Friday, December 2, 2011

Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan

Assalamualaikum,
Di hari Jumaat yang indah ini Asyik disini nak berkongsi serba sedikit ilmu yang diketahui oleh Asyik mengenai perbuatan yang mewarisi kepapaan. Kadang-kadang Asyik pun ada melakukannya juga. Selalu ditegur bila terbuat benda itu. Diharap selepas mengetahui hal ini kita dapat memperbaiki serba sedikit hal tersebut.

Berikut ialah Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan :-
  1. Mengerjakan dosa
  2. Melebihkan tidur
  3. Tidur bertelanjang
  4. Tidur selepas solat subuh
  5. Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
  6. Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
  7. Membakar kulit bawang(merah@putih) 
  8. Menyapu rumah pada malam hari
  9. Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
  10. Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
  11. Membasuh tangan dengan tanah
  12. Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
  13. Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
  14. Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
  15. Bersegera keluar dari masjid
  16. Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
  17. Tidak membasuh bekas makanan
  18. Memadam pelita dengan mulut
  19. Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
  20. Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
  21. Memakai serban ketika duduk
  22. Memakai seluar ketika berdiri
  23. Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
  24. Membuang kahak ketika qada hajat
  25. Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
  26. Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
  27. Duduk dibendul rumah
  28. Duduk diantara belahan pintu
  29. Berwudhu ditempat tidur
  30. Makan sesuatu ketika berjunub
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk disini http://www.jamaluddin.net/2011/06/perbuatan-yang-mewarisi-kepapaan.html

12 comments:

  1. salam kenal dari kami sekeluarga....

    wah... bagus infonye ni....

    ReplyDelete
  2. Kazman & Sue : salam kenal juga dr ASyik disini..
    thanks:)

    ReplyDelete
  3. wah.. very nice info . Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. vanillasnow: welcome vanillasnow:)
    thanks for coming here:)

    ReplyDelete
  5. wow, sis. byknya yang saya tak pernah tahu pun. thank you for sharing. hehe :)

    ReplyDelete
  6. Amierah Nabillah: hihi..Sis pun byk yg xtahu tu yg share kt sini..:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..syukran dah kongsikan article ini..semoga kita semua memperoleh manfaat darinya. InsyaAllahu Taala..AMIN

    ReplyDelete
  8. JAMALUDDIN ABU BAKAR : Alhamdulillah, terima kasih:)

    ReplyDelete
  9. Hurmmm... So, amacam..?... Dah amalkan Blum?... (~_^)

    ReplyDelete
  10. Giorgio Izas: bolehla..adala juga yg diamalkan..thanks tegur:)

    ReplyDelete
  11. bnyk jugaa eh.huu..jom pstikan tak buat bnda2 ni :)

    ReplyDelete