Saturday, October 22, 2011

Boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Assalamualaikum,
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. 

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. 

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. 

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Fikir-fikirkan lah..

12 comments:

  1. whoa..sedihnya..crita ni mengingatkan sy pd crita aku tak bodoh..smpai nangis2 tgk scene ayah dia rotan tgn ank dia tu..uhukk

    ReplyDelete
  2. uhuk..hope esok x jd kt anak2 kte

    ReplyDelete
  3. Miza LafvaLiSz :a'ah sedih kan..terharu sgt dpt anak mcm tuh..kesian dia..huhu..:(

    ReplyDelete
  4. sibuk keje sampai ank minta sedikit ms utk b'sama ayah. sobs... sobs...

    ReplyDelete
  5. Bapa perlu alert dgn tanggungjawab sbg seorg bapa, bkn sekadar bertanggungjawab kpd kerja di pejabat jea... ;)

    ReplyDelete
  6. ibnuismaini : sedih kan bila jd cm tuh..so kpd bapa2 or bkl bapa ingtla yea, luangkan masa dgn anak2..:)

    ReplyDelete
  7. salam kenal :)

    pernah penceramah btau kitorang kisah nie :(

    sebak giler dengar :(

    ReplyDelete
  8. YNA: salam kenal yna..yea ke..kisah nih mmg menyayat hati..:(

    ReplyDelete