Saturday, October 22, 2011

Wanita Ibarat Tulip.

Assalamualaikum,

Wanita ibarat tulip, semasa tertutup iaitu yg masih menguncup, kelihatan cantik dan kemas, begitu juga wanita yang berhijab sebagaimana tuntutan syarak, indah dipandang mata serta sejuk mata memandang. Wanita, makin tertutup bertambah indah! Tulip bertambah kembang, serinya semakin kurang. Hingga ia kembang penuh, kecantikan aslinya hilang dan rupanya menyerabutkan. Begitu jugalah wanita yg membuka auratnya sedikit, bertambah kurang seri keimanannya. Makin terdedah auratnya, semakin hodoh dan menyerabutkan hati orang-orang yg beriman. Jika hamba Allah yg mukmin merasa serabut melihat penampilan kita, apatah lagi pandangan Allah dan RasulNya. Jika wanita merasa cantik sedangkan dia melanggar perintah Allah atau ambil separuh-separuh, kepala ditutup badan dibalut sehingga menampakkan bentuk badan… perasaan ‘syok sendiri’ yg mengundang dosa mazmumah itu harus dibuang.

Alternatifnya, kembalikan keyakinan bahawa yang cantik dan indah itu adalah selagi ianya indah pada pandangan Allah dan RasulNya. Meskipun dipandang hina serta tidak up-to-date oleh hamba yg fasik & munafik. Wanita beriman mengutamakan pandangan Allah mengatasi pandangan manusia. Kita mahu up-to-date dan moden menurut kacamata Islam agar di akhirat kelak kita mendapat syurga yg up-to-date dan moden juga, InsyaAllah. Bertaubat sebelum terlambat ciri hamba yg cerdik. Beristighfar jika masih tidak rasa apa-apa kerana mendedahkan aurat. Ia tanda hati yang sakit kerana tidak mampu mengesan kepahitan dosa. Penawarnya ialah memohon taufik dan hidayahNya seperti berkata: 

“Ya Allah lembutkanlah hatiku agar aku merasa sensitif dengan kemarahanMu…Ya Allah bimbinglah aku ke jalanMu, Berilah sedikit rasa cinta kepadaMu hingga aku mampu menurut langkah-langkah muslimah solehah yang dikasihiMu…Ya Allah, Peliharalah daku dari hasutan syaitan dan iblis yg mahu menjauhkan aku dariMu dan meramaikan teman mereka di neraka kelak, Ya Allah, Yang Maha Gagah Perkasa, Berilah kekuatan kepadaku untuk bermujahadah kembali kepadaMu, Ya Allah yang maha pengampun, Peliharalah daku dari kemurkaan dan azabMu, Aku terlalu lemah ya Allah, Aku hanya insan hina dan tidak berdaya menguasai hawa nafsuku kecuali mendapat pertolongan dariMu, serta menumpang kekuatanMu, Ya Allah yg maha penyayang, Engkau mengasihiku melebihi kedua ibubapaku, Maka ambillah daku yang hina dina ini ke dalam pelukan kasih sayangMu.Bimbinglah daku sehingga daku selamat kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau meredaiku.Aku terlalu kerdil Ya Allah, untuk menanggung azabMu yang pedih, Aku tidak berdaya ya Allah, Tanpa pertolongan dan kekuatan dariMu, Siapalah aku, Ya Allah, Pandanglah daku dgn kasih sayangMu dan ampunilah segala dosa-dosa ku, dulu, kini dan sehingga ke akhir hayatku.

Dan berikan peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.” [Az-Zaariyaat, 51:55].

*Peringatan untuk diri sendiri..

12 comments:

  1. w0w! sungguh menyentuh kalbu .. i really like it !

    ReplyDelete
  2. nice entry...
    like it very much..!! :)

    ReplyDelete
  3. Semoga Dpt mengekalkan kecantikan dan kekemasan hidup sebagai seorang Muslimah sejati... ;) cantik D'hati, maka Cantik juga D'mata.... @-;--

    ReplyDelete