Sunday, October 9, 2011

Motivasi Diri: Derhakakah Aku..?

COPY FROM GIORGIO IZAS UNTUK PEDOMAN SEMUA..

Assalamualaikum... Kali ini aku ingin berkongsi cerita berkenaan 'Derhaka'... Siapa yang derhaka?, derhaka pada siapa?.. Kebiasaannya kita seringkali mendengar cerita berkenaan isteri derhaka kepada suami, anak derhaka kepada ibubapa, tapi bukan itu yang ingin aku kongsikan. Ia adalah mengenai Ibubapa yang derhaka kepada anaknya... Bolehkah ia terjadi?. Jawapannya, BOLEH dan memang wujud dalam masyarakat kita sejak dari dulu lagi.

Kenapa isu sebegini yang aku nak kongsikan?. Ia adalah disebabkan masih wujud segelintir daripada ibubapa yang masih tidak tahu tanggungjawab mereka dan masih mengambil mudah dalam urusan keluarga dan urusan mendidik anak-anak. Dengan perkongsian cerita ini aku harap dapatlah ia dijadikan iktibar kepada ibubapa dan sesiapa sahaja kerana semuanya bakal bergelar ibu dan bapa... InsyaAllah...

Cerita ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab. Pada suatu hari, datang seorang lelaki menghadap Khalifah Umar bin Khattab. Kehadiran lelaki tersebut adalah kerana ingin membuat pengaduan berkenaan perilaku anaknya yang derhaka. Khalifah Umar mendengar setiap isi aduan tersebut dengan teliti dan kemudiannya beliau telah mengarahkan supaya lelaki tersebut membawa anaknya datang bersama.

Tidak beberapa lama kemudian tibalah lelaki tersebut bersama anaknya. Lantas, Khalifah Umar segera menasihati anak lelaki tersebut supaya tidak menderhaka kepada kedua-dua orang tuanya dan mengingatkan supaya sentiasa menjaga adab-adab sebagai seorang anak. Maka Si anak tadi tertunduk dan akur dengan nasihat itu. Tiba-tiba Si anak tersebut memandang wajah Khalifah Umar dan bertanya, "Tuan, bukankah sebagai seorang anak juga mempunyai hak-haknya terhadap bapanya? Maka dengan ringkas Khalifah Umar menjawab pertanyaan itu, "Ya, sudah tentu". Sekali lagi anak lelaki itu bertanya, "Apakah hak-hak tersebut Tuan?.

Khalifah Umar terus menjelaskan secara terperinci iaitu Hak Si bapa memilih siapa yang menjadi ibu kepada anak-anaknya, hak bapa memberikan nama-nama yang baik kepada anak-anaknya dan hak seterusnya adalah bapa perlulah mengajarkan Al-Quran kepada anak-anaknya. Mendengarkan penjelasan dari Khalifah Umar itu, Anak lelaki tersebut terus bersuara. "Tuan, sesungguhnya bapaku tidak pernah satu pun melaksanakan semua hak-hak tersebut. Ibuku adalah seorang hamba berkulit hitam dahulunya dan bertuankan seorang Majusi, aku pula dinamakan dengan nama "Ju Olan" iaitu sejenis kumbang biasa yang bewarna hitam dan akhir sekali dia tidak pernah langsung mengajarkanku membaca Al-Quran walau satu huruf pun."

Mendengarkan kata-kata anak kepada lelaki tersebut, dengan perasaan marah, Khalifah Umar menoleh tajam kepada lelaki tersebut seraya berkata, "Kamu telah datang dan mengadukan mengenai anakmu yang derhaka, Walhal kamulah yang sebenarnya derhaka kepada anakmu dahulu sehingga ia melakukan derhaka kepadamu kembali."

Begitulah Saidina Umar Al-Khattab meletakkan kesalahan tersebut kepada Si bapa kerana kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. Nabi Muhammad pernah berpesan bahawa Allah akan mengasihani Ibubapa yang menolong anak-anak mereka yang membuat kebaikan. Apa yang dapat kita simpulkan adalah, Ibubapa adalah sebagai satu 'Role Model' dalam mencorak keperibadian anak-anak. Dengan itu, jika Ibubapa cermerlang, InsyAllah, anak-anak mereka juga akan lebih cemerlang... Allahualam... Sekian, Terima Kasih...

SOURCE : GIORGIO IZAS

6 comments:

  1. ziratulaqma : hihi..ama sempat lg tuh:)

    ReplyDelete
  2. Ibubapa cemerlang pembentuk generasi gemilang... ;)

    ReplyDelete
  3. Giorgio Izas: sejahtera aman sentosa..hihi

    ReplyDelete
  4. bukan mudah nk jadi ibu bapa...ilmu, kesungguhan, kesabaran kena ada :)

    ReplyDelete
  5. Mama Gee: betul mama gee tp kita semua perlu berusaha untuk menjadi yg terbaik utk anak2 kita:)

    ReplyDelete