Wednesday, July 6, 2011

Butterfly Attraction..

Assalamualaikum and Hello,
Semua orang pasti mempunyai sesuatu yang paling diminati terutama sekali di dalam bidang seni visual.. Sebelum memulakan sesuatu pasti anda perlu mencari subjek untuk dijadikan rujukan sebelum kita dapat mengaplikasikan subjek tersebut kepada sesuatu yang kita inginkan. Daripada subject matter yang dipilih barulah kita dapat mengadaptasikannya menjadi objek atau ilustrasi yang menarik.. 

Bercakap berkenaan subjek matter, kali ini saya memilih rama-rama atau nama saintifiknya Lepidoptera.. Sebelum ini tak pernah pun gunakan rama-rama sebagai subjek matter, tak tahula kenapa.. Pada semester lepas ramai juga yang menggunakan rama-rama sebagai subjek matter mereka, kebanyakkan memang dapat menghasilkan karya yang sangat cantik dan berwarna warni.. 

Kepada pengemar fesyen sudah pasti Lepidoptera ataupun butterfly ini sudah menjadi satu kebiasaan kepada mereka dalam merekabentuk pakaian.. Sebabnya butterfly ini memang akan menjadi tarikan utama bagi wanita.. Kebanyakkan wanita yang saya nampak memang sangat mengemari rama-rama... Apa sebabnya yea? Cantik dan berwarna-warni agaknya.. Memang begitulah indahnya ciptaan Allah S.W.T.. Sangat mengagumkan.. Jom kita lihat sedikit rekaan yang dicipta menggunakan subjek matter butterfly ini..


Cantiknya rama-rama ni..


Contoh rekaan yang menginspirasikan 'butterfly'
Pic from Google


Wasalam..

CLICK AND SHOPPING..
Nikisa Closet

6 comments: