Friday, October 7, 2011

Aurat: Terdedah & Tertutup

COPY FROM GIORGIO IZAS..

Assalamualaikum aku ucapkan sebagai pembuka bicara. Isu aurat selalu menjadi isu hangat dikalangan masyarakat Islam di mana-mana jua, tidak terlepas juga di negara kita yang tercinta ini 'Malaysia'. Bila Di sebut perkataan 'Aurat', perkara yang akan mula-mula terlintas difikiran kita adalah kaum hawa... Tapi kenapa?... Ianya kerana aurat wanita lebih banyak jika ingin dibandingkan dengan kaum Adam yang mana seperti kita ketahui ia hanya merangkumi bahagian pusat hingga ke lutut sahaja.

Isu aurat sering dipertikaikan dikalangan wanita-wanita moden... kenapa mahu menegakkan benang yang basah?. Sudah tersurat dan tersirat, semua umat Islam perlu menutup aurat kerana hukumnya WAJIB. Aku ingin tujukan isu ini khas buat kaum Hawa. Tak pernahkah terdetik dihati kecil saudari sekalian untuk menjadi Muslimah sejati?.. Muslimah sejati semasa didunia amat dcemburui oleh para bidadari dan diakhirat kelak para bidadari akan menjadi pengikutnya... Sungguh besar nikmatnya.

Di sini aku ingin berkongsi sebuah cerita yang sangat logik difikirkan dengan akal bagaimana isu aurat ini perlu dipatuhi dan diikuti. Cerita ni aku dengar dari kakak Aku dan aku bercerita balik dengan gaya cerita tersendiri, dan sumber aslinya aku tidak pasti dari mana asalnya.

Ia bermula disuatu hari di sebuah kedai makan. Sekitar jam 10pagi, ketika itu dua rakan sekerja sedang menikmati sarapan pagi bersama. Seorang darinya adalah wanita berbangsa cina dan seorang lagi adalah pemuda melayu Islam. Dalam masa mereka sedang menikmati sarapan tersebut, tiba-tiba wanita cina tersebut mengajukan soalan kepada Pemuda melayu. "Kenapa Lelaki Melayu akan memilih wanita yang menutup aurat sebagai Isteri?". Pemuda melayu tersebut tersenyum dan menghabiskan dulu suapan nasi lemak yang masih disudu. Dengan tenang Lelaki tersebut menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan gula-gula. Diletakkan gula-gula tersebut di atas meja makan. Wanita cina tersebut berasa pelik dengan situasi tersebut.

Selepas lelaki tersebut meneguk air teh, lantas dia mengambil 2 biji gula-gula. Satu dibuangkan pembalutnya dan satu lagi kekal masih berpembalut, lalu dibuang ke lantai kedua-duanya. "Saudari pilih gula-gula yang mana?", tanya lelaki tersebut. Wanita cina tersebut tanpa berfikir panjang terus mengambil gula-gula yang berpembalut. Lantas lelaki tersebut bertanyakan hal tersebut, "kenapa saudari ambil gula-gula yang berpembalut?". Dengan pantas dan begitu yakin wanita cina tersebut memberikan jawapan, "buat ape nak ambil yang sudah terdedah, mestilah kotor". Dengan tersenyum mesra lelaki itu menyatakan bahawa itulah jawapan untuk soalannya tadi. Wanita Cina tersebut terus tercengang dan sangat kagum dengan jawapan yang diberikan pemuda melayu itu.

Sudah terang lagi bersuluh, maka renung-renungkanlah dan jadikan ia sebagai panduan dalam hidup. Setiap hukum yang dijadikan Allah mempunyai sebab munasabah kerana Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Maka tidak perlulah kita mempertikaikan kekuasaan-Nya itu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada semua hamba-Nya.... Amin...

Entry ni copy from Giorgio Izas..Let's Check out another entry!!

10 comments:

  1. MARLIYANA MK: Welcome Marliyana:)

    ReplyDelete
  2. Fatin Farhana Binti Ramli : Memang sgt berguna dear:) semoga dpt dimanfaatkan:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Semoga semua dapat manfaat dari pengisian tersebut... ;)

    ReplyDelete
  4. ::ini belog saya . cinta hati saya::: welcome dear;)

    ReplyDelete