Saturday, November 5, 2011

Shihlin Taiwan Street Snacks

Assalamualaikum, 
Pada hari khamis yang lepas Asyik melepakkan diri kat Summit USJ. Lagipun nak bawa Cik Zira pergi Summit sebab dia tak pernah lagi jejakkan kaki kat dalam Summit tuh. Sebenarnya Asyik menemankan Cik Zira ni nak pergi salon. Mula-mula kitaorang mencari juga tempat nak buat facial tapi entah macam mana Cik Zira nak buat rambut pula. So Asyik bawalah ke kedai yang selalu Asyik pergi kat Summit untuk buat rambut. Seperti biasa Asyik kalau datang sini mesti potong rambut, ditambah pula Cik Zira yang nak belanja lagilah suka. Terima kasih banyak-banyak Cik Zira. Siap jea kat salon rambut kitaorang gerak nak cari tempat makan pula. Mula-mula nak cari Pizza Hut tapi macam tak nampak kat mana so kitaorang singgah jea kat Shihlin Taiwan Street Snacks. Ini salah satu tempat kegemaran Asyik untuk makan. 

Menu-menu yang disediakan memang best!!

Handmade Oyster Mee Sua makanan kegemaran Asyik bila datang sini.. Selalu datang sini dengan saudara Giorgio Izas yang tersayang..:)


Di minum pula bersama dengan air soya memang sangat mengenyangkan. Pastu kitaorang cuba resepi terbaru iaitu Sotong Goreng. Dia punya sotong besar giler sampai nak telan pun kena potong betul-betul kecik baru boleh telan. Kalau tak pakai terlekat lah anda bila makan. Tapi memang sedap. Esok kita akan menyambut Hari Raya jadi Asyik nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua yang menyambutnya. Yang mana balik kampung tu please drive elok-elok ok. Bye..

2 comments:

  1. Sedap sgt... Asyik slalu ke sane ngan sape yea? Dah jarang Asyik mentioned kn Individu tersebut...

    ReplyDelete
  2. Giorgio Izas: alolo..kecik hati pula dia..:)
    mestilah dgn saudara giorgio izas yg tersyg..:)

    ReplyDelete