Saturday, December 31, 2011

Balik Kampung Hurayyy!!

Assalamualaikum,
Selamat hari minggu selamat menjalani kehidupan yang lebih baik pada tahun yang akan datang. Al-maklumlah kita dah semakin menghampiri tahun 2012. Semoga tahun 2012 memberi banyak makna dalam kehidupan kita. Dan semoga kita menjadi manusia yang lebih bersyukur dan meghargai alam semulajadi kita yang telah dianugerahkan Allah S.W.T.

Baru-baru ini Asyik berkesempatan untuk pulang ke kampung setelah hampir berbulan-bulan tak sempat nak balik jenguk tok tersayang di kampung. Bukan tak nak balik tapi banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan berlaku. Maaf yea tok. Bila dah ada peluang untuk balik memang sangat seronok. Tambahan pula sekarang musim durian, rambutan, langsat dan macam-macam jenis buah lagi ada. Tapi Asyik paling Asyik suka makan ialah buah durian. Sampaikan sebelum tidur pun boleh melantak durian lagi. 

Di kesempatan itu juga sempatlah Asyik dan adik pusing-pusing kampung. Saja nak ambil feel dok kat kampung. Dulu rajin pergi mandi sungai tapi sekarang dah tak berani sebab takut ada benda yang tak elok berlaku. Contohnya takut ada haiwan liar seperti ular berkeliaran kat sungai itu. Biasalah rumah tok Asyik ini dalam sikit dan penuh dengan bukit-bukau. Tapi kalau nak mandi waktu pagi kat rumah tok atau bila-bila jea memang akan fikir banyak kali sebabnya sejuk giler. Mahu mengigil badan. Rasa macam mandi dengan ais batu. Tapi best, sekali cuba pasti nak lagi. haha. 

Di samping itu, sempat juga ambil atau kait buah rambutan dengan tangan sendiri tapi Asyik tak buat pun, mak dengan adik jea yang buat. Diaorang siap pergi ambil kat kebun lagi. Macam-macam jenis buah ada, siap dengan ulam-ulaman. Yang paling penting petai mesti ada. haha. Itu memang wajiblah ada kalau kat kampung. Memang best dok kat kampung dan kita boleh berjimat ok. Mana taknya nak makan pergi jea kat kebun segala macam benda ada. Segar lagi. Alhamdulillah seronok sangat. InsyaAllah tak sabar nak balik kampung lagi jumpa tok tersayang yang comel.


Bunga ini tok yang tanam.

Barang-barang lama ini.





Di depan pokok pisang belakang rumah tok.

6 comments:

  1. macam mana pon kampung jugak yang best !! nk pulak skrg ada musim durian.btw..suka shawl awak :)

    ReplyDelete
  2. Liza Razak: yup mmg kat kampung sgt best..durian yg membuatkn seronok nk balik kmpg..haha..Thanks dear:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum / selamat sejahtera
    Terima kasih sebab sudi follow blog AWIEOMAR
    dan sudah tentunya saya dah follow blog
    saudari yang amat menarik perhatian ini.
    Ada tak baca entri yang saya post di bawah ni?
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html
    Niat sebenarnya nak pelawa saudari
    untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta.
    Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen
    entri kamu di sini (saya akan tengok balik)
    atau komen saja di blog saya.
    Jika tak nak pun takpe. Maklumkan macam tadi jugak.
    Atau kalau tak nak maklum balas pun tak
    mengapa - saya anggap kamu tidak mahu menyertainya
    selepas dua hari mesej ini di kirim.
    Anyway, terima kasih kerana habiskan baca.
    Saya akan tunggu keputusan anda. PEACE.

    ReplyDelete
  4. yana lyana: Happy New Year Lyana:)

    ReplyDelete
  5. Awie Omar : Waalaikumslm, Saya sgt sudi untuk turut serta..Terima kasih sebab invite saya.:)

    ReplyDelete