Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu Amazingggg!!

Assalamualaikum,
Finally Asyik dapat tengok Ombak Rindu! Asyik with adik kitaorang berdua berpakat nak pergi tengok wayang kat Sunway Carnival Mall, Penang. Kat situ lagi meriah dan best. Mula-mula target nak tengok pukul 2.10 petang tapi tengok-tengok tiket dan hampir habis, yang tinggal seat depan sekali so tak naklah. Mahu sakit leher dok depan kan. Pastu kitaorang ambil tiket pukul 4.35 petang. Itu pun seat dah hampir separuh penuh, kitaorang nasib baik dapat duduk kat tengah-tengah. 

Disebabkan lama sangat nak menunggu Ombak Rindu start so kitaorang jenjalan la dulu dalam Sunway itu. Pastu singgah makan Nasi Ayam kat foodcourt. Habis jea makan pusing-pusing lagi kat tempat yang sama. Dah naik muak pula rasanya. Takkan nak makan lagi kan. Singgah Mini Toons tengok apa yang patut, last2 beli tisu jea. Konon nak simpan untuk tengok wayang nantila. haha. Lastly dah penat pusing kitaorang singgah kat kedai CoolBlog beli air. Memang dari sekolah lagi Asyik suka beli air coolblog pastu mesti letak bubble kat dalam air tu. Alhamdulillah sejuk tekak lepas minum.

Masa untuk tengok movie!! Ombak Rindu was the best movie after Lagenda Budak Setan. Memang sangat menyentuh perasaan. Bab menangis itu tak payah cakapla, bukan Asyik sorang jea. Kebanyakan yang tengok mesti nangislah. Lelaki Asyik tak tahula pula tapi macam ada jea yang nangis. hihi. Untuk korang yang belum tengok silalah bergegas ke panggung wayang sekarang juga sebab tak rugi kalau tengok. Ada sesetengah orang yang cakap movie melayu ini tak mantap sangat tapi tidak pada movie ini ok. Movie ini sangat mantap. Lagu, pelakon, plot cerita, gambar boleh dikatakan semua best. Hasihhh macam nak pergi tengok lagilah Ombak Rindu tapi teringin nak pergi tengok dengan Mr. Giorgio Izas. Bolehla nak feeling-feeling lebih sikit. haha..Opsss tapi jauhla pula. huhu. Takpelah kalau tak boleh tengok sekali kat panggung wayang nanti kita tengokla kat ASTRO jea bila dan keluar ok. Ombak Rindu terbaik!!


With little sister. Tengok gaya kitaorang sama kan. Spontan tu, bila tengok dalam gambar baru perasan kitaorang buat gaya yang sama. haha..

Thank you for reading! Till the next entry.

10 comments:

  1. Wah,,nak tengok jugak!hari ni plan nak tengok,tp nak balik basuh kain la pulak :P

    ReplyDelete
  2. hidaya shamsudin: hihi..lpas hbs bsh bju terus pg..tp tiket knala beli dlu..:))

    ReplyDelete
  3. Adusss... Crite Cedey ke?... Xnak la tengok... Hi3... Nanti Touchin' Lebih.... Ha3... (~_^)

    ReplyDelete
  4. hamboii ramai betul yg bg preview cerita ni best...
    tahan tahan...tunggu dvd keluar...


    blog fashion mama dh pupus dh...hehe mama ganti dgn blog harian jek...takut kamu terkejut tgk blog tu dh bertukar ruper...

    ReplyDelete
  5. Mama Gee : hihi..sbb citer ni serius best..Mama Gee jgn terlepas utk tgk tau..

    owh pttla dh xde, sblm ni ada juga klik tp tgk dh xde..huhu..pastu baru2 ni ternampak nama Mama Gee kt dlm dashboard list..tu yg tengok..:)

    ReplyDelete
  6. serius ke best... confirm nak tengok.. :)

    ReplyDelete
  7. Giorgio Izas : a'ah citer sedih..xpe touchin' pn dlm gelap xnmpk sgt..yg pasti semua dlm wayang tu touchin'..haha

    ReplyDelete
  8. Wawa Tasliman: serius babe, xtipu..pgla tgk..:))

    ReplyDelete