Tuesday, October 25, 2011

Unique Buburia!!

Assalamualaikum,
Untuk kali ini kita sembang-sembang mengenai makanan pula. Selalu pasal event, fesyen, islamic knowledge dan lifestyle. Kali ini Asyik nak cakap sikit mengenai kedai yang baru-baru ini Asyik singgah untuk makan tengahari if tak salah. Kedai itu namanya Buburia. If korang nak merasa pelbagai jenis bubur yang sangat enak seperti masakan mak-mak korang, bolehlah cuba kat Buburia ini. Sebabnya masakan dia memang confirm tak mengecewakan. Disamping itu Buburia juga menyediakan Asam Pedas yang sangat hot. Tapi sangat menyelerakan. Untuk pengetahuan korang Buburia ini pernah dikunjungi oleh rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Hebat kan? Dan yang membuatkan Buburia ini lebih istimewa, mereka juga menyediakan 'DRIVE THRU', dahsyat kan. Ingat Fast Food jea ada drive thru!! Buburia pun ada ok. Memang sangat mesra pelanggan. Buburia ini terletak di TAMAN PETALING JAYA UTAMA, 1/42 PETALING JAYA , SELANGOR.

Walaupun kedainya tak seperti kedai yang hebat-hebat tapi ia tetap mempunyai tarikan kerana tempatnya diperbuat daripada hasil tangan mereka sendiri rasanya. Keunikkan yang terdapat disini ialah kita dapat melihat perhiasan yang disediakan bersuasana seperti di kampung tapi tetap menarik.

Buburia mula beroperasi pada Feb. 2009. Mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dan mereka menjual beraneka Bubur Masakan Tradisional Melayu dengan menggunakan Dapur Arang (Home Made Porridge). Mula beroperasi dari jam 11.30 am - 7.00 pm setiap hari. Ditutup pada setiap Jumaat.

Bubur kegemaran Asyik ialah Bubur Pulut Hitam dan diminum bersama Air Sirap Selasih.

Jom 'DRIVE THRU'..

Jangan terkejut sebab korang boleh sms apa-apa saja komen untuk menambah kualiti di Buburia.
Sekarang Jom Makan!! Byee...:)

Picture credit to Ziratul Aqma..

9 comments:

  1. Hu3... Mesti Bestkan... Yang X Bestnye... Makan X Ajak pon... Ha3... ;)

    ReplyDelete
  2. canggih gila kedai dia,drive thru siap?haha

    ReplyDelete
  3. drive thru siap?canggih ah :D

    ReplyDelete
  4. Giorgio Izas: ha3..xpe nanti dtg sini kita g mkn k:)

    ReplyDelete
  5. Duk pj pon xtau ade kedai ni. Thx info.. Akan kucoba

    ReplyDelete
  6. art with azrasophie : you should try..:)

    ReplyDelete