Saturday, August 27, 2011

MERDEKA JIWA, MERDEKA TUTUR BICARA


Assalamualaikum,
Setelah menjamah makanan untuk berbuka puasa tergerak hati untuk menulis serba sedikit tentang hari kemerdekaan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Anda sudah merdeka kah? Apa istilah merdeka bagi anda atau merdeka ini sekadar bebas dari tangan penjajah. Tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-54 tahun. Dalam kesibukan harian yang mengejar kita dan memaksa kita untuk menerima segala arus permodenan sudahkah anda merdeka tutur bicara. Maksudnya di sini adakah anda seorang yang berbudi bicara atau beradab sopan apabila berkata-kata.

Tidak kiralah dari mana asal usul kita samada dari Penang, Kedah, Kelantan, Johor, Perak ataupun satu Malaysia sekalipun. Tetapi adakah anda sedar bahawa setiap bait bicara anda masih belum berubah atau masih belum merdeka. Bagi saya kita sebagai orang yang lebih muda sepatutnya kita haruslah lebih menghormati orang yang lebih tua walaupun kadang-kadang orang yang lebih tua dari kita masih belum merdeka tutur bicaranya. Dengan kelembutan yang kita keluarkan dari mulut kita sudah pasti suatu hari nanti beliau akan sedar betapa hina dirinya sendiri ataupun beliau sendiri akan merasa malu dengan sikapnya sendiri. Memang kadang-kadang kita akan merasa marah dengan mereka yang bersikap kurang ajar tetapi janganlah kita mengajar mereka cara yang kurang sopan. Sekiranya anda masih belum dapat menegurnya, lebih baik anda berdiam diri dan berdoalah semoga beliau akan berubah.

Janganlah kita sesekali merasa bangga dengan status ataupun taraf hidup kita kerana dalam sekelip mata Allah S.W.T boleh mengambilnya. Bersyukur dan beradab sopanlah supaya anda lebih diberkati oleh-Nya. Kadang-kadang saya berasa malu untuk bersembang dengan orang yang bercakap terlalu kuat, yang langsung tidak mempedulikan orang lain yang berada di sekelilingnya. Ingatlah bahawa apa yang anda suarakan dan lontarkan menunjukkan sikap dan tingkah laku anda. Sebagai seorang wanita saya rasa kita tidak perlu menjerit atau meninggikan suara apabila berbicara dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga anda. Gunalah suara yang boleh didengar oleh rakan yang sedang anda bercakap sahaja. Tidak perlulah orang disekeliling anda mendengarnya juga. Tidakkah malu orang lain mendengar bual bicara anda tambahan lagi sekiranya anda sedang mengata orang lain. Tabiat mengata orang ini juga sesuatu yang sangat-sangat tidak baik. Tersilap kata boleh menjadi fitnah.

Sempena hari kemerdekaan yang ke-54 dan bulan Ramadhan yang bakal berakhir ini, marilah kita berubah sikap dan berubah cara percakapan kita agar lebih sopan dan manis apabila didengar. Sejauh mana sekalipun kita pergi atau mengembara ingatlah budi bicara amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hilanglah identiti Malaysia sekiranya tiada kesopanan dalam berbicara. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga semuanya disambut dengan tawa hilai gembira dan penuh kesyukuran.

10 comments:

  1. amin utk semua doa! selamat hari raye!:)
    informasi bernas!

    ReplyDelete
  2. ♥tiehanurfatiha♥◕ ‿‿ ◕♥: thank you tieha..:)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya ! nak duitt raya!

    ReplyDelete
  4. idzanfashila : Selamat Hari Raya Dear:)

    ReplyDelete
  5. ATIKAH WAN :) : Selamat Hari Raya..Duit raya minta kat mak..haha..

    ReplyDelete
  6. assalam..ini dia penawar pesakit SLE..
    http://rafaliah.blogspot.com/2011/08/vivix-penawar-kepada-pesakit-sle.html

    sharing is caring..:-)

    ReplyDelete
  7. rafaliah: thank you for ur info:)

    ReplyDelete
  8. : : sang drama king : : : Selamat Hari Raya..duit raya kena dtg rumah dlu..haha..besar2 xde duit raya..:p

    ReplyDelete