Friday, August 19, 2011

Check Up and Check In Terus..

Assalamualaikum and Good Morning..
Selamat hari Jumaat, semoga hari ini kita semua diberkati dan diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya..Sudah 3 hari 2 malam Asyik menemani mak Asyik di hospital..Disebabkan kesihatan yang tidak menentu maka terpaksa dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya. Sebelum dimasukkan ke hospital Mak Asyik sebenarnya datang untuk buat check up seperti biasa tapi kerana tahap kesihatan yang kurang baik maka mak Asyik terpaksa dimasukkan ke wad di KPJ Specialist Bandar Perda, Penang. Tahap kesihatan mak Asyik memang kurang baik tambahan pula bila bulan puasa, gastrik makin menjadi-jadi dan memang tak boleh puasa buat masa sekarang. Bila buat pemeriksaan, perut mak Asyik luka-luka seperti ulser. Sebab itula pedih sangat didalam perut ditambah pula dengan sakit kepala. Yang paling merisaukan ialah injap mak Asyik sebab sebelum ini pernah buat pembedahan memasukkan belon ke dalam jantung supaya injap dapat berfungsi dengan baik, jadi takut apa-apa yang teruk terjadi lebih baik dimasukkan ke hospital dengan segera. Buat masa sekarang memang keadaan mak Asyik belum pulih sepenuhnya, masih sakit perut dan pening. Keadaan jantung setakat ini dalam keadaan baik. Semoga semuanya baik-baik belaka. Hari ini tukar turn adik Asyik pula jaga Mak kat hospital. Di hari Jumaat yang indah ini Asyik doakan semoga mak Asyik cepat sembuh dan tak sabar nak beraya bersama. Amin...

-1st day check up     -2nd day kat hospital

View dari luar tingkap bilik hospital..:)

Cepat sembuh yea mak sayang..

Menunggu untuk check up..

12 comments:

  1. nur farahin binti sulaiman: thank you dear:)

    ReplyDelete
  2. harap mak awak cepat semboh...

    member :1277

    ReplyDelete
  3. ainaa.syafiqah27: thank you dear..hope sgt2..:)

    ReplyDelete
  4. hope Mak-nya kak asyik get well soon yaa... keep cheer her up ya, Kak! :)

    and thank you for following me back, kak Asyik.. xx

    ReplyDelete
  5. civil kawan(kure2): thank you sgt2..:)

    ReplyDelete
  6. ichabeldarmawan : thank you icha..;) really appreciate that;)

    ReplyDelete
  7. same2.. melawat anda.. mak mcm mane??

    ReplyDelete
  8. civil kawan(kure2) : Alhamdulillah semakin sembuh..;) InsyaAllh esk dh boleh keluar;) tme ksh;)

    ReplyDelete