Friday, September 2, 2011

Eid Mubarak..

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya. Seronoknya semua. Setelah beberapa hari tidak berblogging, dengan rasminya hari ini Asyik memulakan entry pertama berkenaan hari raya aidilfitri kita. Dalam entry kali ini banyak gambar dari penceritaan. Kalau tengok gambar pun dah tahu apa ceritanya. Kebanyakan gambar berlaku di rumah Asyik dan juga di kampung nenek sebelah ibu di Perak. Semua orang berbaju raya dengan segak sekali. Hari raya pertama selepas solat hari raya Asyik dan keluarga bertolak ke kampung. Sampai di sana kami singgah di beberapa rumah kenalan adik dan mak. Kemudian bertolak ke rumah nenek. Berdekatan dengan rumah nenek terdapat beberapa rumah saudara maka kami pun singgah sambil beraya. Bab makanan tak payah cakap mestila banyak sangat. Pagi raya paling sedap untuk di makan ialah lemang bersama rendang ayam ataupun gulai daging. Lemang memang buat sendiri. Memang dah menjadi kebiasaan lemang hasil tangan dari paksu Asyik. Rumah saudara yang lain mesti akan buat laksa ataupun mihun sup. Dalam sekelip mata korang boleh jadi gemuk sebab makan banyak sangat. haha. Walau apa pun beraya di kampung memang seronok. Walaupun cuaca agak panas tapi sebab dapat bersama keluarga ia tidak akan menjadi penghalang untuk beraya sakan. Cepat betul masa berlalu, hari ini dah raya yang ke 4. Nak beraya lagila. Raya kan sebulan. hihi.

       
Adik ke-3 dan ke-4

        
Adik yang bongsu dan ibu tersayang..
1st Day Hari Raya..

       
2nd Day Hari Raya..

3rd Day Hari Raya..
Wearing Nikisa Closet Cardigan..

With our cousins





10 comments:

  1. al_hakim: mesti sakan sebab setahun sekali..bukan senang nak kumpul ramai2 cmni..:)

    ReplyDelete
  2. hidaya shamsudin :Selamat Hari Raya Hidaya:)

    ReplyDelete
  3. huuhu...mnew la gmbo kite xde pun ann....huhu.gt nk hndap die rupany die hndap kita dlu..ahahh

    ReplyDelete
  4. mIss ♡ AtuL: hihi..bkn xmau letak tp byk sgtla..hihi..nanti kakyu letak k..:)

    ReplyDelete
  5. happy Eid Mubarak..

    salam kenal :)

    http://prahmahitarayi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Happy Eid..Salam Kenal Juga..:) Thank you for visiting me:)

    ReplyDelete
  7. kem salam adik bongsu.. hehe selamat ari raya kak ^_^

    ReplyDelete
  8. amranaiman: amboi adik bongsu jea ke..InsyaAllah dik..:p

    ReplyDelete