Monday, October 31, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Anda..

1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan  sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

*INFO : LAYARMINDA

Sunday, October 30, 2011

Day Out - Chic POP Street Market 10

 Assalamualaikum,
Selamat menghabiskan hari minggu anda dengan aktiviti yang bermanfaat. Mungkin bersama keluarga, kawan-kawan ataupun kekasih hati. Aktiviti Asyik sepanjang minggu ini kebanyakkannya menghadiri events yang banyak dianjurkan dikawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Dah menjadi trend pula untuk turut serta di dalam events macam ini. Kononnya nak bagi support pada kengkawan yang berniaga. Lagi satu kita boleh dapat barang-barang yang kita suka dengan harga yang berpatutan. Disamping itu kita juga boleh mendapatkan barang-barang yang tidak banyak dijual di pusat membeli-belah. Memang banyak kelainan yang kita boleh lihat. Untuk kali ini Asyik pergi ke Chic POP Street Market 10. Masuk kali ini mungkin dah lebih 3 kali kot Asyik join. Takla banyak sangat tapi disebabkan setiap kali pergi ia tidak mengecewakan jadi mestilah nak pergi lagi kan. Selalu dapat mencari barang-barang yang dikehendaki dan memuaskan hati. Kalau ada rm50 pun korang dah boleh dapat macam-macam kat sini. Dari makanan, perhiasan dan pakaian. Tak lupa juga dapat tengok fashion di sana. Bermacam-macam gaya ada. Asyik juga ada dapat goodie bag dari Chic Pop Street Market ni. Hanya untuk 300 pendaftaran yang terawal sahaja boleh dapat. So Asyik antara yang terawal la kot. Untuk kali ini Asyik tak ambil gambar banyak sangat sebab sibuk melihat keunikan di Chic Pop Street Market ni. Next time boleh join lagi.

       
Bersama dengan owner Arared iaitu Mas Angelina.

       


Bye..:)

Saturday, October 29, 2011

Day Out : KL City Walk Bazaar

Assalamualaikum,
This month so many events are running in Kuala Lumpur and Selangor. One of them are KL City Walk Bazaar. Located in Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur. So Asyik still have chance to be there yesterday. This is the first time Asyik being there. Mungkin pada hari tersebut mereka masih belum bersedia dengan selengkapnya kerana sewaktu Asyik di sana masih banyak booth yang belum dibuka. Itulah gelojoh sangat nak pergi kan. Acara ini berlangsung selama tiga hari. Disebabkan Asyik nak berkejar ke events lain pula untuk esok hari, jadi Asyik buat keputusan untuk pergi pada hari Jumaat. Kepada sesiapa yang teringin nak pergi masih sempat lagi sebabnya esok events tersebut masih ada. Gambar dibawah adalah di sekitar kawasan KL City Walk. 







Pergi bersama-sama dengan Cik Ziratul.. 
Till Next Entry..

Friday, October 28, 2011

MASIH ADA KE LELAKI MACAM NI SEKARANG?

Assalamualaikum, 
Untuk dikongsi bersama..

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 

Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

INFO : UPTOMU.NET

Tuesday, October 25, 2011

Day Out: Mid Valley

Assalamualaikum,
Tengok gambar bawah ini terus terasa lapar. Korang dah makan? Semalam Asyik pergi Midvalley semata-mata untuk makan. Dah lama sangat tak pergi sana untuk makan makanan kegermaran Asyik dan kawan Asyik. Kedainya kat food court Midvalley tu jea. Nasi dengan beef dan tambahan telur mata. Yang specialnya ialah sos teriyaki yang disediakan. Mungkin ada antara korang yang dah pernah cuba. Habis jea makan-makan mestilah ambil peluang untuk jenjalan dulu.

 
Express Lunch untuk hari tersebut..hihi

Sekarang kan musim raya Deepavali so banyaklah decoration di dalam Midvalley seperti di atas. Yang Asyik tertarik ialah sikap dan kekreatifan orang yang membuatnya. Sangat teliti dan menarik perhatian. Itulah kesenian namanya.


Ini satu lagi corak yang dibuat. 

Satu lagi idea yang menarik perhatian.


Bye..:)

Picture Credit To Ziratul Aqma..

Unique Buburia!!

Assalamualaikum,
Untuk kali ini kita sembang-sembang mengenai makanan pula. Selalu pasal event, fesyen, islamic knowledge dan lifestyle. Kali ini Asyik nak cakap sikit mengenai kedai yang baru-baru ini Asyik singgah untuk makan tengahari if tak salah. Kedai itu namanya Buburia. If korang nak merasa pelbagai jenis bubur yang sangat enak seperti masakan mak-mak korang, bolehlah cuba kat Buburia ini. Sebabnya masakan dia memang confirm tak mengecewakan. Disamping itu Buburia juga menyediakan Asam Pedas yang sangat hot. Tapi sangat menyelerakan. Untuk pengetahuan korang Buburia ini pernah dikunjungi oleh rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Hebat kan? Dan yang membuatkan Buburia ini lebih istimewa, mereka juga menyediakan 'DRIVE THRU', dahsyat kan. Ingat Fast Food jea ada drive thru!! Buburia pun ada ok. Memang sangat mesra pelanggan. Buburia ini terletak di TAMAN PETALING JAYA UTAMA, 1/42 PETALING JAYA , SELANGOR.

Walaupun kedainya tak seperti kedai yang hebat-hebat tapi ia tetap mempunyai tarikan kerana tempatnya diperbuat daripada hasil tangan mereka sendiri rasanya. Keunikkan yang terdapat disini ialah kita dapat melihat perhiasan yang disediakan bersuasana seperti di kampung tapi tetap menarik.

Buburia mula beroperasi pada Feb. 2009. Mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dan mereka menjual beraneka Bubur Masakan Tradisional Melayu dengan menggunakan Dapur Arang (Home Made Porridge). Mula beroperasi dari jam 11.30 am - 7.00 pm setiap hari. Ditutup pada setiap Jumaat.

Bubur kegemaran Asyik ialah Bubur Pulut Hitam dan diminum bersama Air Sirap Selasih.

Jom 'DRIVE THRU'..

Jangan terkejut sebab korang boleh sms apa-apa saja komen untuk menambah kualiti di Buburia.
Sekarang Jom Makan!! Byee...:)

Picture credit to Ziratul Aqma..

Saturday, October 22, 2011

Boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Assalamualaikum,
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. 

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. 

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. 

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Fikir-fikirkan lah..

Wanita Ibarat Tulip.

Assalamualaikum,

Wanita ibarat tulip, semasa tertutup iaitu yg masih menguncup, kelihatan cantik dan kemas, begitu juga wanita yang berhijab sebagaimana tuntutan syarak, indah dipandang mata serta sejuk mata memandang. Wanita, makin tertutup bertambah indah! Tulip bertambah kembang, serinya semakin kurang. Hingga ia kembang penuh, kecantikan aslinya hilang dan rupanya menyerabutkan. Begitu jugalah wanita yg membuka auratnya sedikit, bertambah kurang seri keimanannya. Makin terdedah auratnya, semakin hodoh dan menyerabutkan hati orang-orang yg beriman. Jika hamba Allah yg mukmin merasa serabut melihat penampilan kita, apatah lagi pandangan Allah dan RasulNya. Jika wanita merasa cantik sedangkan dia melanggar perintah Allah atau ambil separuh-separuh, kepala ditutup badan dibalut sehingga menampakkan bentuk badan… perasaan ‘syok sendiri’ yg mengundang dosa mazmumah itu harus dibuang.

Alternatifnya, kembalikan keyakinan bahawa yang cantik dan indah itu adalah selagi ianya indah pada pandangan Allah dan RasulNya. Meskipun dipandang hina serta tidak up-to-date oleh hamba yg fasik & munafik. Wanita beriman mengutamakan pandangan Allah mengatasi pandangan manusia. Kita mahu up-to-date dan moden menurut kacamata Islam agar di akhirat kelak kita mendapat syurga yg up-to-date dan moden juga, InsyaAllah. Bertaubat sebelum terlambat ciri hamba yg cerdik. Beristighfar jika masih tidak rasa apa-apa kerana mendedahkan aurat. Ia tanda hati yang sakit kerana tidak mampu mengesan kepahitan dosa. Penawarnya ialah memohon taufik dan hidayahNya seperti berkata: 

“Ya Allah lembutkanlah hatiku agar aku merasa sensitif dengan kemarahanMu…Ya Allah bimbinglah aku ke jalanMu, Berilah sedikit rasa cinta kepadaMu hingga aku mampu menurut langkah-langkah muslimah solehah yang dikasihiMu…Ya Allah, Peliharalah daku dari hasutan syaitan dan iblis yg mahu menjauhkan aku dariMu dan meramaikan teman mereka di neraka kelak, Ya Allah, Yang Maha Gagah Perkasa, Berilah kekuatan kepadaku untuk bermujahadah kembali kepadaMu, Ya Allah yang maha pengampun, Peliharalah daku dari kemurkaan dan azabMu, Aku terlalu lemah ya Allah, Aku hanya insan hina dan tidak berdaya menguasai hawa nafsuku kecuali mendapat pertolongan dariMu, serta menumpang kekuatanMu, Ya Allah yg maha penyayang, Engkau mengasihiku melebihi kedua ibubapaku, Maka ambillah daku yang hina dina ini ke dalam pelukan kasih sayangMu.Bimbinglah daku sehingga daku selamat kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau meredaiku.Aku terlalu kerdil Ya Allah, untuk menanggung azabMu yang pedih, Aku tidak berdaya ya Allah, Tanpa pertolongan dan kekuatan dariMu, Siapalah aku, Ya Allah, Pandanglah daku dgn kasih sayangMu dan ampunilah segala dosa-dosa ku, dulu, kini dan sehingga ke akhir hayatku.

Dan berikan peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.” [Az-Zaariyaat, 51:55].

*Peringatan untuk diri sendiri..

I love My Place..

Assalamualaikum,
Rajin bebenor sekarang ini update blog. Al-maklum takde kerja nak buat kan. Kali ini saja nak kongsi suasana di dalam bilik Asyik, walaupun kecil tapi masih boleh menenangkan hati bila tengok. Ini bilik kat rumah sewa. Walaupun bilik kecil tetaplah perlu dihias supaya penghuni seperti Asyik ini dapat tinggal dalam suasana yang tenang. Dahla tinggal betul-betul di kawasan yang kepadatannya sudah sedia maklum sesak. Mana lah nak cari suasana yang menenangkan. Asyik sangat suka bila di waktu pagi sebab boleh buka tingkap dengan luas-luas dan boleh tengok cactus comel Asyik. Dapat bela cactus pun jadilah sebab takde tempat dah nak bercucuk tanam kat flat nih. Untuk itu perlulah sangat mewujudkan suasana yang menyamankan supaya seronok bila nak balik ke rumah. Kalau tak rasa tak nak balik jea sebab takde benda yang best. haha. Kebanyakkan barang beli kat Ikea jea. Cactus pun beli kat Ikea. Nampak sangat selalu pergi Ikea. Walaupun sederhana tapi Asyik suka.



Friday, October 21, 2011

Yasmin Hani Telah Berkahwin..

Assalamualaikum,
Dengan sekali lafaz, pengantin Yasmin Hani Richardson dan Sha’arin Mohammed Razali Wong bergelar suami isteri setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi. Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa 7 dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. 7 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran. Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran. Tahniah diucapkan kepada Yasmin Hani dan pasangannya.




SOURCE: OHBULAN!

Wednesday, October 19, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN

Assalamualaikum,
Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..walaupun tidak dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu… 

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. 

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu...Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih2 lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. 

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. 

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. 

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. 

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek... 

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

p/s : Asyik tiap-tiap hari dapat ceramah free..Sebiji macam kat atas ni..Bertuah sangat..ha3

Events For October And November 2011!!


21-23 OCTOBER 2011
10AM - 10PM
Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur


22 OCTOBER 2011
11AM - 11.30PM
The Red Bungalow Gallery & Space
153 Jalan Ampang, Kuala Lumpur


28-30 OCTOBER 2011
10AM - 7PM
Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur


29 OCTOBER 2011
10AM - 6PM
Jaya One, Jalan Universiti, Petaling Jaya


29 OCTOBER 2011
12PM - 7PM
Annexe Gallery, Central Market


30 OCTOBER 2011
12PM - 7PM
The Old Blossom Box Store


5 NOVEMBER 2011
11AM - 5PM
Mist Club, Bangsar


5 NOVEMBER 2011
6PM - 1AM

Rasta@ttdi
Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

19 NOVEMBER 2011
12PM - 7PM
Rasta@ttdi
Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia


Senyum Dalam Duka (Another Digital Illustration For Me)..

Assalamualaikum,
Selamat hari rabu semua. Baru lepas makan tengahari pastu teringat nak buat entry untuk menghargai orang yang banyak membantu Asyik dalam perkembangan blog masa kini. Terutama sekali dalam penciptaan karakter untuk blog Asyik. Untuk kali yang keberapa Asyik pun tak tahula Giorgio Izas membuat satu lagi digital illustration untuk Asyik. Tapi kali ini nama yang diberi ialah 'Senyum Dalam Duka'. Melankolik sangat kan tajuknya. Banyak maksud yang tersirat di dalamnya. Walau apa pun Asyik memang menghargai sangat hasil karya yang dibuat. Terima Kasih banyak-banyak.



Karakter untuk blog Asyik

Potrait wajah Asyik menggunakan Charcoal.

Credit to Giorgio Izas..

Tuesday, October 18, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita.

Assalamualaikum,
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menumpang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

The Sixth Cuppacakes Show..

Assalamualaikum,
Last Saturday Asyik sebenarnya tak merancang pun nak kemana-mana tapi di atas desakan kawan Asyik yang teringin nak pergi Cuppacakes Show so Asyik pun setujulah untuk pergi. Asyik memang suka pergi event macam ni. Boleh hilangkan stress juga pergi tempat-tempat macam ini. Tengok something new yang warna warni, stylo-stylo people, makanan yang cantik dan sedap. Refresh minda masing-masing. Dapat jumpa orang yang banyak memberi inspirasi dalam berfesyen. FREE CUPCAKES yang sedap. And I love Wondermilk Cupcake!!



Photo Booth!!