Friday, November 11, 2011

11.11.11 Big day for my friend..

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Asyik sangat happy today sebab kawan Asyik akan menamatkan zaman bujangnya pada hari ini. Pada tarikh 11.11.11 dia selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya. Dulu ingatkan Asyik yang akan kahwin tarikh ini tapi belum sampai masanya. Dulu kitaorang siap berebut-rebut nak buat pada tarikh ini tapi lastly dimenangi oleh Puan Fasihah yang telah selamat menjadi isteri orang.

Kitaorang yang terlebih excited sebenarnya sebab pengantin berinai kitaorang bersungguh juga pakai inai. haha. Tapi sebenarnya ia sangat menyeronokkan bila ramai-ramai berkumpul dan melakukan aktiviti macam ini. Walaupun masing-masing sibuk dengan hal masing-masing tapi kerana majlis macam ini semuanya dapat berkumpul sama-sama. Semua sibuk fitting baju, mencari baju yang sesuai, cari hadiah dan macam-macam lagilah.

Semangat kan berinai!! Ini bukan tangan Asyik. Ini tangan Cik Nana Comel..:)

Kenduri kahwin pada sabtu ini tapi akad nikah nya pada 11.11.11 bersamaan dengan hari Jumaat. Semoga dengan hari Jumaat penghulu segala hari memberi lebih keberkatan pada mereka berdua dalam hidup berumah tangga. Tahniah diucapkan kepada Fasihah dan Farhan. Kitaorang panggil dia baby. Tengok-tengok baby kahwin dulu dari kakak-kakak. haha. Cepat-cepat dapat 'baby', bertambah meriahla nanti.

ELLE, BABY, IERA, NANA, ME

Kwn baby, NANA, IERA, BABY, ME
Ini gambar sewaktu Baby bertunang. Lagi sorang yang nama Elle tu tak datang sebab dia pergi bercuti kat mana ntah. Kerja melancong jea budak tu..

Asyik menyibuk jea kat atas tu..Saja nak merasa..haha.

Tahniah Baby..Yang lelaki sebelah itu Asyik punya..Not Available..hihi..
Cepatla Giorgio Izas!!

Nanti Asyik citer pasal kenduri kahwin pula ok..Bye..:)

6 comments:

  1. sabo2..incik giorgio tgh mengumpul duit tu...heheee

    ReplyDelete
  2. laskar pelangi: memang sgt2 best:)

    ReplyDelete
  3. Mama Gee: hihi..setia menunggu kt sini mama Gee:)

    ReplyDelete
  4. turn asyik bila pulak?

    nanti antar posto depan rumah ye!

    ReplyDelete
  5. ain dzaya: InsyaAllah bila sampai masanya..hihi
    nanti mestilah bgtahu kt sini...nak posto kasi alamat..haha

    ReplyDelete