Wednesday, December 15, 2010

RAISE YOUR HAND. STOP CHILD ABUSE NOW

Assalammualaikum..
Tahukah anda secara purata 7 kanak-kanak di Malaysia didera setiap hari pada tahun 2008, dan angka ini hanya membabitkan kes yang dilaporkan? Ramai lagi yang didera dalam diam dan tanpa pengetahuan orang. Seperti semua kanak-kanak, mereka juga berhak untuk hidup ceria, tanpa didera. Penderaan menjejaskan kesihatan, perkembangan dan maruah. Ia boleh meninggalkan kesan tidak ketara pada kanak-kanak, keluarga mereka dan masyarakat, dan kesannya mungkin kekal sepanjang hayat malah bergenerasi lamanya.
Anda boleh turut serta dengan menaiki bas ini, dan mengajak orang lain untuk menyertai kempen menghentikan penderaan kanak-kanak di Malaysia.



video


video


video

Melaporkan Kes Penderaan

Anda mengesyaki atau mengetahui tentang penderaan atau pengabaian kanak-kanak?

Sila hubungi 15999 dengan memberikan maklumat berikut:
  • alamat atau lokasi tempat kanak-kanak didera atau diabaikan
  • jenis penderaan atau fakta kes
  • identiti pendera atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengannya
Semua laporan tentang penderaan kanak-kanak adalah SULIT dan nama orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa tidak akan didedahkan.
Atau jika anda mahu, anda boleh merahsiakan nama anda.
Logo_ministryLogo_child_big


Jom Sertai Kami dan daftarkan sokongan anda hari ini. Layari www.uniteagainstabuse.my/act/register. Luangkan seminit dua. Adakah perkara lain yang lebih penting yang akan anda lakukan hari ini ?

Mari kawan-kawan kita sertai Kempen yang penting ini..Selamatkan Kanak-kanak yang tidak bersalah..

2 comments: