Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru Islam - 1 Muharram 1433 Hijrah ( 27 November 2011 )

Share Entry from Giorgio Izas ..
Assalamualaikum...
Hari ini 26 November 2011, adalah hari terakhir mengikut Kalendar tahun Islam iaitu bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka keesokan harinya bermulalah hari yang baru dan tahun yang baru mengikut kalendar Islam iaitu 1 Muharram 1433 Hijrah. Mengikut amalan di dalam agama Islam, kita disunatkan untuk melakukan beberapa perkara iaitu:

1. Melakukan Ibadat Puasa dalam Bulan Muharram.
2. Banyakkan amal Ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa pada akhir tahun, pada hari terakhir dalam bulan Zulhijjah selepas Solat Asar sebanyak 3x.
4.Berdoa pada Awal tahun, 1 Muhharam selepas Solat Maghrib sebanyak 3x.

DOA AKHIR TAHUN

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

DOA AWAL TAHUN 

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Share Entry from Giorgio Izas ..

4 comments:

  1. Insya-Allah moga kte sme2 dapat tingktkn amalan d bulan Muharam~ =)

    ReplyDelete
  2. Semoga Tahun Baru ini kita mulakan dengan Azam yang lebih baik dan Diberkati-Nya... InsyaALLAH... (~_^)

    ReplyDelete