Friday, October 21, 2011

Yasmin Hani Telah Berkahwin..

Assalamualaikum,
Dengan sekali lafaz, pengantin Yasmin Hani Richardson dan Sha’arin Mohammed Razali Wong bergelar suami isteri setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi. Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa 7 dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. 7 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran. Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran. Tahniah diucapkan kepada Yasmin Hani dan pasangannya.




SOURCE: OHBULAN!

9 comments:

  1. Yasmin Hani baru kahwin ek?... Ingatkan Die dh Bini Org... ;)

    ReplyDelete
  2. Fikri: ha3..Artis biasalah, lgpun lelaki tuh mampu agaknya:)

    ReplyDelete
  3. Harga x berbaloi... Mahal sangat...

    ReplyDelete
  4. Giorgio Izas: Amboi..straight foward ok..hihi:)

    ReplyDelete
  5. Mmg Btol X berbaloi... Klu Pompuan tu Bertutup auratnye kn lagi sesuai ngan harga yg tinggi... ;)

    ReplyDelete
  6. yasmin hani ni sape ek ? hehe . tak penah dengar name die

    ReplyDelete
  7. gdsbnga : ha3..xpnh dgr..artis jea sbnrnya..

    ReplyDelete