Sunday, December 18, 2011

IELST Selesai Sudah!!

Assalamualaikum,
Sebelum ini Asyik ada cerita tentang IELST kan jadi entry kali ini Asyik nak post cerita pada hari Asyik ambil exam tersebut. Pada 16 hb 12 bersamaan hari Jumaat Asyik punya speaking test bermula pukul 12.30 tengahari jadi Asyik bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 10.30 kot. Tak nak nanti terlewat dan terlalu gelabah nak ambil test. Sampai jea kat tempat yang ditetapkan iaitu di Cititel Hotel, Penang Asyik pun mendaftar dan tak sampai 10 minit nama Asyik terus di panggil untuk speaking test. Maknanya belum tepat pukul 12.30 tengahari Asyik dah ambil test itu. Memang gelisah tak payah cakapla kan. 

Speaking test ada 3 bahagian. Bahagian pertama yang akan ditanya ialah tentang diri kita. Bahagian kedua kita akan diberi topic untuk diperbincangkan. Topic yang Asyik dapat ialah Bencana Alam yang sekarang ini sering berlaku di negara kita ataupun di tempat lain. Bahagian kedua kita diberi masa 1 minit untuk membuat persediaan sebelum diberi masa untuk menjelaskan ataupun menerangkan pengalaman kita tentang bencana alam yang berlaku di kampung kita baru-baru ini. Untuk bahagian ketiga pula pemeriksa akan menanyakan beberapa soalan yang berkaitan tentang topic yang diberi. Masa ini la kita akan diuji kebolehan kita dalam berkomunikasi. Memang kadang-kadang itu tak sempat nak fikir apa yang nak dijawab sebabnya soalan yang diberi kadang-kadang tak pernah terfikir difikiran kita. Tapi Asyik harap sangat jawapan dan cara Asyik berkomunikasi memuaskan hati pemeriksa.

Lepas habis speaking test sempat lagi jalan-jalan and shopping!!

Ini kat depan Komtar Walk.

Untuk hari kedua pula pada 17 hb 12. Asyik turut ditemani oleh ibu tersayang. Kali ini lagi awal Asyik bertolah dari rumah sebabnya peperiksaan tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi. Hari ini Asyik akan mengambil Listening, Reading dan juga Writing bertempat ditempat yang sama seperti semalam. Kali ini Asyik dapat berjumpa dengan candidate yang lain. Agak ramai jugala yang mengambil exam ini. Kebanyakannya memang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, banyak betul prosedur yang perlu dipatuhi. Yealah takut kita menipu dalam peperiksaan. Yang paling best sebelum masuk kena buat body check, dah macam nak naik flight. Bagi Asyik reading test yang paling sukar sikit sebab banyak masa yang diperlukan kat situ untuk membaca dan mencari jawapan. Tapi alhamdulillah semuanya Asyik dapat jawap walaupun ada sesetengah jawapan itu tak bape nak yakin sangat. hihi. Harap-harap dapat score yang tinggi.

Thank you mak sebab temankan.

Kat depan Cititel Hotel.

Tengok ini dah sampai kat Komtar.
Bye dah habis, nak balik dah..hihi

6 comments:

  1. Alhamdulillah... Settle sudah... So, After this.. Slalu-slalulah berdoa supaya para pemeriksa tu jadi murah hati dan bagi markah yg tinggi yea... (~_^) Semoga Smua yg Ambik Test tersebut Lulus dengan JAYA nye... InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  2. Giorgio Izas: Terima kasih sayang..harap semua berjaya dengan cemerlang..:)

    ReplyDelete
  3. wah2...

    ambik IELTS mau pigi mana..?

    smbung postgrad...?

    ReplyDelete
  4. missSenget: mau dptkn sponsor utk belajar dan utk dptkn kerja..study kt mana tu blm pasti lg sbb nk hbskn master dulu kt Malaysia..hihi

    ReplyDelete
  5. Good luck! InsyaAllah segala usaha pasti berhasil.. :)

    ReplyDelete