Wednesday, September 7, 2011

Berhati-hati dengan manusia mulut manis..Manisnya!!!!

Assalamualaikum,
Manisnya gula-gula ini. Sedapnya. Kalau gula-gula manis takpe tapi kalau mulut manis lain sikit bunyinya. Kalau rasa manis sebab makanan takde masalah. Ini manis kerana kata-kata yang boleh menyebabkan ramai orang yang tertipu. Kalau mulut manis dan tingkah laku pun manis alangkah bahagianya orang di sisi tapi ini tidak mulut saja manis tapi kelakuannya Indah Khabar Dari Rupa. Tak baikla macam itu. Kesian orang sekeliling selalu dimanis-maniskan dengan mulutnya. Tak usahla nak bermanis sangat lama-lama orang tahu juga. Faham-faham la sendiri. Selain itu jauhilah syak wasangka. Janganlah anda menuduh orang lain tanpa bertanya kepadanya terlebih dahulu apa yang sedang berlaku. Satu hal lagi jangan suka mendengar atau percaya pada khabar angin. Hidup di dunia ini sementara saja. Selagi boleh berbuat baik teruskanlah. Kalau yang jahat itu cepat-cepatlah dielakkan. Allah S.W.T mengetahui segala-galanya. 

Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah al-Hujurat 48:12)
Dalam satu hadith sahih Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim. Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.


Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu." Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain," Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang menutupi kesalahan orang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat".

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim:
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.

4 comments:

  1. manis nye gula2 itu tapi sayang nye org itu tidak manis . HAHA .ye saya setuju dgn kata2 anda diatas . saya suka cara anda . go baby go . :-)

    ReplyDelete
  2. Miss Shana Pepatung..T_T: like too;)

    ReplyDelete