Thursday, August 11, 2011

Baju Raya Yang Super Hot..

Assalamualaikum,
Raya semakin hampir, persiapan masih belum siap tapi jangan lupa cukupkan ibadah nya. Jangan pula kita membazir dengan membeli barang yang tidak sepatutnya tapi biarlah berpada-pada dan ingatlah pada yang kurang mampu. Kalau boleh bersedekah lah pada yang mampu. Sedih pula memikirkan anak-anak yatim yang tiada ibu dan bapa. Macam mana lah mereka menjalani kehidupan tanpa keluarga tersayang jadi bersyukurlah kita dengan apa yang ada dan sayangilah keluarga anda walaupun seteruk mana pun mereka. Jangan sesekali riak dan menunjuk-nunjuk dengan harta kekayaan dunia kerana semua itu hanya sementara.

Baiklah back to the topic, dah beli baju raya? Asyik well belum cukup lengkap..hihi..Bak kata kawan my mom, baju orang melayu dah beli, baju orang putih belum beli lagi..haha..Faham tak maksudnya? Maksudnya baju yang wajib dah beli seperti baju kurung, kebaya or whatever tapi baju yang lain selain baju kebangsaan kita masih belum beli contohnya macam seluar, skirt, blouse or pape jealah. Itulah baju orang putih..hihi.. Tapi Asyik sejak semakin besar ini tak bpe nak kisah sangat perihal baju-baju raya ini tak tahula kenapa. Biarlah adik-adik di dahulukan. Kalau ada one suit baju kurung pun dah cukup dan pakai jea yang mana ada sebabnya my mom suka buat baju kurung/kebaya setiap kali kitaorang nak masuk semester baru, so banyakla baju yang belum di pakai sepuas hati. But if ada lebih sukala sangat kan. hihi..

Sekarang ini macam-macam jenis kain or baju ada. Semuanya cantik-cantik. Trend sekarang baju kurung moden siap dengan riben, lace and paling popular polka dot. Perghhhh memang banyaklah macam tuh sekarang ini. Dulu Asyik pun ada baju kurung polka dot tapi pakai untuk pergi kelas jea..hihi.. But now dah tak kisah sangat hal baju janji ada makanan yang best-best. Dapat makan cukuplah..haha. Lagipun kebanyakan sedara memang akan berkumpul kat kampung so tak payahla nak pergi rumah diaorang yang jauh-jauh tu. Memang semuanya dah balik ke kampung and berkumpul kat rumah nenek. Takde masalah traffic jam..hihi..So easy kan. Tapi tahun ini mesti tak dapat duit raya dah except from mumy and daddy lah. Takde nya orang nak kasik kat budak besar and tua cam saya ini..huhu.. Korang kalau rasa nak bagi duit raya kat Asyik silalah..haha..Whatever it is jangalah berlebih-lebihan. Selamat Berpuasa dan Berhari Raya.. Jom pergi beli baju raya lagi..haha..:)

Cantik kan baju raya dari Button My Button ini..

JOM SHOPPING BAJU RAYA..
Nikisa Closet

6 comments:

  1. klu i pakai..
    mesti org asyik tgk i je.
    :P

    ReplyDelete
  2. glamour nyer pai bju cmnie,, ehehhe

    ReplyDelete
  3. NARDtheNERD:haha..xpe cantik kan..:)

    ReplyDelete
  4. Popoi:glamour ek?a'ah memang glamor and cantik;)

    ReplyDelete
  5. baju-baju kurung/kebaya bagi mak je settlekan.. nanti sampai je rumah dah ada 3-4 psg dan baju kurung/kebaya menanti dalam almari.. hehe

    ReplyDelete
  6. aisya: wah best nya aisya..mesti cantik2 semuanya..:)

    ReplyDelete