Monday, December 12, 2011

Day Out - Queensbay Mall, Gurney Plaza & Puncak Mutiara (10-12-11)

Assalamualaikum,
Jumpa lagi korang. Asyik bersyukur sangat masih sempat update blog walaupun kadang-kadang terikat dengan kesibukkan. Dalam masa satu hari Asyik pusing Penang dari Queensbay Mall kemudian ke Gurney Plaza and lastly sebelum balik singgah makan kat Puncak Mutiara Cafe. Pergi sebenarnya nak pergi cari kasut untuk si budak kecik itu. Mula-mula ke Queenbay  Mall tapi warna yang dicari tak ada jadi lepas puas jalan-jalan kat Queensbay dan dah dapat goodie bag free dari Forever 21 baru kitaorang bergerak ke Gurney Plaza pula. 

   

Kat sana lastly jumpa juga kasut yang di kehendaki dari VINCCI. Sebelum itu kitaorang terserempak dengan Abang Naz pengacara The Breakfast Show NTV7 dengan isterinya. Seriously sangat sweet pasangan ini. Maybe datang bercuti kot memandangkan isterinya sedang mengandung boleh menenangkan fikiran kat Penang ini. Pastu selesai semua kitaorang pusing-pusing lagi dan ternampak satu cafe yang sangat unik iaitu Clinic Cafe. Clinic Cafe ini suasananya macam didalam hospital, memang sama sangat sebab siap ada bahagian yang dinamakan surgery room. Korang boleh cuba kalau datang ke Gurney Plaza.

 

Koleksi Hello Kitty yang terdapat di Gurney Plaza.

Selesai semua kitaorang terus balik dan bergerak ke Puncak Mutiara Cafe untuk makan malam. Tempat ini agak dalam sikit dan susah nak cari kalau tak pernah datang. Tapi korang akan berpuas hati kalau pergi sebabnya tempat ini menyediakan makanan yang memang fresh terus dari ladang yang terletak di kawasan berhampiran. Memang diaorang membela haiwan-haiwan berkenaan untuk dijadikan makanan di cafe tersebut. Contohnya macam kambing, ayam, itik, udang, ketam dan macam-macam lagilah. Serious memang fresh. Sesuai untuk buat tempahan jamuan atau meraikan apa-apa majlis kerana tempatnya yang cantik dan romantik tau. Boleh check pada link yang Asyik sediakan. Masa makan itu terjadinya kejadian Gerhana Bulan. Tiada apa-apa untuk dikatakan kerana keindahan ciptaan Allah S.W.T memang tiada tandingannya. Alhamdulillah kenyang sangat. Terima kasih sebab sudi membaca celoteh Asyik disini. Jumpa lagi. 
    

4 comments:

  1. amboi..sakan yer berdating..hehe

    ReplyDelete
  2. Mizz ErMa: hye erma..dating dgn family jea:))

    ReplyDelete
  3. omg QB! rindu :') dulu masa bella belajar kat kepala batas, mesti g kalau ada cuti :P

    ReplyDelete
  4. Amierah Nabillah: hihi..jom2 kita pg lg..:))

    ReplyDelete