Friday, December 30, 2011

Ultimate Chessy 7 Pizza!!

Assalamualaikum,
Kali ini kisah pasal mengemukkan diri kat Pizza Hut. Kalau orang belanja mestila best dan kenyang tahap melampau sampai rasa nak tidur dan berkampung kat dalam kedai itu juga. Nasib baik boleh bersabar dan boleh berjalan lagi. Bakal adik ipar belanja masa dia datang ke Penang. Layan gilerlah makan kat piza. Tambahan pula memang favourite Asyik kalau bab-bab Cheese. Kitaorang order Ultimate Chessy 7 Pizza. Adalah sampingan yang lain seperti spaghetti, salad, dessert dan garlic bread. Makan untuk 5 orang. Itu pun dah berlebihan sampai kena tapau bawa balik. Habis makan pergi shopping lagi. Mak dapat heels baru dari bakal menantu dia. Jealous. haha. Asyik belikan mak beg tangan baru. Nak juga sebut kan kat sini. Takpe bukan selalu shopping untuk mak. Terima kasih mak sebab sanggup menjadi mak Asyik yang selalu buat perangai hodoh ini. hihi. Tak lupa juga pada yang belanja, terima kasih banyak-banyak yea.


Sebahagian dari keluarga Asyik dan bakal adik ipar.

Mak comel saya dan adik cool saya.

Dessert and Salad.

Ultimate Chessy 7 Pizza makan sampai nak muntah!!

*Maaf gambar banyak yang buruk sebab tangkap guna hp murah. haha.

No comments:

Post a Comment