Wednesday, September 7, 2011

Penggunaan Kad Pengenalan..Berhati-hati!!

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Hari ini nak berkongsi pengalaman sikit berkenaan penggunaan kad pengenalan. Pernah fotostat kad pengenalan? Mestila pernah kan. Macam-macam jenis sistem atau kaedah yang memerlukan kad pengenalan. Kadang-kadang hampir kesemua urusan memerlukan kad pengenalan. Jadi kad pengenalan anda samada yang original ataupun fotostat perlulah anda jaga dengan berhati-hati. Jangan sesekali memberi kad pengenalan original atau fotostat kepada orang lain. Walaupun ahli keluarga sendiri. Ingat tu!!!

Sebabnya, kebanyakkan urusan sekarang ini diaorang dah tak peduli sangat kad pengenalan tu siapa yang punya janji diaorang dapat untung. Walaupun bukan tuan empunya kad pengenalan yang pergi buat urusan masih lagi diluluskan permintaannya. Contohnya yang paling mudah line telefon. Dengan mudah saja orang lain boleh menggunakan nama kita untuk kesenangan diaorang. Akhirnya nama kita yang di 'Black List' kan. Padahal kita sendiri pun tak tahu menahu hal ini. Tak pernah terfikir pun lagi nak pakai line untuk handphone. 

Ini cerita berdasarkan pengalaman Asyik sendiri. Buat masa sekarang ini Asyik memang dah kena 'Black List' untuk guna line CELCOM atau apa saja yang melibatkan bil CELCOM. Disebabkan RM600 yang telah digunakan oleh orang lain Asyik yang terpaksa menanggung akibatnya. Kesian kan. Moga Allah S.W.T membalasnya. Kepada syarikat-syarikat yang berkenaan silalah bertindak dengan sewajarnya jangan tahu nak untung saja. Ini dah kes aniaya. Jangan sesuka hati menggunakan nama orang lain untuk kepentingan sendiri. BE CAREFUL YEA SEMUA!!

12 comments:

  1. alamak! tetiba takut plak sbb dah banyak zwan potostat kad pengenalan n bagi kat sana sini.. HUHU

    MySuaraBlog: Syabas Malaysia!

    ReplyDelete
  2. betul la..sy pon dah terkena..nama dh kne black list..padahal x sy guna pon..dh buat report polis tp just report je la kn nama still black list..skarang nak buat urusan ape2 pon susah

    ReplyDelete
  3. ZWAN SABRI : Hati-hati yea ZWAN..If xde yg berniat jahat you bernasib baikla..;)

    ReplyDelete
  4. izma.: a'ah..kita senasib izma..report aje tp xde tindakan pun..nama kita still black list, sedih btul..:(

    ReplyDelete
  5. huhuhu siannya...
    kalau settlekan 600 tu leh clean balik kan nama
    tp sakit hati jek kan..kena bayar sesuatu yg bukan kita guna...iskk

    ReplyDelete
  6. Mama Gee : A'AH MMG LEH CLEAN TP KLU TERKENA LG PENATLA KN NK MEMBYR BNDA YG KITA XWAT PUN..HUHU..

    ReplyDelete
  7. pernah hilang kad pengenlan dulu..

    *folo ur blog

    ReplyDelete
  8. Sekamar Rindu: yea..kalau dh wat report xpelakan..just hati2..;)

    ReplyDelete