELENGKAP buatnya..tunjukkanlah jalannya ya Allah…♥♥♥

Info : Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Sunday, November 27, 2011

Twilight Saga Breaking Dawn Part 1

Assalamualaikum,
Breaking Dawn!! Korang dah tengok?Asyik dah tengok semalam. Memang tak pernah terlepas lagi untuk tengok Twilight ini. Daripada penilaian Asyik Breaking Dawn lebih kepada kekuatan kekeluargaan. Tapi rasanya tak sesuai untuk budak-budak bawah umur. haha. Banyak sangat aksi kissing-kissing ini. Biasalah orang baru kahwin. Edward selalu macho tapi always cool. Jacob memang handsome!! Kenapa macam ramai yang minat Jacob ek?haha.. Tapi bertuahla Bella sebab ramai yang menyayangi dia. Apalah perasaan kahwin dengan vampire ini. Macam seram jea. Kalau cerita Melayu sah-sah dah bertempiaran lari bila tengok Pont------ Ini istimewanya citer orang putih, vampire pun handsome dan cantik semuanya. Anak diaorang pun sangatla comel. Tak sabar nak tunggu Part 2 pula. Kisah pasal anak dia dan Bella dah jadi vampire agaknya. Sejak balik ke Penang ini malasla sangat nak buat blogwalking dan blogging. Buka tengok komen dan balas mana yang patut jea, tak tahula mana hilang semangat itu. Mungkin banyak hal yang difikirkan dalam kepala ini. Especially IELST!! Stress fikir. Wish me luck.


Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru Islam - 1 Muharram 1433 Hijrah ( 27 November 2011 )

Share Entry from Giorgio Izas ..
Assalamualaikum...
Hari ini 26 November 2011, adalah hari terakhir mengikut Kalendar tahun Islam iaitu bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka keesokan harinya bermulalah hari yang baru dan tahun yang baru mengikut kalendar Islam iaitu 1 Muharram 1433 Hijrah. Mengikut amalan di dalam agama Islam, kita disunatkan untuk melakukan beberapa perkara iaitu:

1. Melakukan Ibadat Puasa dalam Bulan Muharram.
2. Banyakkan amal Ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa pada akhir tahun, pada hari terakhir dalam bulan Zulhijjah selepas Solat Asar sebanyak 3x.
4.Berdoa pada Awal tahun, 1 Muhharam selepas Solat Maghrib sebanyak 3x.

DOA AKHIR TAHUN

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

DOA AWAL TAHUN 

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Share Entry from Giorgio Izas ..

Friday, November 25, 2011

Finding something new..

Assalamualaikum,
Semalam Asyik jenjalan tenangkan hati yang berserabut dengan masalah rumah tangga. Rumah tangga lah sangat!! Stress sebab nak ambil IELST. Risau tahap giler sebab English sangat teruk. Kitaorang pergi makan-makan and Asyik tergerak hati nak tukar hp yang dah berkurun kepada yang baru. Sementara masih boleh dijual baik tukar jea pada yang baru. Nasib baikla ada kedai yang sudi nak ambil dengan harga yang berpatutan so dapatla Asyik tukar hp baru. Hurayyyy..syok ooo..haha. Hp biasa-biasa jea tak mampu lagi nak beli berry-berry yang mahal-mahal. Alhamdulillah rezeki. Semoga rezeki Asyik lepas ini makin bertambah, bolehla Asyik bagi mak, abah, adik-adik dan en. darling pula hp baru.hihi. Amin.

Makan-makan kat Pizza Hut with my little sister..

Thursday, November 24, 2011

Anniversary Ku dan Dia..

Assalamualaikum,

'Our anniversary is a time to look back at the good times and a time to look ahead to live our dreams together.'

Happy Anniversary to my lovely darling Giorgio Izas.

Monday, November 21, 2011

Keyya Kayya Bazaar - Nikisa Closet (19.11.11)

Assalamualaikum,
Asyik cuma nak share serba sedikit sewaktu Nikisa Closet menglibatkan diri dalam Keyya Kayya Bazaar pada 19 November 2011 yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak lambat sikit untuk setup booth masa tu tapi tiada masalah. Kehadiran pengunjung juga alhamdulillah walaupun tak ramai seperti di events yang lain. Tapi bertambah meriah apabila menjelang petang dan sewaktu perlawanan bola antara Malaysia dan Myanmar. Memang sangat kecoh semua pakat ramai-ramai menyaksikan bola pada waktu tersebut. Yang lelaki lepak tengok bola dan yang perempuan shopping-shopping. Sesuai sangat kan. 













Antara koleksi dari Nikisa Closet..







Alhamdulillah sudah selesai. Jumpa di lain events pula..:)

Tuesday, November 15, 2011

Thank You Nuffnang..

Assalamualaikum,
Hasil dari berblogging dan berjasa kepada Nuffnang akhirnya Asyik menerima keuntungannya. Walaupun tak banyak seperti orang lain tapi Asyik bersyukur sebab ini adalah kali pertama Asyik dapat selama setahun lebih berblogging. Baru lagi kan..haha. Mestilah tak dapat nak bersaing dengan korang yang dah 'otai'. Terima kasih pada sesiapa yang sudi 'click' iklan Nuffnang Asyik, itu sedekah namanya. Moga korang akan lebih murah rezeki sebab membantu orang lain seperti Asyik ini. Terima kasih yea, sudi-sudilah untuk 'click' lagi yea.


Jangan lupa untuk datang ke Keyya Kayya Bazaar :
TIME : 12 PM – 7 PM
DATE : 19TH NOVEMBER 2011
VENUE : RASTA, Taman Tun Dr Ismail, 
Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.


Nikisa Closet akan menunggu anda di sana yea. Asyik pun akan tunggu korang juga..hihi..
Set reminder dalam hp and kalendar korang ok!!

Saturday, November 12, 2011

12.11.11 Beautiful Wedding Fasihah and Farhan..

Assalamualaikum,
Wedding yang digembar-gemburkan telah di publish sekarang. Silalah tengok jika sudi. Baju telah di designkan oleh Elle. Sangat cantik hasilnya. Wedding yang alhamdulillah berjalan dengan lancar. Asyik datang awal sebab tak nak nanti terpaksa berebut-rebut nak jumpa pengantin. So bila pergi awal bolehla lepak-lepak dalam bilik pengantin berjam-jam sambil tengok dia make up dan bersiap. Tahniah diucapkan kepada pasangan Fasihah dan Farhan. Semoga korang berbahagia sampai ke akhir hayat yea.

Elle, Baby aka Fasihah, Zira, Nana and Me

Suka dengan kombinasi warna pelamin dan baju pengantin.

Melepak atas katil pengantin dengan barang hantaran.

Ini la Iera yang comel.

Gambar dalam bilik pengantin bersepah-sepah banyaknya. haha. Ini yang boleh di upload buat masa sekarang.

Watpe tu Cik Iera?..


Cantikkan warna dan design baju pengantin ini.






Teringin juga nak pegang bunga macam ini. haha.
Thanks pada Cik Zira sebab tolong ambilkan gambar.
Giorgio Izas silalah tengok, semua orang tanya sebab awak tak datang sama. huhu..
Bye..

Friday, November 11, 2011

11.11.11 Big day for my friend..

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Asyik sangat happy today sebab kawan Asyik akan menamatkan zaman bujangnya pada hari ini. Pada tarikh 11.11.11 dia selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya. Dulu ingatkan Asyik yang akan kahwin tarikh ini tapi belum sampai masanya. Dulu kitaorang siap berebut-rebut nak buat pada tarikh ini tapi lastly dimenangi oleh Puan Fasihah yang telah selamat menjadi isteri orang.

Kitaorang yang terlebih excited sebenarnya sebab pengantin berinai kitaorang bersungguh juga pakai inai. haha. Tapi sebenarnya ia sangat menyeronokkan bila ramai-ramai berkumpul dan melakukan aktiviti macam ini. Walaupun masing-masing sibuk dengan hal masing-masing tapi kerana majlis macam ini semuanya dapat berkumpul sama-sama. Semua sibuk fitting baju, mencari baju yang sesuai, cari hadiah dan macam-macam lagilah.

Semangat kan berinai!! Ini bukan tangan Asyik. Ini tangan Cik Nana Comel..:)

Kenduri kahwin pada sabtu ini tapi akad nikah nya pada 11.11.11 bersamaan dengan hari Jumaat. Semoga dengan hari Jumaat penghulu segala hari memberi lebih keberkatan pada mereka berdua dalam hidup berumah tangga. Tahniah diucapkan kepada Fasihah dan Farhan. Kitaorang panggil dia baby. Tengok-tengok baby kahwin dulu dari kakak-kakak. haha. Cepat-cepat dapat 'baby', bertambah meriahla nanti.

ELLE, BABY, IERA, NANA, ME

Kwn baby, NANA, IERA, BABY, ME
Ini gambar sewaktu Baby bertunang. Lagi sorang yang nama Elle tu tak datang sebab dia pergi bercuti kat mana ntah. Kerja melancong jea budak tu..

Asyik menyibuk jea kat atas tu..Saja nak merasa..haha.

Tahniah Baby..Yang lelaki sebelah itu Asyik punya..Not Available..hihi..
Cepatla Giorgio Izas!!

Nanti Asyik citer pasal kenduri kahwin pula ok..Bye..:)

Wednesday, November 9, 2011

Nak Jumpa Nikisa Jom Datang Sini - Nikisa Closet Join Keyya Kayya Events!!

Assalamualaikum,
Asyik sedang menjinakkan diri dalam dunia perniagaan. Ini adalah kali pertama Asyik join events macam ini as a vendors. Sebelum ini pergi sebagai pembeli jea. Jadi korang datanglah yea untuk menyokong Asyik. hihi. Walaupun tak seberapa tapi hope korang akan suka dengan apa yang Asyik akan jual di sana nanti. Join with me together is Mr. Giorgio Izas and Miss Zira



Nikisa Closet will selling Scarves/Shawl, Pin/Brooch, Keychains, Clothes, Bags and we also will selling Football Jersey and T-Shirt for mens.. So come and join me at KEYYA KAYYA BAZAAR EVENTS.. Bring together your family and friends!! You will get a good price at Nikisa Closet.
Thank you.. ♥♥♥

TIME : 12 PM – 7 PM
DATE : 19TH NOVEMBER 2011
VENUE : RASTA, Taman Tun Dr Ismail,
Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.

With Love and Style,
Nikisa Closet.