Thursday, December 29, 2011

Day Out : Pesta Pulau Pinang

Assalamualaikum,
Siapa kat sini orang Penang mesti pernah dengar atau tahu tentang Pesta Pulau Pinang yang diadakan setiap hujung tahun atau lebih tepat setiap kali cuti sekolah pada hujung tahun. Asyik dah lama sebenarnya tak pergi tempat ini. Tapi tahun ini alhamdulillah bolehlah pergi kejap. Itu pun sebab adik lelaki Asyik yang beria sangat nak pergi. Jadi dah dia yang ajak dialah belanja. Di pesta penang ini yang pasti ada ialah tempat makanan yang bolehla tahan, yang popular karpet, tudung, baju dan yang paling best ada tempat macam fun fair tu tapi ini yang besar punya..Yea kot besar. haha. Asyik naik satu jea iaitu Pusing-pusing Roller Coaster. haha. sorry tak ingat nama dia apa. Tapi itu jea yang paling berani nak naik sebab yang lain agak seram sejuk nak naik, takut luruh jantung. Pastu kitaorang pergi main tembak-tembak untuk dapatkan bear yang besar tapi satu pun tak dapat!! Takpe bukan Asyik yang bayar. haha. Pastu siap ada Silverman lagi. Satu lagi aktiviti yang best bergambar dengan haiwan exotic. Itu bukan Asyik yang nak. Terpaksa dan dipaksa bergambar. Serius Asyik sangat takut dengan pape saja jenis haiwan dan maaf memang takkan sentuh sama sekali kecuali yang boleh dimakan dan mempunyai cangkerang yang keras untuk disentuh. Sempat shopping sikit lepas itu kitaorang pergi makan kat Gurney Drive. Nak makan laksa Penang tapi sebab dah lewat kedai pun dah tutup. So makan jeala Char Koey Teow.

Ewwww...geli..Asyik dok hujung dan tak nak sentuh pun sebab masa itu dah rasa seram sejuk kot.

Tomey tak adik saya ini..haha

Shopping dan survey murah ke tak barang kat sini.


Ini mak saya yang cantik. Bersinar-sinar gitu. Kat pesta ini ada tempat yang dinamakan Taman Mini  yang menyerupai seperti I-City tapi tempatnya kecil jeala nama pun mini kan. Mesti korang bosan baca Asyik membebel kan. haha. Takpe kita stop kat sini jumpa kat entry lain dengan cerita lain plak. Bye.

2 comments:

  1. sweett muka mak awak

    cantik!! kirim salam aunty

    ReplyDelete
  2. BisMi Aishah : Thank you Aishah..
    InsyaAllah:)

    ReplyDelete